»

04 February 2013

Fuhhh..Kentut Yang Termahal Di Dunia!!


Bohonglah kan jika korang kata korang tak pernah kentut. Cuma yang bezanya antara seseorang dengan seseorang lain ialah ada kentut yang tak berbunyi dan ada pula kentut yang berbunyi. Kalau bunyi pula ada dua kategori: kentut yang berbunyi halus dan kentut yang berbunyi kasar. Satu lagi bezanya ialah ada kentut yang tak berbau dan ada pula kentut yang baunya macam bangkai.

Apapun, bagi ramai orang kentut merupakan sesuatu yang memalukan. Korang pasti setuju dengan fakta ni kan? 

Tapi ada satu lagi fakta tentang kentut yang boleh buat orang tersedak: ada kentut yang bernilai US $100,000 atau kira-kira RM309,320! Tu dia,  dengan kentut saja boleh beli sebiji kereta mewah...dahsyat!

Ceritanya aneh tentang kentut ini berlaku di Sweden. Korang tau kan Sweden di mana...di sebuah negara di utara Eropah. 

Satu hari seorang tetamu datang ke pejabat Göran Andervass, 44 tahun, seorang juruteknik komputer di Bank Negara Sweden. Tetamu itu yang malam sebelumnya mungkin makan petai makanan bergas tiba-tiba terkentut dengan bunyi yang sangat kuat dan kemudian mengeluarkan bau yang sangat busuk. 

idegue-network.blogspot.com - Inilah Kentut Termahal Di Dunia Seharga 930 Juta
  Göran Andervass

Andervass naik angin dan menuduh kliennya itu cuba memprovokasi dirinya dengan kentut di hadapannya. Kliennya cuba mempertahankan dirinya sehingga menimbulkan pertengkaran dan pergaduhan di antara mereka berdua yang kemudian sampai ke telinga  pengarah Bank Negara Sweden.

Andervass dan kliennya dipanggil oleh pengarah Bank Negara Sweden. Andervass memberitahu apa yang terjadi tapi si-klien tetap mempertahankan dirinya kerana ia sesuatu yang tak disengajakannya.

Andervass akhirnya dipecat oleh majikannya yang menuduh dia mencampur adukkan hal-hal peribadi dengan urusan pejabat.

Andervass tak dapat menerima pemecatannya hanya kerana masalah kentut dan dia telah membuat tuntutan gantirugi sebanyak US $100,000 (RM309,320) kepada Bank Negara Sweden. 

Mahkamah yang membicarakan kes itu kemudiannya memutuskan tindakan memecat Andervass adalah salah dan dengan itu Bank Negara Sweden diarahkan untuk membayar gantirugi sebanyak US $100,000  kepada Andervass.

Inilah kentut termahal di dunia yang pernah tercatat dalam sejarah peradaban manusia!

Jika ada sesiapa yang nak buat rekod kentut termahal di Malaysia, bolehlah cuba-cuba saman sesiapa yang terkentut di depannya.....

9 comments:

  1. nak terkentut,mana boleh kontrol2 dah...
    lagipun tu salah satu cara badan mengeluarkan angin..:)

    ReplyDelete
  2. Ni lepbih kurang mcm cerita penampar paling mahal baru2 ni yang masuk dlm metro tu. Pun kes saman jugak.

    ReplyDelete
  3. Nah kaya sudah.....
    Bayar saman kentut je haaa heheee :D

    ReplyDelete
  4. dulu pernah lawan berbalas kentut dengan housemate, tapi kalah...

    ReplyDelete
  5. Malulah nak saman-saman hanya pasal kentut. Mesti masuk TV3 hi..hi..

    ReplyDelete
  6. klw kat malaysia agak2 boleh tak letak harga 2 juta utk saman kentut hahahah

    ReplyDelete
  7. terkentut ketika membaca post jay ar ni.. Pssss...

    ReplyDelete
  8. hehe..baru tahu..kentut pon ada nilai sekarang ni..nanti boleh jadi aset pulak..:-)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....