»

10 February 2013

Gong Xi Fa Cai


JR ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakan-rakan kaum Cina yang menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini.




Mengikut Presiden Institut Sains Geomancy Malaysia (Mings) Prof Joe Choo dalam mStar, Tahun Ular bermula pada 10 Februari yang merupakan hari pertama dalam kalendar Tahun Baru Cina.
Untuk meneruskan perniagaan selepas tahun baru, beliau berkata 17 Februari yang jatuh pada hari Ahad adalah hari terbaik.
"Memulakan kerja pada hari berikutnya, 18 Februari juga masih digalakkan. Walau bagaimanapun, anda boleh pergi ke pejabat untuk seketika pada malam Ahad dan membuat 'permintaan' untuk tahun akan datang," kata Choo.
Katanya, industri cenderung berada dalam keadaan baik pada Tahun Ular, termasuk bidang insurans dan kewangan, kewartawanan dan pendidikan, logam dan perniagaan yang berkaitan dengan mineral.
Walau bagaimanapun, Choo berkata industri yang berkaitan dengan bumi dan unsur-unsur api, seperti hartanah, pembinaan, cat, dan telekomunikasi mungkin tidak berjalan dengan lancar.
Tarikh bertuah untuk majlis perkahwinan, memulakan perniagaan atau untuk melahirkan bayi, ialah pada 11 Februari, 12 April, 10 Ogos, 9 Oktober dan 8 Disember.
Pakar Feng Shui dan pengasas Mings, Master David Koh, pula berkata 2013 akan menjadi "Tahun selesa" untuk rakyat Malaysia.
Bagi JR semoga Tahun Ular akan membawa kesejahteraan kepada kita semua rakyat Malaysia yang akan terus hidup aman damai tanpa mengira perbezaan kaum dan budaya...

2 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....