Kerana JR bukan ilmuan agama, JR tak nak beri komen lebih-lebih mengenai perkara ini.
Tapi kelakuan seperti ni dah jadi lumrah dalam masyarakat Melayu kita yang beragama Islam. Bukan saja berpegangan tangan semasa majlis bertunang, semasa belum ada apa-apa ikatan pertunangan pun boleh disaksikan berlambak di tepi jalan remaja lelaki perempuan berpegangan, berpeluk, malah berciuman...
Lepas ni kalau boleh JR nak dengar ustaz dan ustazah kita beri pandangan mengenai artis-artis lelaki dan perempuan Melayu beragama Islam yang berpegangan tangan dan berpelukan dalam drama TV pula, terutama drama pukul 7 hingga 8 malam setiap Isnin hingga Khamis di TV3 di mana adegan pegang dan peluk ni dah jadi seperti 'adegan wajib siar' pula.
Kadang-kadang dalam drama artis-artis kita berlakon bukan main sebagai ustaz, siap berketayap, berkain pelikat dengan gaya amat sopan, tapi ilmu agama dalam drama tak menyerap masuk hingga ke dalam jiwa di luar pentas drama.
Alangkah indahnya jika artis kita yang berlakon jadi ustaz dalam drama tau sedikit sebanyak hukum agama di luar pentas drama...
Februari 14, 2013
Fizz Fairuz Sarung Cincin, Sorok Pertunangan Tindakan Salah
PETALING JAYA: Tindakan Fizz Fairuz yang menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan HARAM hukumnya dalam agama Islam.
Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, mengikut hukum Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melaksanakan akad nikah walaupun sudah bertunang.
"Kita perlu faham bahawa selagi belum berlakunya akad nikah, tunang kita masih lagi bukan mahram, maknanya tidak boleh disentuh. Hadis Nabi ada menyebut sesiapa yang berkahwin, ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
"Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Wan Akashah diminta mengulas penyebaran gambar pertunangan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, dengan seorang wanita yang dikatakan berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.
Salah satu gambar itu memperlihatkan Fizz menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan yang biasanya dilakukan oleh ibu ataupun individu wanita, mewakili pihak lelaki dalam sesebuah majlis pertunangan.
Tambah pengacara program Semanis Kurma di TV9 ini, sepatutnya ibu Fizz atau wanita lain yang mewakili pelakon itu perlu menyarung cincin tersebut ke jari wanita berkenaan.
Dalam adat orang Melayu, bertunang adalah satu perjanjian dan ia diuruskan oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan yang berjanji untuk berkahwin.
Sebagai tanda 'diikat', wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijab kabul.
Perlu Uarkan Pertunangan
Dalam perkembangan berkaitan, Wan Akashah yang juga suami kepada penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum agar tunangnya itu tidak dirisik orang lain
"Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua," ujarnya.
Aigoo, artis biasalah berpegangan bg diorang halal agaknya......rancangan 7 ke 8 pun diendahkan...hmmmm...setau saya kalau bab pertunangan patot dirahsiakan...tp tak taulah kalo aku salah..hehe
ReplyDeletereal MAFIA, gentleman's man..
ReplyDeleteSaya malas nk komen lebih2 sbb dia artis, mmg dah biasa sentuh bkn mahram.
ReplyDeleteCerita pk 7 tu mmg tak penah tengok. Polisi rumah pk 7 tv off. Kecuali bln puasa.
salam.
ReplyDeletejika dlm filem drama sudah biasa2 apa lagi kt luar wahualam.
moga mrka d beri cahya hidayah nanti.amin
selalu ibu pihak lelaki yg dtg dn sarungkan heee peliklah
ReplyDeletesalam jay ar
ReplyDeletePekabar jay ar?..
begitulah dunia artis...
ReplyDeleteIsu sarong cincin itu kecil je.
ReplyDeletekalau dia seorang yang ada agama, tentu dia tahu batas-batasnya.
Kerja kita banyak. Kerja untuk mengislahkan masyarakat yang sudah celaru!
Moga mereka diberikan hidayah dari Allah. Sama2 kita doakan ye
ReplyDeletemmg tak patut pegang2 lagi masa bertunang. Tapi yg ini okay skit drpd ada sorang lagi artis wanita yang buat fotoshoot prewedding siap peluk dan cium dahi kat tepi pantai. Nauzubillah.
ReplyDeleteCuma yang hukum menuar-uarkan pertunangan tu betul ke? Setahu saya, pertunangan perlu dirahsiakan supaya jika berlaku putus tunang, yang perempuan tu tak jatuh airmukanya. Wallahua'lam. Tentu la ustaz Akashah lagi tahu kan?
artis,..mmg xblh dijadikan idola..yg kebaratan tu nak diikut sangat....punah bangsa kalau artis jadi ikutan
ReplyDeletehah..dh byk umur ni,..pasal artis dah bukan keutamaan dah...kenal gitu2 jer..
bila putus dgn Almy Nadia?
ReplyDeletedunia artis...
ReplyDelete*eita dah gamti gambar profil rupanya..baru TA perasan kat sini...
ReplyDeleteJay ar...
jangan berhenti blogging la....cubit kang ....!!!!!