»

08 February 2013

Terima Kasih Tirana Aduka


Hari ni JR agak sibuk. Biasalah hari Jumaat, hari ke pasar, hari mengemas rumah, hari luangkan banyak waktu di masjid, hari bantu isteri memasak,  hari bersantai dengan anak isteri, hari....

Kalau P.Ramlee masih hidup, dia pasti akan kata: "Berapa banyak hari daaaaa..."

Dan hari ini ada satu lagi yang istimewa. Hari ini JR terima envelope ini dari seseorang:                                              








Berdebar juga bila memegang hujung envelope sebelum membukanya. Bukan takut ada bom di dalamnya, tapi sebab dah lama tak terima surat yang dihantar ke rumah. Kalau tak silap kali terakhir terima surat yang dihantar ke rumah ialah surat cinta dari Polis kerana meletak kereta di tempat yang tak dibenarkan.

Jangan-jangan ia surat cinta dari Polis lagi?

Tapi bila dibuka tak ada surat cinta di dalamnya. Yang ada cuma bingkisan hadiah:



Ia bingkai gambar yang sungguh comel.

Terima kasih Tirana Aduka atas anugerah terindah ini. 

JR memang pengunjung tetap blog Tirana Aduka (TA). JR suka dengan tulisannya:  santai, ringkas, padat. Yang lebih penting dia ada kelas bahasa Jawa dalam blognya, sapa yang nak ambik hati mak dan bapa mentua atau pasangan yang terdiri dari orang Jawa, berkunjunglah selalu ke blog Tirana Aduka di sini...

Sekali lagi terima kasih TA...

3 comments:

  1. cantik...bertuah rasa bila dihargai..

    ReplyDelete
  2. gambar siapalah yg jr nak letakkan di frem yang cantik itu yer

    ReplyDelete
  3. salam jar ar
    Alhamdulillah sampai jua..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....