»

05 January 2013

1 Rumah 1 al-Hafiz....Bolehkah????


Sepatutnya entri ni keluar pada petang semalam, tapi kekangan waktu menggagalkan niat JR nak menulis pada petang semalam...

Petang semalam (orang Utara kata petang kelmarin), ketika menuruni tangga   Masjid Bukhary, Alor Setar (masjid terbesar di Kedah) lepas solat Jumaat, terdengar beberapa suara memuji khatib yang membaca khutbah Jumaat tadi:

"Bestlah khatib tu, sekali ni aku tak lena macam minggu-minggu dulu. Memang suaranya memukau!" kata seorang anak muda berambut gondrong ala penyanyi rock berdekatan kolam di depan masjid.

"Surah yang dibacanya masa solat sungguh mendayu..klea (clear)..hang tau ayaq mata aku keluaq  dengaq bacaannya" kata kawannya yang berambut botak ala-Faizal Ismail Hot FM.

Memang JR akui bacaan khutbah khatib jemputan pada solat Jumaat di Masjid Bukhary semalam sangat memukau:

- Dia membaca khutbah tanpa teks tak seperti kebanyakan khatib tetap yang bergantung kepada teks Jabatan Agama
- Suaranya nyaring, kuat, jantan, petah, jelas, ada intonasi nada turun naik dalam pengucapan
- Bila memetik ayat Quran, khatib ini berlagu dengan alunan suara yang sungguh merdu
- Bacaan doanya juga digayakan dalam bentuk lagu yang lemak merdu
- Dan yang paling penting isi khutbahnya yang ringkas tapi padat, penuh nasihat bernas.

Antara isi khutbah khatib pada solat Jumaat semalam ialah:

~ Semua Muslim perlu menjadikan bacaan al-Quran sebagai amalan pada setiap masa. Setiap kali satu kalimah al-Quran diucapkan akan mendapat 10 ganjaran. Misalnya bila disebut alif-lam-mim kita mendapat 10+10+10 = 30 ganjaran untuk sebutan  itu..
~ Bilangan hafiz Quran perlu ditingkatkan di negara ini bagi mewujudkan masyarakat yang membudayakan Quran sebagai amalan hidup.
~ Golongan profesional (doktor, jurutera, pengamal undang-undang dan lain-lain) perlu menjadi profesional yang menguasai ilmu al-Quran - menjadi doktor al-hafiz, engineer al-hafiz, lawyer al-hafiz. (Kalau jadi PM dan menteri pun, biar  PM dan menteri al-hafiz...ini bukan khatib yang kata, JR yang kata...)
~ Seorang hafiz Quran boleh mensyafaatkan 10 ahli keluarganya yang sudah sah dicatatkan Allah sebagai ahli neraka untuk berpindah ke syurga seperti hadis Nabi:

"Barangsiapa membaca Al Quran dan MENGHAFALNYA , maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak SYAFAAT untuk SEPULUH anggota KELUARGANYA di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk NERAKA "

~ Setiap keluarga perlu mempunyai SEKURANG-KURANGNYA seorang hafiz Quran bagi meringankan beban dosa ahli keluarganya yang lain. Ini kerana mungkin di kalangan ahli keluarganya yang memang telah dicatatkan Allah untuk memasuki neraka, tapi dengan izinNya hafiz Quran itu dapat menggunakan syafaatnya untuk mengeluarkan orang-orang itu dari siksaan neraka menuju ke syurga.

1 keluarga 1 hafiz Quran...betapa hebatnya idea itu, lebih hebat dari idea 1Malaysia

Tapi JR sendiri terpukul selepas mendengar khutbah kerana sejujurnya JR  tidak mampu mencapai idea 1 keluarga 1 hafiz Quran itu. Keenam-enam anak-anak JR memang rata-ratanya sangat berjaya dalam akademik mereka,  kebanyakannya straight A sejak UPSR..yang sulung (bakal jurutera) baru-baru ini mendapat pointer 3.88 dan mendapat tajaan biasiswa JPA, yang kedua juga di universiti, yang lain-lain juga bercita-cita mengikut jejak abang-abangnya ke universiti...tapi...

Tapi ketika dalam hati selalu bangga dengan pencapaian akademik anak-anak, malangnya tak seorang pun dari anak-anak JR yang boleh penuh satu gerabak keretapi tu merupakan al-hafiz. JR tak boleh buat apa-apa lagi untuk melahirkan seorang al-hafiz dalam keluarga kami kerana tiada lagi anak kecil untuk dibentuk menjadi pelajar hafiz Quran..yang bungsu (perempuan) pun kini dah berusia 14 tahun - sudah terlambat untuk membentuknya menjadi penghafal al-Quran...

Betapa ruginya JR 
betapa ruginya JR
tiada anak yang bakal memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya.....

Bagi korang yang masih ada anak kecil mungkin saranan untuk melahirkan seorang al-hafiz dalam keluarga boleh dipertimbangkan. Jangan jadi seperti JR  yang ada enam anak, tapi tak seorang pun yang dihantar ke sekolah tahfiz bagi menjadi seorang penghafal al-Quran....



SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI KHATIB YANG MEMBACA KHUTBAH JUMAAT DI MASJID BUKHARY, ALOR SETAR KELMARIN:

 


~Nama: Ustaz Muhammad bin Musa Al-Hafiz Sembilani (berasal dari Negeri Sembilan)
~Profesyen: Pengetua (Mudir) Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz, Kupang, Baling, Kedah.
~Pengalaman:
   1996 : Mewakili Negeri Perlis dalam Tilawah Quran Kebangsaan
   1997-2000 : Mewakili Negeri Sembilan dalam Tilawah Quran Kebangsaan
   2001 : Johan Tilawah Quran Peringkat Kebangsaan
   Imam Terawih Masjid Negeri Kedah & Wilayah Persekutuan

5 comments:

  1. salam
    anak2 saya belum mencapai tahap al hafiz...tp saya bersyukur (dan sebak) bila bgn jam 4 pg..terdengar suara anak yg sedang menunggu result STPM tu mengaji...dan dibulan puasa khatam al quran..

    ReplyDelete
  2. kat area sp ni pun kebanyakkan tok2 khatib xikut teks.. memang jarang lena la kalau dgq khutbah. haha. idea yg bernas. 1 rumah 1 al hafiz.. terbaik idea...

    jom singgah baca.. =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2013/01/allah-maha-penyayang.html

    ReplyDelete
  3. oh 1 rumah 1 al hafiz ? ehmm mknanya kene salah sorg msuk tahfiz eh ?

    alahaiii . bolat dua beradik je . hrmmmm

    ReplyDelete
  4. deno baca al-quran setiap hari tapi belum sampai tahap hafiz.. dalam juzuk satu ingat tapi yg lain belum.. apa kata JR postkan tentang cara2 nak hafaz al-quran dgn mudah? :)

    ReplyDelete
  5. salam jay ar
    Erm..agak berat tu permintaan jay ar.insya-allah tirana aduka akan cuba usahakan.gud idea.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....