»

13 February 2013

Akibat Cemey Bahagian 2


Pagi tadi JR tulis entri mengenai "Akibat Cemey".

Ni nak sambung cerita cemey...

Sebelum tu bagaimana nak sebut cemey?
"Ce" itu seperti menyebut "ce" dalam perkataan "cerek"
"Me" pula seperti menyebut "me" dalam perkataan "merah".

Ada yang tak tau apa tu 'cemey'? Orang Utara mesti tau makna perkataan cemey.
Bagi yang tak tau, cemey ialah perkataan dialek Utara bermakna kecacatan sebelah mata, sama ada cacat semulajadi, cacat kekal atau cacat sementara. Cacat semulajadi kita panggil buta, cacat sementara ialah akibat gigitan serangga atau sebab-sebab lain yang menyebabkan sebelah mata tertutup, seperti ini:

budak mata Cemey...

Tapi cemey bukan saja merujuk kepada mata manusia yang sebelah tak berfungsi, jika lampu kereta sebelah tak berfungsi ia juga boleh dipanggil cemey...lampu kereta cemey bermakna lampu kereta yang  tak bernyala sebelah....



Dan malam tadi ada satu kisah mengenai cemey yang hampir-hampir menyebabkan JR terlibat dalam kemalangan.

Ketika nak pulang ke rumah kira-kira pukul 10 malam malam tadi JR melalui satu jalan short cut yang jalannya agak suram kerana tak banyak lampu jalan. JR yang ketika itu nak sampai ke rumah cepat cuba memotong sebuah kereta di depan. Di sebelah kanan jalan kelihatan sebuah motor dari arah bertentangan dan JR yakin tak akan berlanggar dengan motor itu ketika memotong kereta di hadapan. Ya lah, saiz motor kecik aje, lagi pun motor  bergerak di lorong paling kiri...

Tapi sebaik saja kereta JR baru nak memotomg kereta di hadapan kelihatan bunyi hon yang kuat di sebelah kanan dan ketika itu baru perasan yang kelihatan seperti motor di laluan bertentangan di hadapan bukannya motor tapi sebenarnya kereta!

Lampu sebelah kanan kereta itu rupanya dah cemey menyebabkan ia kelihatan seolah-olah seperti sebuah motor. Memang bahaya bila bawa kereta lampu cemey di malam- malam buta macam ni.

Mujurlah JR sempat membrek dan tak ada kereta lain mengekori di belakang, jika tidak macam-macam boleh terjadi....



Bagi mereka yang lampu keretanya cemey, sila ke kedai kereta terdekat, jangan aniaya pengguna jalanraya lain....

8 comments:

  1. mujur takde apa2 kan...

    ReplyDelete
  2. Pergh, nyaris! Saya perasan, kereta waja (model awal) yang selalu berlampu cemey...

    ReplyDelete
  3. IM pun kerap terkena dengan lampu cemey ni. IM selalu peringat diri dan anak-anak IM supaya jaga lampu kereta...

    ReplyDelete
  4. kat rumah ppp pun selalu guna ayat cemey ni hahahaha maksud dia pun sama mata tu jadi kecik lebih kurang mcm tu la...

    ReplyDelete
  5. cemas etuza baca ..mujurlah selamat.
    Kita tak jangka kemungkinan yg mengejut, sebab itu doa b4 drive dan ke mana2pun.Insha Allah

    ReplyDelete
  6. mmg bahaya membiarkan lampu kereta cemey mlm2

    ReplyDelete
  7. Toyota tu JR punya ke? Cemey tu saya ingatkan macam kememei [manja]. Heheh.

    ReplyDelete
  8. Nasib baik tak jadi apa-apa. Selalu jugak terjadi benda macam ni. Dari jauh ingatkan motor. Tapi bila dah dekat rupanya kereta.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....