»

18 February 2013

Tuhan Bayar Cash


Pernah dengar ungkapan "Tuhan bayar cash"? 

Tiba-tiba hari ni JR teringat nak tulis tentang "Tuhan bayar cash" kerana baru pagi tadi bercakap mengenai isu ini dengan jiran sebelah rumah yang tak puas hati dengan seseorang yang telah menipunya. 

Biasanya ungkapan "Tuhan bayar cash" ini dirujuk kepada perbuatan tak baik. Contohnya hari ini jika JR buat perbuatan tak baik kepada orang lain, maka  mungkin hari ini atau esok atau lusa atau minggu depan atau bulan depan Allah akan turunkan pembalasan yang sama kepada JR. Itu contoh yang paling klasik Tuhan bayar cash.

Tuhan bayar cash! Pembalasan Tuhan tak payah tunggu di akhirat, masa hidup lagi Dia dah boleh tunjukkan pembalasanNya...

Bulan lepas JR mengalami pengalaman yang mungkin juga boleh masuk dalam kategori "Tuhan bayar cash". Kisahnya begini:

Awal bulan lepas JR ke Pejabat Pos untuk membayar beberapa bil penting, salah satunya bil telefon dan streamyx yang sudah mendapat amaran dari TM kalau tak bayar hari ini bekalan akan dipotong. Kebetulan ketika sampai ke Pejabat Pos hari tu orang sangat ramai. Masa tu ramai orang ke Pejabat Pos kebanyakannya untuk update atau mengambil wang ASB, selepas pengeluaran wang ASB dibekukan selama beberapa minggu. Itu yang menyebabkan Pejabat Pos sesak hari tu.

JR terpaksa menunggu giliran yang sangat panjang - perlu menunggu 42 orang lagi sebelum angka giliran JR dipanggil. Mesti kena tunggu lebih dari sejam ni! Tapi kerana takut talian streamyx  kena potong, JR terpaksalah juga tunggu dengan boring dan sabar. Kalau streamyx tak ada, macam mana aku nak berblogging? Mau tak mau tunggu jugalah sama ada sejam atau tiga jam..

Tapi ketika cuma tinggal 10 nombor saja lagi sebelum angka giliran JR dipanggil, anak perempuan menelefon dari sekolah supaya segera datang mengambilnya. Katanya dia dah menunggu lebih dari sejam dekat pintu pagar sekolah, kawan-kawan dah balik, dia takut berseorangan di sekolah.

Ketika itu hati JR berbelah bagi, dilema...nak tunggu giliran di Pejabat Pos bagi mengelakkan talian streamyx dipotong atau ke sekolah menjemput anak.? Akhirnya JR buat keputusan mengambil anak. Kalau apa-apa terjadi kepada anak, JR tentu tak dapat maafkan diri sendiri!!

Dan bagaimana dengan nombor angka giliran yang sedang dipegang...buang dalam bakul sampah...atau..? 

"Encik ambiklah nombor ni" kata JR menghulurkan nombor angka giliran    kepada seorang pak cik di sebelah JR yang baru sampai kira-kira setengah jam tadi. 

Lelaki itu mengambil nombor angka giliran yang JR beri sambil mengucapkan terima kasih. Pasti dia rasa bertuah kerana tak perlu menunggu lama melangsaikan urusannya.

Petangnya selepas anak dihantar balik ke rumah, JR sekali lagi bergegas ke Pejabat Pos nak melangsaikan pembayaran bil yang tertangguh tadi.  

JR tiba di Pejabat Pos 40 minit sebelun ia ditutup. Masih ada masa, bisik hati JR.

Ketika memasuki Pejabat Pos nampak orang masih ramai seperti pagi tadi juga.

JR menuju ke mesin nombor angka giliran, tapi....

"Sori encik, nombor giliran dah ditutup. Encik kena mai  pagi esok..." kata wanita petugas  Pejabat Pos.

"Pagi esok? Awat tutup awai sangat, ada 40 minit lagi kan?" tanya JR dengan suara tak puas hati.

"Orang ramai hari ni. Kalau kami tak tutup, sampai malam pun tak habis kerja" jawab petugas Pejabat Pos dengan muka manis yang dibuat-buat.

"Tolong la cik, saya mustahak sangat ni...kalau saya tak bayar bil hari ni, susah la saya..." JR merayu.

Tapi petugas wanita itu tetap dengan keputusan muktamad: tak boleh!

Ketika JR dengan wajah kecewa hendak meningglkan Pejabat Pos, tiba-tiba datang seorang lelaki Cina menghampiri JR.

"Encik ambik la ini slip. Tadi saya tersilap tekan nombor dua kali." katanya sambil menghulur nombor angka giliran kepada JR.

JR melihat angka giliran yang diberi oleh lelaki Cina tu - kena tunggu 11 orang lagi baru angka giliran dipanggil...Tapi tak apa lah, yang penting dapat bayar bil streamyx hari ni juga!

"Kam sia..kam sia" kata JR kepada lelaki Cina itu sambil berjabat tangan dengannya. 

Mungkin apa yang berlaku itu kebetulan: pagi tadi JR tolong orang, sekarang orang tolong JR pula. 

Atau Tuhan memang bayar cash kepada JR?

Nota: 'Kam sia' ialah perkataan dalam bahasa Hokkien bermakna 'terima kasih'

15 comments:

  1. sering juga terjadi seperti itu...
    cuma bila terjadi perkara tak baik terhadap seseorang,yg pernah melakukan perkara tak baik terhadap kita..jgn la pulak kita berkata..padan mukaaa.!!
    sesungguhnya pembalasanNYA tersangat adil..

    ReplyDelete
  2. kan..tak rugi buat baik walaupun hal nampak kecik je. Kdg Allah balas cepat, kadang lambat.

    ReplyDelete
  3. respek. kalau saya tengok nombor tu lebih daripada 20, terus balik. esok pagi datang semula. tak sanggup tunggu lama-lama...

    ReplyDelete
  4. tu la orang kata hari ni kita buat baik pada orang lain esok2 akan ada yang datang tolong atau buat baik pada kita waktu kita susah..

    ReplyDelete
  5. IM juga pernah kena bayar cash!

    ReplyDelete
  6. bukan main seronok saya baca entry Jay ar kali ni..hebat..rasa teringin nak tolong..mujurlah dah ada cina..hebat kuasa Allah ni

    ReplyDelete
  7. itu lah hikmah nyer kite tolong orang...

    tak rugi buat baik dengan orang kan

    ReplyDelete
  8. tak rugi buat baikkan. ada yg tolong lak nnt tu.hehe

    ReplyDelete
  9. pernah kena tipu dgn agen jual keta... RM4000 downpayment keta... now tak tahu apa nasib dia suami isteri (and co yg tempat dia kerja jual keta tu pun dah x de tak tau pindah mana...) tuhan bayar cash betul tu lambat atau cepat... ttp jugak derang akan tima balasan ==

    ReplyDelete
  10. buat baik dibalas baik :) Allah itu maha adil :)

    ReplyDelete
  11. insya'allah ...segala yang baik akan di balas dgn kebaikan juga...

    ReplyDelete
  12. Tak rugi JR beri nombor angka giliran dekat orang tue...Buat baik di balas baik...

    ReplyDelete
  13. jay ar.pengalaman hedup itu mahal.bercerita dari pengalaman mmg best.hanya yg pernah alaminya mampu berbicara,macam post ta..ttg tanda terima kasih di jalan raya.

    ReplyDelete
  14. Dah nampak dah ini yang dikatakan Tuhan bayar cash....
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....