»

28 February 2013

Nostalgia Roti Kapai


Petang semalam isteri JR beli biskut untuk ibunya, seorang pesakit diabetik. Biasalah untuk pesakit diabetik banyak pantang larang makannya. Kalau biskut, tak boleh biskut manis. Biskut jenama Julie's Osborne Crackers yang isteri beli tu katanya tak manis, sesuai untuk pesakit diabetik seperti ibu mentua JR:

Julie's Osborne Crackers 250g


Bila JR cuba sekeping biskut Julie's Osborne tu memang rasanya tawar - sesuai dengan lidah JR yang tak boleh menerima makanan yang manis-manis.

Tapi selepas memakan biskut tawar dan agak keras itu, tiba-tiba JR teringat kepada satu biskut yang dah berdekad-dekad tak merasainya.

Roti kapai!!!

Korang pernah dengar roti kapai? Orang Utara terutama generasi tak muda seperti JR mesti tau roti kapai, sapa yang tak tau kena lucut kewarganegaraan Utaranya...hehehehe...

Bagi orang Utara, biskut kering disebut "roti", kapal disebut "kapai". Jadi bila dikatakan "roti kapai" maknanya "biskut kapal". Kononnya biskut ini selalu menjadi bekalan pelaut zaman dulu, kerana ia tahan lama, sedap dan baik untuk kesihatan, sebab tu ia disebut roti kapai.

Masa JR kecil-kecil dulu stok roti kapai sentiasa ada di rumah. Roti kapai berbentuk bujur, sedikit melengkung, warnanya putih dan agak keras. Ia biskut tawar yang mengikut orang tua-tua dulu mengenyangkan tapi tak membawa penyakit. Paling sedap bila biskut ini dicicah dengan kopi panas yang masih berasap, makan pula masa hujan tengah turun....badan yang sejuk pun boleh bertukar jadi suam selepas mengunyahnya 5-6 keping (tu dia...punya bagus punya iklan!!).

Bagi yang kreatif seperti ibu JR, biskut ini juga boleh dibuat bubur dan serawa...memang sedap!

Masalahnya biskut berkhasiat dan pernah menjadi makanan popular  di Utara tu seperti dah menjadi sejarah zaman dulu. Sejak berpuluh tahun dari JR mula-mula kawin sampai sekarang anak-anak pun tak lama lagi mungkin akan kawin, biskut ini sukar ditemui. Empat tahun lepas JR pernah bertemu dengan seorang peniaga Cina yang menjual biskut ini di luar pasar Alor Setar. Katanya biskut itu dibelinya dari Penang (negeri asal JR), kerana ia tidak ada di Kedah. Sempat juga JR membeli beberapa kilo, memang rasanya masih menyamai roti kapai yang JR kenali di zaman kanak-kanak dulu.

Cuma bila dah habis bekalan roti kapai dan JR cuba mendapatkannya dari peniaga  yang sama, dia sudah tak berniaga lagi di situ hingga sekarang.

JR cuba mencari maklumat mengenai biskut roti kapai ini, sayangnya JR tak menemui banyak cerita dan gambarnya dalam google. Satu-satu gambar mengenai roti kapai ni ialah dalam blog nurulnadia.marissa@myresipi.com, itu pun tak berapa jelas gambarnya:

2012_05_30_16_15_59_534

7 comments:

  1. usahkan budak2,mak budak mcm saya ni pun tak kenai hehe biskut kapai tu..

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak tau gak..puas bayangkn camne la rupanya.

    ReplyDelete
  3. first tym tengok roti kapai ni...hehe

    ReplyDelete
  4. mohon usahakan jugak carik gambau roti kapai ni.. hahahaha usahkan generiasi muda... ppp yg dah tua ni pun x penah tengok mana rupenya roti kapai tu ^_^

    ReplyDelete
  5. macam2 nama kuih muih kita ya Jay Ar, tapi baru kali pertama dengar nama roti kapal. hari tu roti mayat, selalu tempat etuza kata roti tawar..sebab tawarkan roti tu...

    ReplyDelete
  6. Sy jual roti kapai hehehe.. siapa duduk area lumut 20 dec 2015 ni sy ada di carboothsale kat situ.. boleh jugak cri di instagram yummysolicious .. page fb pun sama yummysolicious.. lawatlah blog sy http://warkahseharumcinta.blogspot.com ..

    Roti kapai memang sedap buat pengat/bubur/serawa.. makan dengan bubut kacang hijau pun sedap sgt

    ReplyDelete
  7. Sy jual roti kapai hehehe.. siapa duduk area lumut 20 dec 2015 ni sy ada di carboothsale kat situ.. boleh jugak cri di instagram yummysolicious .. page fb pun sama yummysolicious.. lawatlah blog sy http://warkahseharumcinta.blogspot.com ..

    Roti kapai memang sedap buat pengat/bubur/serawa.. makan dengan bubut kacang hijau pun sedap sgt

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....