»

27 February 2013

Terhinanya Minda Aku Bila Tengok Drama Ni


Alhamdulillah hari ini cuaca dah elok semula. Kelmarin dan Isnin hujan tak henti-henti turun di sini. Dalam keadaan sebegitu apa lagi yang dapat dibuat, cuma berkurung dalam rumah.

Sempat pula dalam berkurung dalam rumah ni tengok drama Melayu di TV3 antara pukul 7 hingga 8 malam (slot Akasia). Nak buat macam mana orang rumah suka tengok drama yang entah apa-apa tu. Dah TV depan mata di ruang tamu, kan nak pejam mata, tengok jugalah, walaupun tak sepenuh masa kerana waktu solat maghrib di antaranya.

Lepas itu pukul 10 hingga 11 malam ada drama Melayu di TV3 pula (slot Samarinda). Kerana kebetulan JR "ter"tonton (tak sengaja tonton) dua slot drama tu kelmarin dan Isnin, JR nak ulas sikitlah pasal kedua-duanya, sebab nampak banyak persamaan antara keduanya. JR minta maaf jika korang peminat fanatik drama Melayu kiranya ada teguran JR nanti menusuk kalbu korang.

Persamaan pertama antara kedua-dua slot drama Akasia dan Samarinda yang sedang ditayang di TV3 sekarang ialah kedua-duanya dibintangi oleh Datuk Rahim Razali yang berlakon sebagai bapa yang tegas dalam dua-dua drama itu. 

Persamaan kedua, kedua-dua hero drama ini (Fahrin Ahmad - Akasia dan Johan Asari - Samarinda), kedua-duanya dituduh berzina apabila mereka ditangkap ketika sedang tidur dengan wanita dalam keadaan tak sedar diri selepas mereka diberi pil khayal. 

Persamaan ketiga, kedua-dua hero (Fahrin dan Johan) tidak mempertahankan diri mereka apabila dituduh berzina. Mereka tidak cuba melakukan seperti orang berakal yang apabila dituduh berzina akan cuba membersihkan nama mereka dan keluarga. Apa lagi dalam kes Johan di mana wanita yang memerangkapnya sedang mengandung anak orang lain.

Itu yang menyebabkan JR ketawa besar bila melihat kedua-dua drama ini. Tertanya-tanya dalam hati: mengapa kedua-dua hero ini apabila dituduh berzina - sedangkan mereka tak melakukannya - tak cuba membersihkan diri dengan melaporkannya kepada polis (kerana difitnah) atau melakukan ujian DNA di hospital atau klinik bagi membuktikan mereka tak bersalah? Dalam drama Samarinda, Johan dan wanita itu sudah berada di hospital apabila dituduh merogol, tapi mengapa dia cuma menangis di depan doktor dan tak cuba meminta staff hospital mengambil DNA dia dan wanita itu bagi membuktikan dia tak bersalah?

Kedua-dua drama ini berlatarbelakangkan Malaysia di zaman ini, bukan Malaysia di zaman Hang Tuah atau zaman P.Ramlee. Kalau drama ini berlatarbelakangkan zaman Hang Tuah, JR boleh faham kerana masa itu balai polis untuk dibuat laporan belum ada, hospital juga belum ada untuk dibuat ujian DNA. Jika berlaku di zaman P.Ramlee pun boleh faham juga, kerana zaman itu juga teknologi DNA belum ada di Malaysia.

Tapi drama-drama ini berlatarbelakangkan zaman sekarang, zaman ketika polis kita cekap menyelesaikan kes dan hospital sudah ada teknologi DNA. Johan dan Fahrin dalam kedua-dua drama ini melakonkan watak orang-orang berpendidikan tinggi yang tak mungkin sengaja buat bodoh apabila diri mereka dan keluarga dihina dan maruah tercemar. Lainlah kalau dalam cerita ini Johan dan Fahrin diberi watak lelaki lembam dan ibu bapa mereka juga hilang akal hingga menyerah segalanya kepada takdir.

Bila "ter"tonton drama-drama serupa ini minda JR rasa sangat terhina. Mengapa buat drama yang memperbodohkan minda penonton? Ingat semua penonton suka tengok ke drama-drama yang memperbodohkan minda mereka? 

Kalau tak silap JR ini bukan pertama kali TV siarkan drama-drama serupa ini.  Dah banyak dah drama memperbodohkan minda penonton sebelum ini, tapi penerbit dan pengarah buat juga drama-drama bodoh itu. Mungkin kerana penerbit dan pengarah drama kita beranggapan orang Melayu tak kisah bila minda mereka dihina dan diperbodoh, maka drama-drama memperbodohkan penonton seperti itu akan terus tersiar lagi di masa hadapan...

JR minta maaf jika ada yang tersinggung atau tak setuju dengan apa yang JR tulis. Itu hanya pandangan peribadi JR yang bukan peminat fanatik drama-drama Melayu...

Selamat menonton jika ingin terus menonton, jangan marah...

6 comments:

  1. sebab tu lah ita tak suka tengok tv..
    asik citer sama je..

    semalam layan citer kora tv9..
    pahtu tengok citer teen wolf..
    lagi best...

    ReplyDelete
  2. Drama Melayu memang suka membodohkan penontonnya...

    ReplyDelete
  3. Filem P Ramlee juga yang terbaik. Dia mengangkat perih pedih hidup rakyat terbanyak ke mata masyarakat.

    Filem P Ramlee juga boleh dijadikan bahan rujukan gambaran hidup masa dulu.

    ReplyDelete
  4. drama melayu memperbodohkan penonton...anak2 saya jugak suka tgk...saya..?baik saya tido hehe...

    ReplyDelete
  5. alamak..macam tu pula drama ni,saya tak tengok..tak ada peluang..berita ja selalu tengok..

    ReplyDelete
  6. kdg2 bila ada tertengok, puasla saya bebel sorang2..'apsal la dia tak...'

    apapun cerita p.ramlee mmg the best. ada pengajaran dan gambaran masyarakat masa tersebut.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....