Beberapa hari lepas anak perempuan JR yang di Tingkatan Dua berlatih pidato di depan JR. Itu sebahagian dari latihan pidato untuk sekolahnya. JR cuma tersenyum bila terdengar suara nyaring anak JR dalam pidatonya menyebut 97% dari kes remaja yang hilang dari rumah ialah perempuan.
Mengapa yang hilang dari rumah itu kebanyakannya perempuan, bukan lelaki? Kerana perempuan dijadikan hatinya oleh Allah lembut dan cepat terguris atau ada faktor lain?
Dan lepas joging pagi tadi, ketika berehat seketika di depan TV, deria mata dan telinga JR tertusuk dengan satu lagi berita kehilangan remaja:
berita kehilangan penyanyi sensasi Shila Amzah.
Mengikut berita itu bapa Shila, bekas penyanyi era 80an, ND Lala telah membuat laporan polis atas kehilangan anak gadisnya yang memang comel itu.
Aitttt...., kata hati JR, Shila Amzah pun boleh lari dari rumah? Shila yang berusia 23 tahun tentunya bukan remaja lagi, sebab setahu JR usia remaja ialah antara 12 hingga 21 tahun.
Mengapa dia lari dari rumah? Kerana hatinya retak seribu? Kerana kes luah mati bapa, telan mati kekasih?
Dan lepas mengupah dedektif mencari berita mengenainya di beberapa portal berita dan blog, akhirnya dapatlah juga JR mengetahui kedudukan terkini kes Shila Amzah yang hilang tu:
Polis: Shila Amzah dilapor hilang sudah ditemui
10 Februari 2013
SHAH ALAM - Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah, 23, telah ditemui semula, beberapa jam selepas dilaporkan hilang sejak enam hari.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila, ND Lala sendiri semalam.
“Dah jumpa pukul 4 petang, semalam. Saya dimaklumkan oleh ayahnya (ND Lala),” katanya ketika dihubungi kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.
Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.
ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.
Usaha mendapat kenyataan ND Lala gagal berikutan beliau tidak menjawab panggilan telefon sejak semalam.
Rabu lalu, juara Asian Wave ini mengemas kini status di laman mikro Twitter miliknya yang memberitahu tentang keberadaannya di suatu tempat untuk mencari ketenangan.
“Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat,” tulisnya.
Kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi panas ekoran kenyataan yang dibuat ND Lala melalui sebuah akhbar sebelum ini.
Selasa lalu, Shila menulis e-mel kepada semua media mengenai situasi yang dilaluinya sekarang manakala klip berdurasi empat minit, yang turut menggambarkan perasaannya, dimuat naik di YouTube kelmarin.
Orang yang paling lega bila seseorang yang hilang itu ditemui semula pastilah ibu bapanya.
Kepada remaja atau bukan remaja yang merajuk, kalau hati retak seribu pun, janganlah lakukan sesuatu hingga boleh menyebabkan hati orang-orang yang dekat dengan kita retak sejuta. Tiada masalah yang tiada penyelesaian...
Kalau pun nak bersendirian..at least inform kat family yg dia selamat. Takle tercari2.
ReplyDeleteNyata..cinta mmg membutakan hati & akal.
org mabuk cinta...seringkali lupa adat dan agama...nasihat mak ayah seringkali disalah anggap...
ReplyDeleteBang, anak ni walau pu umur dah 40 tahun, tapi tetap sayang jugak kan...
ReplyDeleteheboh pula kisah Shila amza ni ..
ReplyDeleteAda jg tengok Shanaz buat pemakluman nak merisik shila, rupanya kenyataan dia menguris hati ibubapa shila ya...
tak nafikan kalau dah retak seribu susah nya nak pintal memakan masa lah jawabnya...
susah jugak kalau buat keputusan tak fikir panjang..
ReplyDeletesian keluarga duk risau
emmmm...
ReplyDelete