Semasa JR bekerja di KL dulu kerap juga terjumpa dengan dia. Maklumlah dia tinggal di Rasmi Jaya, JR pula di Ampang Indah, jarak bukan jauh sangat, dalam 1 km saja. Selalu nampak dia menunggu teksi, kadang-kadang bas untuk ke lokasi penggambaran. Walaupun dah berusia dia tetap segak dan bergaya.
JR memang meminati lakonannya sejak mengenali P.Ramlee di TV. Masa filem masih guna teknologi hitam putih dia selalu berlakon jadi Sultan atau orang istana, masa filem dah ada warna, dia kerap berlakon jadi VVIP.
Petang tadi janji Allah kepadanya tiba.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya. Al-fatihah.....
Kuswadinata Meninggal Dunia
PETALING JAYA: Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini pada kira-kira pukul 5.07 petang akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak empat tahun lalu.
Berita kematian Allahyarham disahkan anaknya Irwan, 26, ketika dihubungi mStar Online petang Sabtu.
Menurut Irwan, Allahyarham atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, berada dalam keadaan nazak sejak dimasukkan semula ke hospital sejak 9 Februari lalu akibat penyakitnya.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan seluruh ahli keluarga.
“Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Rasmi Jaya, Ampang malam ini. Insya-Allah, solat jenazah pada pagi esok di Masjid Bukit Indah, Ampang tetapi kami belum pasti di mana akan kebumikan sebab tunggu pengesahan pihak masjid, berkemungkinan sebelum tengah hari esok,” katanya.
Sejak empat tahun lalu, Kuswadinata menderita penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar.
Pada 7 Oktober tahun lalu Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital sama kerana turut mengalami masalah buah pinggang yang kronik.
Selain Irwan, Allahyarham turut memilik tiga lagi anak iaitu Jasmine, 28, Hafsham, 27 dan Rizal, 24, hasil perkahwinan dengan Kamariah selama 30 tahun.
Pada Oktober tahun lalu, anak bongsunya Rizal memberitahu keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa.
Allahyarham yang memulakan kerjaya lakonan di Malay Film Production, Jalan Ampas, Singapura pada 1957 membintangi lebih 25 filem sepanjang hayatnya.
Filem pertama beliau adalah Orang Lichin pada tahun yang sama mula cukup dikenali menerusi filem Antara Dua Darjat (1959) arahan Tan Sri P. Ramlee.
Beliau yang terkenal sebagai pelakon versatil pernah menerima pengiktirafan Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007.
mg abg Kus aman di sana...Al-Fatihah
ReplyDeleteal fatihah . best tgok dia berlakon :))
ReplyDeleteAl Fatihah. baru tahu bila baca blog tadi..
ReplyDeleteminat jg lakonannya alfatiha...
ReplyDeleteAl -fatihah....
ReplyDeleteamin ...
semoga rohnya di cucuri rahmat
semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman
ReplyDeleteAl-fatihah
ReplyDeleteInalilahhirrojium....Dari Allah Kita Datang...Kepada Allah kita kembali..
ReplyDelete