»

03 January 2013

Cikgu Tebing Rebak


Masa kecil dulu, jika orang bertanya bila besar nak jadi apa, jawapan tak dapat disangkal daripada JR ialah nak jadi GURU. JR sebenarnya bukan minat sangat nak jadi cikgu ni, tapi kerana ayah JR mau JR jadi cikgu, maka terpaksa JR menanam cita-cita nak jadi cikgu. 

Selepas menamatkan pengajian, JR memang hampir-hampir jadi cikgu. Selepas menjalani temuduga di Ibu Pejabat MARA KL, suatu hari JR terima surat daripada MARA yang menawarkan kerja sebagai pengajar di sebuah MRSM di selatan Kedah. Tapi empat hari sebelum JR melaporkan diri di MRSM, tiba-tiba JR menerima surat tawaran untuk bekerja di RTM. Lalu musnahkan harapan ayah JR untuk melihat anaknya menjadi cikgu. (JR kerja di RTM cuma beberapa bulan, lepas tu JR kerja di agensi lain yang lebih interesting dengan jiwa muda ketika itu....) 

Tapi walaupun tak jadi cikgu sekolah, bila bekerja kadang-kadang JR jadi 'cikgu' juga. Bila agensi-agensi tertentu menghantar surat meminta memberi ceramah kepada kakitangan mereka, boss selalu minta JR pergi beri ceramah dalam bidang yang JR mahir. Jadi tak lah kempunan sangat ayah JR nak tengok anaknya jadi cikgu, kerana kadang-kadang jadi juga cikgu. Cuma 'murid-murid' JR bukan lagi budak-budak sekolah menengah atau rendah, tapi  pekerja pejabat yang sesetengahnya dah dekat-dekat nak pencen...

Tapi tak apalah, itu cerita lama. Cerita baru pagi ni tentang cikgu juga. Ia tentang cikgu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak, Teluk Intan, Perak.

Apa yang istimewanya tentang SK Tebing Rebak? Yang istimewanya tentang SK Tebing Rebak ialah sekolah ini cuma mempunyai 4 orang murid dan 4 orang guru

Hanya empat murid daftar diri
SK Tebing Rebak cuma mempunyai 4 murid dan 4 guru serta seorang guru besar

Empat orang murid-murid di sekolah tu masing-masing belajar di darjah 1, 3, 5 dan 6. Darjah 2 dan 4 tak ada murid. Jadi setiap kelas cuma ada seorang murid:

Hanya empat murid daftar diri
seorang murid saja dalam satu kelas....

Mengapa sekolah tu cuma mempunyai 4 orang murid saja? Ini kerana kampung Tebing Rebak cuma mempunyai 40 rumah dengan penduduk seramai 40 orang   dan kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah lain yang muridnya lebih besar. Cerita lanjut mengenai sekolah ini boleh baca di sini...

Mungkin ada orang kata seronok menjadi cikgu di sekolah kecil, senang kontrol kelas, tapi seronokkah menjadi cikgu di sekolah yang cuma mempunyai seorang murid dalam satu kelas? Hanya cikgu yang boleh menjawabnya. 

Tapi pengalaman JR ketika menjadi 'cikgu sementara' iaitu sebagai penceramah jemputan, bila tengok 'murid-murid' tak ramai di depan, semangat untuk memberi ceramah down sikit. Rasa macam cakap dengan dinding..apa lagi bila kita bercakap 'murid' kurang memberi respons, kurang interaksi, rasa macam nak keluar kelas aje. Tapi jika ramai yang datang dengar ceramah kita, semangat untuk mengajar sangat tinggi, idea datang mencurah-curah dan sejam dua bercakap seperti tak terasa masa berlalu. Sedar-sedar saja ada urusetia hulur nota kecil: "Maaf tuan, masa tidak mengizinkan..." 

Oleh itu JR nak tabik spring kepada cikgu-cikgu SK Tebing Rebak kerana walaupun mengajar di sekolah yang cuma ada seorang murid untuk satu kelas tapi masih bersemangat tinggi. Tiba-tiba teringat tentang sajak "Guru Oh Guru" karya Sasterawan Negara Usman Awang...

Cikgu..tanpamu siapalah aku.....

11 comments:

  1. perasaan `macam cakap dengan dinding' tu selain takde respon sepatutnya, mungkin disebabkan kehadiran yang tak cukup. mesti down punya.

    untung jugak budak yang sorang2 tu, mak ayah tak payah risau pasal tuisyen lagi...

    ReplyDelete
  2. sikitnye..takleh buat aktiviti sgt la.

    ReplyDelete
  3. boring arrr..asyik ngadap muka yg sama....nak berlumba ngan sapa...

    ReplyDelete
  4. untung la anak murid..100% tumpuan cikgu hanya pada dia..:)

    ReplyDelete
  5. untung la anak murid..100% tumpuan cikgu hanya pada dia..:)

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu JR....

    ReplyDelete
  7. rasa macam nak hantar anak gi belajar kat situ jer... bagus apa klw mcm tu... lebih perhatian derang dapat dari cikgu2 tabik gak kat guru2 tu.. ini lah guru2 yg sejati.. bekerja dengan ikhlas bukan kerna terpaksa well done kat derang ^_^

    ReplyDelete
  8. cikgu tgk murid...murid tgk cikgu...

    ReplyDelete
  9. salam jay ar
    Ta bru tau ni. 1st time dlm hidup ta ni dpt tau dlm kelas ada 1 murid je.serius ni .thanks jay ar.sudi kogsikan
    Masa cikgu tanya ta nak jadi ape bila besar .
    Ta jawap. Nak jadi doktor
    Kini tercapai jua.doktor bedah enjin motor.

    ReplyDelete
  10. bulan 5 nanti sekolah rendah tempat IM belajar dulu akan adakan re-union.

    tak sabar rasanya nak jenguk sekolah lama... 40 tahun ditinggalkan!

    ReplyDelete
  11. Salam. Saya cuba google map sk tebing rebak... malangnya tidak jumpa. Cikgu boleh tambahkan di dalam google map ya. Terima kasih

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....