»

09 February 2013

Barangsiapa Telefon Bimbit Sembahyang


JR sebenarnya tak berapa setuju dengan beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu yang digunakan sekarang yang JR rasakan tak sesuai dengan maksud sebenar perkataan itu. 

Teringat masa di Tingkatan Dua dulu, bila ustaz asyik menyebut perkataan "barangsiapa" - contohnya "barangsiapa melakukan itu akan mendapat pahala" atau "barang siapa melakukan ini akan mendapat dosa", JR selalu tertanya-tanya mengapa manusia disebut sebagai barang (barangsiapa)? 

Satu hari kerana tak tahan memendam rasa, JR tanya ustaz mengapa buku-buku agama selalu menyebut manusia sebagai "barangsiapa"? Mengapa tak disebut "sesiapa" bagi mengganti "barangsiapa?" Yang dimaksudkan ialah manusia dan bukannya barang, mengapa manusia disebut sebagai barang??

Tapi ustaz tak memberi jawapan yang memuaskan hati JR. Kesimpulannya kata ustaz perkataan tak penting, yang penting ialah maksud perkataan itu. 

Bila JR kata kepada ustaz kalau macam tu kucing kita panggil babi pun bolehlah, sebab yang penting maksud perkataan babi ialah kucing.

Ustaz yang tak dapat menjawab soalan JR nampak seperti tersinggung. Dan akhirnya kes "barangsiapa" itu hilang begitu saja.

Dan pagi tadi di TV, JR  lihat ada seorang ustaz yang masih menggunakan perkataan "barangsiapa" walaupun maksudnya ialah "sesiapa" dan bukannya "barang kepunyaan sesiapa"...

Satu lagi perkataan yang JR rasa tak sesuai dipakai ialah "telefon bimbit". Mungkin dulu masa telefon bimbit pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1980an, ia sesuai dipanggil "telefon bimbit" kerana bentuknya yang sangat besar dan beratnya sama dengan sekampit beras dan oleh itu telefon zaman dulu perlu dibimbit:


Tapi telefon bimbit sekarang semuanya boleh disimpan dalam poket, tak perlu dibimbit-bimbit lagi macam dulu. Jadi mengapa masih dipanggil "telefon bimbit" dan bukannya "telefon tangan" atau "telefon poket" atau perkataan-perkataan lain yang lebih sesuai?

Satu lagi yang JR tak setuju ialah penggunaan perkataan "sembahyang". Perkataan yang lebih sesuai untuk perbuatan menyembah Allah ialah "solat" dan bukannya "sembahyang".

Ini kerana "sembahyang" ialah perkataan menyembah Tuhan yang digunakan ketika orang Melayu beragama Hindu beribu tahun dulu. Ketika orang Melayu beragama Hindu dulu mereka menyembah pelbagai dewa-dewa yang disebut juga "Yang". Sembahyang berasal dari dua perkataan iaitu "sembah" dan "yang". "Yang" bermakna dewa-dewa dan oleh itu bila disebut "sembahyang" bermakna "sembah dewa-dewa".

Tapi ramai orang yang kini dah menggantikan perkataan "sembahyang" dengan "solat", walaupun masih ramai yang selesa dengan perkataan "sembahyang".

Mungkin ada yang berkata apa ada pada nama? 

Memang nama mungkin tak penting bagi sesetengah orang kerana yang lebih utama ialah apa yang dilakukan oleh seseorang itu. Ia seperti menamakan anak sebagai Zaniah (Pelacur), Rajimah (Yang Direjam), Sakira (Pemabuk), Syahrul Bariyah (Sejahat-Jahat Manusia) dan Zalila (Yang Hina); kata sesetengah orang tak penting jika anak diberi nama yang maksudnya tak baik  kerana tak semestinya anak itu bila besar akan menjadi pelacur, pemabuk  atau penjahat....Wallahualam.....

6 comments:

  1. ppp setuju dgn jr... even ppp pun skrg mmg akan gunakan perkataan solat dgantikan dgn sembahyang, sbb ustaz ppp yg cakap so klw dah tahu masih guna mmg tak sedap hati... tapi sbb dah terbiasa kadang2 tu terkuar gat a=perkataan sembahyang tu :p

    ReplyDelete
  2. Salam

    Sedikit pembetulan, lafaz Sharrul Bariyyah yang membawa makna 'sejahat-jahat manusia', bukannya 'Shahru' yang membawa makna bulan.

    Sekadar perkongsian.

    ReplyDelete
  3. setuju dengan JR, nampak benar kebenaran perkataan tu..tak sesuai.
    harap ramai yang membaca entry ni..

    ReplyDelete
  4. Perihal perkataan 'solat' dengan 'sembahyang' pertama kalj jumpa dalam novel Imam (Abdullah Hussein, kalau tak silap nama penulisnya). Tak sangka, masih ada lagi yang prihatin akan hal yang orang anggap remeh ni. Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  5. Pertamanya: itu mungkin istilah perbualan tapi bukan istilah sebenar dalam perbendaharaan bahasa. Kita selaku orang awam kena belajar.

    Kedua: Bahasa melayu memang dipengaruhi kuat oleh bahasa sanskrit. Rujuk: http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

    ReplyDelete
  6. hahaha..biar betul telipon bimbit tu berat sama sekampit beras..aduiiii beratnya tu..hahaha.

    saya tak sebut sembahyang saya sebut solat.sbb sy pun tak setuju bila disebut sembahyang.huhu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....