»

26 February 2013

Terasa Minda Sangat Terhina


Ketika singgah untuk membeli akhbar di kedai mamak pagi tadi, mamak penjual paper tu menghulurkan akhbar Kosmo kepada JR.

"Bukan ini paper la mamak.." kata JR sambil memberi isyarat tak mau, "Ini  paper budak-budak"

"Sori, sori...Metro?" tanyanya.

"Bukan Metro...saya mau Sinar Harian!!" mata JR masih tercari-cari akhbar  Sinar Harian.

"Oooo, Sinar Harian sudah habis. Itu paper banyak laku sekarang. Encik cuba cari itu paper di kedai buku depan, mungkin sana masih ada Sinar Harian".

Lalu terpaksalah JR ke kedai buku di seberang jalan. Nasib baik ada. Itu pun dah tinggal tak banyak lagi Sinar Harian, mungkin sekejap lagi habislah.

"Sudah mau habis ka?" tanya JR kepada mamak kedai buku (mamak lagi!!!)

"Yaa...ini Sinar Harian banyak laku sekarang...Kalau petang mesti habis..." jawab mamak.

Memang JR sekarang selalu beli akhbar Sinar Harian. Dulu JR baca Utusan Malaysia atau Berita Harian, kadang-kadang beli paper, kadang-kadang baca edisi internet. Tapi yang tak bestnya Utusan Malaysia dan Berita Harian ialah terlalu banyak berita politik di dalamnya. 


Berita politik kedua-dua akhbar tu pula hanya ada dua warna: putih dan hitam. Satu pihak digambarkan putih-seputihnya, satu pihak lagi digambarkan hitam sehitam-hitamnya

Bila baca dua akhbar ni rasa minda sangat terhina. Mak bapa kita hantar kita belajar tinggi-tinggi tapi bila baca akhbar kita diminta percaya yang putih tetap putih, yang hitam tetap hitam. Macam di dunia ni hanya wujud malaikat yang baik dan iblis yang jahat, mana pergi manusia yang di dalamnya ada sifat baik dan buruk? Terhinanya minda diperbodoh begitu.

Lepas JR tinggalkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, JR berjinak dengan Kosmo dan Metro pula kerana di situ tak banyak berita politik. Tapi dua paper ni hari-hari asyik cerita isu-isu ngeri: cerita orang mati, cerita orang kena bunuh, rogol atau kena pukul. Kadang-kadang cerita mistik: hantu, jin, pocong  dan entah apa-apa lagi.

Sekarang JR beralih kepada Sinar Harian dan media-media online yang lain. Berita mereka lebih seimbang.

Yang membezakan Sinar Harian dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian ialah Sinar Harian kelihatan lebih neutral. ('Lebih neutral' bukan bermakna coverage Sinar Harian 50:50, tapi 65:35 atau 70:30 adalah cukup baik jika dibandingkan dengan akhbar-akhbar lama yang coverage antara dua pihak itu ialah 98:2). Dalam Sinar Harian, tiada gambaran satu pihak putih seputih-putihnya manakala satu pihak lagi hitam sehitam-hitamnya. Bila melaporkan yang putih, diceritakan bahawa dalam putih ada juga hitamnya. Begitu juga bila melaporkan yang hitam, diceritakan juga bahawa dalam hitam ada putihnya.

Pilihanraya umum ke-13 dah semakin dekat. Bila pilihanraya rakyatlah yang akan menjadi hakim untuk menghukum parti-parti yang bertanding. Dalam mahkamah perlu ada pendakwa raya dan pembela, barulah mahkamah akan berlangsung dengan adil. Bila baca Sinar Harian, terasa perjalanan mahkamah berjalan dengan adil kerana kita sebagai hakim dapat mendengar suara pendakwa dan pembela. Jadi lebih mudah hakim nak buat keputusan.

Tidak seperti bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian hanya ada suara pendakwa, tanpa suara pembela. Bagaimana hakim nak memutuskan kes jika hanya pendakwa dibenarkan bercakap di mahkamah?  Terasa minda sangat terhina!

Sama juga seperti bila melihat berita di TV, juga hanya ada berita putih dan hitam. Ketika itu terasa minda sangat terhina!!

10 comments:

  1. Ada jugak dgr pasal sinar harian ni lebih neutral. Saya baca BH kat online je. Itu pun baca berita yang tak berkaitna politik je. Kalo yg politik tu memang kelakar je beritanya. Terlampau melambung satu pihak then hina satu pihak lain. Bila nak selesai masalah. Kalo akhbar, sinar harian paling neutral, tapi kalo berita TV berita apa yg paling neutral ye? Ada tak?

    ReplyDelete
  2. saya bc online jer..semua saya bc kecuali kisah politik..tak kuasa nak layan..hahah

    ReplyDelete
  3. baca BH dan The Star
    BH saya terus buka m/s 17/18...berita dalam negeri haha...tak sampai 10 minit dah habis baca...
    metro...byk iklan ala2 kak ton...:)

    ReplyDelete
  4. buat pening kepala jer ==

    ReplyDelete
  5. Betul kata JR...psl berita harian..kosmo..dll tu. sampai malas nak baca paper. Rasa ntah apa2..

    Smlm buka berita pk 8, kat tv1...tak abis2 kutuk pihak satu lagi. Berjela beritanya..terus off tv, muak.

    ReplyDelete
  6. Saya dulu tak ambil pot pasal politik, buat semak perut saja. Tapi akhir2 ini bila satu pihak dilambung setinggi langit oleh pihak TV dan satu pihak lagi dipijak sampai lumat, hati saya mula panas. Saya tak suka orang dibuli!!!
    Sekarang saya dah tau nak pilih sapa. Saya tak akan pilih pihak yg memijak orang, membuli orang dan tak bagi peluang pihak yg dipijak membela diri, No..No..No..

    Terima kasih kpd TV1, TV2, TV3 sampai TV9...berita berat sebelah anda telah menjadi pemangkin reverse psikologi yg hebat kepada saya..

    ReplyDelete
  7. paper cri makan dgn brita2 yg kurang tepat.rakyat dah tak buta hati

    Terima kasih atas doa jay ar pd anak ta.amin

    ReplyDelete
  8. ita plok dah lama tak baca akhbar...

    ReplyDelete
  9. haaaaa bolat mmg tak baca paper . sibuk ngalah mnteri

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni rakyat ramai dah beralih kepada media2 sosial yang lain macam blog dan facebook. Yang penting kita sendiri kena bijak menilai mana yang betul dan tidak.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....