»

04 January 2013

Siapa Bintang Bola Malaysia Yang Menghafal Al-Quran?


Jangan terkejut jika ada artis yang menghafal al-Quran, contohnya Yusuf Islam (Cat Steven), artis British tu. Di Malaysia juga mungkin ada artis yang hatinya seterang itu...siapa tau? 

Dan bintang sukan, katalah bintang bolasepak (JR ambil bolasepak kerana ia sukan yang paling popular di Malaysia)...tau kah korang ada bintang bolasepak yang menghafal begitu banyak juz dalam al-Quran? Dalam al-Quran ada 30 juz, jika seseorang itu dapat menghafal 15 juz atau separuh dari al-Quran, ia dikira sudah cukup baik.

Tapi bintang bolasepak ini menghafaz bukan 15 juz, sebaliknya 19 juz, iaitu  hampir 2/3 daripada kandungan al-Quran. Itu yang menyebabkan JR kagum dengannya. Dia bintang bolasepak bertaraf antarabangsa yang terkenal dan kaya (pendapatan £2.6 juta atau RM12.83 juta setahun), tapi nama dan taraf jutawan yang dimilikinya tak menghalang dia untuk terus mendekatkan diri kepada kalimah Allah.

Siapakah bintang bolasepak yang menghafal 19 juz al-Quran itu? Apex? Safee Sali? Mat Yo? Safiq Rahim? Aidil Zafuan? Baddrol Bakhtiar?


Bintang Bola Sepak Arsenal yang Menghafal 19 Juz Al-Quran


LONDON – Pentas bola sepak Liga Perdana Inggeris banyak dihuni pemain-pemain beragama Islam yang datang dari luar negeri. Bintang bolasepak Liga Premier Muslim yang menonjol kebanyakan berasal dari Perancis.
Di antara bintang bolasepak Muslim yang dikenali adalah pemain tengah Arsenal, Abou Diaby. Pemain 25 tahun berkewarganegaraan Perancis ini telah menghafal Al-Quran hingga 19 juz.
Dalam akaun twitter, salah satu pengajar Ebrahim Collage di London, Mufti Muhammad, @ Mufti_Muhammad_ mendedahkan seorang bintang bolasepak yang datang ke Emirates Stadium Arsenal pada tahun 2006 itu hafal 19 juz Al-Quran.
Bagi Diaby, kunjungan ke Ebrahim Collage adalah perkara biasa. Sebab ia berasa selesa berada dalam komunitinya, seperti diterangkan Republika Online.
“In conversation with Arsenal Footballer Abu Diaby @ Ebrahim college dinner tonight, who s memorised 19 ajza of Qur’an! (Dalam perbincangan dengan pemain Arsenal Abu Diaby di Ebrahim Collage pada tiap kali makan malam, siapa yang hafal 19 juz Al-Quran,” sentil Mufti Muhammad kepada Diaby.
Muslim Rohingya
Sifat sosial Abou Diaby yang sangat prihatin terhadap umat Islam yang lain juga ia tunjukkan, apabila dirinya terlibat dalam pengutipan dana untuk Muslim Rohingnya di London Muslim Center.
Dalam acara pengutipan dana itu, Abou Diaby melelong jersey (kostum) Arsenal miliknya untuk Muslim Rohingnya.
Di Arsenal sendiri ada beberapa pemain yang tercatat beragama Islam, antaranya Abou Diaby, Bacary Sagna, dan sebelumnya ada Samir Nasri dan Kolo Toure yang kini mempertahankan Manchester City.
Sementara itu, pemain Muslim Arsenal lain yang komited terhadap Islam adalah bek muda Armand Traore. Namun jebolan Akademi Arsenal kelahiran 8 Oktober 1989 itu kini berpindah kelab di Queens Park Rangers.
Pemain pasport Perancis keturunan Senegal ini telah lama memeluk Islam dan pada 2009 lalu ketika masih mempertahankan Arsenal ia mula “sedar” untuk menghilangkan seluruh tatu yang dilakarkan di tubuhnya.
“Saya rasa ini (tatu) menjadi kesalahan terbesar dalam hidup saya, tapi saya akan cuba meluruskan segalanya,” ungkap Traore.
“Agama saya telah memberi keuntungan kepada kehidupan dan kerjaya saya. Saya selalu menjadi Muslim tapi tidak pernah mempraktikannya dan saya hanya berkata ‘saya seorang muslim’,” jelasnya.
(Sumber: Metro)

Maaf kerana ada kesilapan teknikal sikit dengan tajuk entri JR di atas tu...bintang bolasepak yang menghafal al-Quran ni bukan bintang Malaysia, tapi dia adalah Abou Diaby, bintang bolasepak Perancis yang bermain untuk kelab Arsenal.

Dan bagaimana dengan bintang bolasepak Malaysia? Sebahagian dari bintang-bintang bola kita nampaknya lebih popular bukan kerana penghayatan mereka terhadap al-Quran, tapi penghayatan mereka kepada kehidupan glamour, termasuk mendekati dunia artis.

Tapi nak mengata bintang bolasepak atau artis kita, JR pun secara jujurnya apa kurangnya. Jangan bercakap tentang 19 juz, menghafaz 1 juz al-Quran pun JR tak mampu! Bukan salah siapa, salah diri sendiri yang semasa kecil tidak terdedah dan tidak berusaha mendedahkan diri kepada dunia penghafalan al-Quran. Kini yang dapat dihafal cuma ayat-ayat lazim yang sering dibaca ketika bersolat yang kebanyakannya dihafal semasa belajar di kelas agama masa kecik-kecik dulu. Kerana tidak hafal al-Quran, bila bersolat jemaah dan ada ketika-ketikanya imam tersasul dalam pembacaannya, kita yang tak mahir ni cuma boleh diam dan membiarkan orang lain membetulkan bacaan imam. Betapa rasa kerdilnya diri ketika itu...

Bila dah tua-tua macam ni nak cuba menghafal ayat-ayat baru pun mengambil masa yang sangat lama. Maklumlah hard disk dalam kepala otak sudah hampir penuh dan tak banyak lagi ruang untuk menyimpan data. 

Semoga generasi baru kita akan lebih mendekati kalimah Allah, insyallah....

10 comments:

  1. media kita pun suka tonjolkan bintang sukan kita dari sudut glamor...

    ReplyDelete
  2. ya...kita punya bintang lbh suka himpit artis2...:)

    ReplyDelete
  3. ya...kita punya bintang lbh suka himpit artis2...:)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. bagusnya ... bintang bola sepak kita pula mcm artis dah..

    ReplyDelete
  5. semoga kejayaan sentiasa berpihak pada dia.. klw la kita ni mampu berbuat benda yg sama....

    ReplyDelete
  6. betul kata jr tu.orang kita hafal surah2 tertentu je,.tu pun sebab sakit..heheheh

    ReplyDelete
  7. dapat kesedaran membaca info ni..surah2 ringkas ja...hebat pemain tu...

    ReplyDelete
  8. Hebat. Tentunya dia main dengan memakai jersi menutup aurat dan tidak abaikan solat.

    IM pun merangkak-rangkak bila baca Quran...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....