Jiran di depan rumah JR yang tinggal di banglo setingkat tu senyum memanjang aje hari ni. Walaupun Tahun Baru Cina beberapa hari lagi, tapi jiran JR tu kata petang ni dia dan keluarganya nak pergi "makan besar" di sebuah restoran. Dia tak beritau pula nak makan apa, di restoran mana....
Jiran JR tu sebenarnya seronok kerana dia baru dapat duit BR1M RM500.00 untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000.00.
"Kalau macam ni pilihanraya tiap-tiap tahun pun tak apa...kalau pilihanraya tiap-tiap tahun ramailah orang macam saya dapat RM500.00 setiap tahun...hehehehe..." katanya dengan ketawa besar.
Ya lah, untunglah jiran yang tinggal di banglo setingkat tu kerana tahun lepas dia dapat BR1M RM500.00 dari kerajaan, tahun ni dia dapat RM500.00 lagi di bawah BR1M 2.0 pula.
Memang ramai jiran dekat rumah JR dapat BR1M RM500.00 pada tahun lepas dan tahun ni. Bukan saja jiran di depan rumah yang tinggal di banglo setingkat tu yang dapat BR1M tahun lepas dan tahun ni, ada seorang taukeh kedai yang ada beberapa kereta termasuk sebuah kereta super mewah pun dapat BR1M juga. Mungkin pendapatan orang kaya tu di bawah RM3,000? Memang lawak BR1M nie......
Yang tak mungkin dapat BR1M ialah orang macam JR dan isteri kerana kedua-dua kami berpendapatan tetap. Kami tak boleh nak tipu pendapatan kami kerana kami berpendapatan tetap, ada slip gaji. Lainlah jiran-jiran JR yang bekerja sendiri tu, mereka boleh tulis berapa saja pendapatan mereka ikut sedap tangan..
Ada seorang jiran yang rajin ke surau beri "jalan" kepada JR bagaimana nak dapatkan RM500 tu. Katanya mudah saja, isi borang BR1M dan di kolum "pekerjaan" tulis "kerja sendiri" dengan pendapatan RM1,000 lebih atau RM2,000 lebih. Katanya bukan ada orang nak periksa pun siapa kita dan berapa pendapatan kita, semua yang minta BR1M mesti dapat punya, kerana duit diberi tanpa usul periksa. Sementara kerajaan nak bagi RM500.00, rembat aje lah...
"Kerajaan kita memang bodoh, bagi duit membuta tuli aja. Jadi tak salah kan jika kita pun buat-buat bodoh kepada kerajaan yang bodoh" kata jiran JR.
Baik punya jiran, ajar jirannya menipu untuk dapat duit mudah!! Tak kan kerana kerajaan sedang berbelanja secara boros dan luluskan duit secara membabi buta, kita nak ambil kesempatan atas kelemahan kerajaan pula?
Kalau malaikat bertanya dikubur nanti, apa nak jawab?
Tapi dalam hati, JR yakin jiran JR yang kaki surau tu bukan serius ketika beri cadangan mengarut tu, dia cuma nak buat joke. JR tau dia cuma nak menyindir kerajaan yang sekarang sedang berbelanja boros untuk ambil hati rakyat.....
akan tersengih tiap kali dengar ungkapan "dapat mengurangkan beban rakyat" atau "tidak membebankan rakyat" kat tv...
ReplyDeleteIM pun gigit jari. Tapi tak ngapa sebab IM jadi MERDEKA jiwa dan raga kerana tidak terasa termakan budi.
ReplyDeleteIM boleh pangkah mana mana yang IM suka....