»

17 February 2013

谢谢 (xie xie)


Entah mengapa sejak seminggu lalu asyik berfikir ini saja:

- dah malas nak berblogging
- nak berhenti berblogging!!

Tahun lepas pernah JR berhenti berblogging selama kira-kira 4-5 bulan. Lama juga tu. Puncanya, mulanya kerana badan tak sihat selama beberapa hari lalu kerja buat entri pun terhenti. Bila dah sihat, malas pula nak buka blog, malas pula nak sambung tulis entri baru. Sehari, seminggu, sebulan...lama-lama berbulan-bulan pencen menulis...

Tapi bila satu hari selepas berbulan-bulan berehat dari buat entri baru, JR tengok masih ada juga orang singgah di blog ini, herannya...Rupanya berbulan-bulan tanpa tulis apa-apa pun masih ada yang sayang blog ni! Masih dapat pageviews antara 200-300 sehari walau tak tulis apa-apa entri baru.

Lalu lepas itu timbul balik semangat nak tulis...hingga sekarang....
                              
-------------------------------------------------------------------------------                                 

Tapi dalam seminggu ni bisikan itu datang balik: 

- dah malas nak berblogging
nak berhenti berblogging!

Mengapa rasa malas nak berblogging datang balik? Pertama, kerana kadang-kadang idea tak ada nak menulis...kemarau idea! Maklumlah sekarang ni pun musim kemarau di Utara. 

Kedua, kerana kekangan waktu. Dalam keterbatasan waktu untuk melayan diri sendiri, terpaksa pula curi-curi waktu untuk membuat entri baru.

Dan faktor ketiga, selalu terfikir: "Apa yang aku tulis ni orang suka ke? Tulis syok-syok sendiri...idea sampah macam ni buang waktu aje menulis..."

Owwhh..idea sampah?

Tapi bila tengok pageviews di blog JR masih di tahap cukup makan (itu penilaian syok-syok sendiri JR le kerana masih dapat lebih 2,000 pageviews sehari walaupun entah buat entri ape-ape...), maka rasa sayang pula nak berhenti menulis.....


Pageviews today
2,202
Pageviews yesterday
2,398
Pageviews last month
64,933
Pageviews all time history
690,744
Don't track your own pageviews


Graph of Blogger page views




So, nak terus berblogging ke atau tidak?

Akhirnya hati JR berkata: TERUSKANLAH.

Bila satu hari bilangan pageview di bawah 100 sehari, mungkin saat itu barulah JR berhenti menulis kot. 

Atau jika satu hari jantung berhenti berdegup, barulah JR memang sah berhenti berblogging kot, insyaallah...

Apa pun sokongan korang selama ini amat dihargai...

谢谢
(xie xie) = terima kasih

13 comments:

  1. bg saya..kalau takde idea...tak buat entri..ada idea..ada cerita..baru ada entri..tp jgn la stop terus....
    saya nak jadikan blog saya sbg bacaan..kennagan oleh anka cucu nani...bila telah tiada lagi..:

    ReplyDelete
  2. Bang, blogging pun boleh jadi terapi untuk kendurkan fikiran tegang. Kalau takde idea tu takpe, tapi kalau boleh tak perlu sampai tahap berhenti terus. Sebab idea tu macam air laut ada fasa pasang surutnya...

    ReplyDelete
  3. saya pun dah slow blogging... puncanya - tak sihat... bila dah ngantuk makan ubat... mata dah tak bole hadap pc... biar je la... tunggu sihat balik... :)

    ReplyDelete
  4. malas jangan tulis..
    tapi bila lama tak menulis memang senang untuk terus tak menulis.

    menuliskan hobi

    jadi untuk berenti terus susah. ada rindu di situ.ahaks.

    jadi kembalilah menulis.

    berhenti jangan!

    ReplyDelete
  5. ranainya pengunjung dalam sehari...

    ReplyDelete
  6. lebih ramai dari pengunjung blog saya lah Jay Ar

    ReplyDelete
  7. salam jay ar..
    Wah tahniah jay ar....
    banyak page beiu....

    kalau begitu...
    pe kata TA yang berhenti blogging sebab TA punya page biu rendah...
    Apa pendapat Jay Ar..?

    setuju....

    ReplyDelete
  8. x pe bang ...ada masa kena berehat juga. ada senang baru sambung menulis...

    byk juga pageview tu.... :)

    ReplyDelete
  9. Mmg ada masanya saya pun rasa camtu. Kalo terus menulis pun bukan sebab page view. Tapi ada masanya mmg rasa ada benda nak cerita. Saya rasa blog JR ni ada banyak entry SEO. Yang org selalu jumpa melalui google. Sbb tu tetap ada viewer wp tak update.

    ReplyDelete
  10. ramai tu viewers.. teruskan la

    ReplyDelete
  11. sekarang ni pun dua ayat tu sll menghantui saya..hahaha.

    ReplyDelete
  12. Banyak pageview tue....kadang2 berblo nie ikut mood hihihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....