»

07 February 2013

Adoiiii....Dipatuk Ular...


Dua hari lepas JR ke Terminal Bas Shahab Perdana Alor Setar. Dua anak JR yang sedang menuntut di IPTA - seorang di Melaka dan seorang lagi di Batu Pahat - minta JR belikan tiket balik dari Alor Setar ke Melaka dan Johor lepas Raya Cina.

Harga tiket bas Alor Setar - Melaka biasanya cuma RM51.00. Harga tiket bas Alor Setar - Batu Pahat pula ialah RM60.00. JR memang dah hafal dengan harga tiket ke kedua-dua destinasi itu, sebab tugas membeli tiket balik untuk anak-anak ialah tugas rasmi JR..

Mula-mula JR pergi ke kaunter tiket syarikat Mayang Sari, tapi tiket untuk perjalanan Alor Setar - Melaka pada 16 Februari dah habis. Pergi ke kaunter syarikat Maju, tiket dah habis juga... 

Seorang agen (ulat?) tiket yang kebetulan sedang berkeliaran di stesen bas beritau JR semua tiket untuk 16 Februari dah habis. Dia bawa JR ke kaunter syarikat bas Pancaran Matahari yang katanya mungkin masih ada baki tiket. Bila JR tanya kerani kaunter Pancaran Matahari memang masih ada 3 lagi tiket yang belum dibeli. Nasib baik!!

Bila JR hulurkan RM51.00 untuk harga tiket Alor Setar - Melaka, kerana kaunter tu sambil tersenyum memberitahu JR harga tiket dah naik ke RM60.00.

"Aittt...macam mana naik harga pula. Biasa RM51.00 saja?" kata JR yang memang pantang dalam kes menindas pengguna ni.

"Musim perayaan memang macam tu encik, semua tiket naik harga. Tambang ke Johor Baru ada bas yang kenakan sampai RM120.00"  jawab kerani kaunter.

"Kalau ada orang report kat JPJ amacam?" acah JR.

"Nak report pun tak apa, reportlah, sebab JPJ memang luluskan kenaikan harga tiket di musim perayaan. Kami boleh kenakan tiket sampai RM100.00, tapi syarikat ini baik hati, harga tiket cuma RM60.00 saja" jawab kerani perempuan itu sambil menunjukkan senarai harga tiket yang diluluskan oleh JPJ.

JR tak perhati pun senarai yang dihulurkan oleh kerani itu. Kalau dah JPJ yang membenarkan syarikat bas cekik darah apa nak kata?

Kemudian JR ke kaunter tiket untuk perjalanan ke Johor pula. Satu kaunter ke satu kaunter JR bergerak, hasilnya sama: semua tiket ke Johor dah habis! Hingga akhirnya tiba ke kaunter syarikat Swarna Bumi yang terletak di tempat yang agak terpencil. 

Kerani tiket beritau semua perjalanan ke Johor untuk 16 haribulan dah habis.  Yang ada cuma perjalanan pada 15 haribulan. Itu pun cuma ada 2 tiket saja lagi yang belum dijual. 

Dan bagaimana dengan harganya? Seperti tambang tiket ke Melaka, tambang tiket ke Johor juga naik. Musim biasa tambang ke Batu Pahat ialah RM60, tapi kerana musim perayaan harganya dinaikkan ke RM65.00.

Dan seperti Syarikat Pancaran Matahari, kerani syarikat Swarna Bumi juga memberi fakta yang sama: kenaikan harga tiket di musim perayaan adalah  atas kelulusan JPJ..

Cekik darah betul. Mentang-mentanglah tahun ni tahun ular, depa patuk kita betoi-betoi....


3 comments:

  1. Depa bayaq lebih kat dreba bas ka? Atau minyak bas naik rega?

    ReplyDelete
  2. rasanya macam tipu je ular-ular ni. sengaja bagitau jpj dah luluskan supaya pembeli tak banyak cekadak kot...

    ReplyDelete
  3. teringat ta semasa belikan tiket adik ta belajar di skudai.peqkara sama tjadi.sabar je la.

    P/s. Alhamdulillah.sampai jua akhirnya.malu dan kerdil rasanya diri ini..tq sudi buat post ..
    Buat tambh semangat blogging..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....