»

29 January 2013

PBS: Stress 2


Dulu JR pernah tulis entri mengenai perkara sama seperti di sini...Harap korang tak boring jika JR ulang lagi cerita yang sama tapi dalam versi yang berbeza...

Sekali lagi ia tentang anak bongsu JR (perempuan) yang kini sedang belajar di sebuah sekolah menengah bistari yang dikategorikan oleh Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Dalam entri terdahulu JR pernah katakan budak-budak sekarang belajar dalam  situasi yang sangat stress. Seperti anak JR tu, baru tingkatan dua tapi hampir setiap hari perlu tidur pukul 1.00 pagi, kadang-kadang pukul 4.00 pagi baru tidur untuk habiskan kerja sekolah yang berlambak-lambak. Pukul 5.30 pagi dah kena bangun untuk ke sekolah. Kata anak JR kawan-kawan sekelasnya juga macam tu juga...tak pernah cukup tidur..

Malam tadi pula punyalah banyak kerja rumah cikgu bagi, sampai saja dia di rumah lepas habis sekolah, lepas mandi dan solat terus pegang buku latihan buat kerja rumah. Kerana pagi sebelumnya cuma tidur pukul 4.00 pagi, bila lepas isyak anak JR mengadu dah pening kepala...marathon homework!!

JR nasihatkan dia tidur dulu sejam dua, lepas tu sambung kerja balik. Tapi katanya macam mana nak berhenti buat homework, kalau kerja tak habis nanti cikgu marah!

Tapi akhirnya fizikal dan mental anak JR tak dapat menahan tekanan rasa mengantuk. Pukul 10.00 malam dia terlentuk atas meja dalam rasa kemengantukan (betul ke Bahasa Melayu yang JR gunakan ni?) yang amat sangat...JR tak mau gerakkan dia, kasihan sangat...

Jam 11.30 malam dia terjaga..."Alamak", katanya, "Mati la kerja rumah tak habis lagi!".

Dan dia menyambung lagi kerja rumah. Hampir pukul 12.00 malam JR pula yang mengantuk. Lalu JR ke bilik tidur...ZZZZZZZZ...

Pukul 3.30 pagi JR terbangun tidur. Terdengar TV di ruang tamu menandakan masih ada yang belum tidur. 

JR menjenguk ke ruang tamu. Dan anak JR dengan wajah keletihan masih memegang sebatang pena  menghabiskan kerja rumah...JR tak mau mengganggu konsentrasinya, lalu sambung tidur lagi...

Dan bila JR bangun jam 5.15 pagi untuk menyediakan sarapan kepada anak-anak, anak perempuan JR masih di tempatnya....kerja rumah belum habis lagi!

"Sha tak tidur langsung ke malam tadi?" tanya JR.

"Macam mana nak tidur bah...kerja rumah masih ada yang tak siap. Ini ada sikit lagi BM dan matematik belum siap lagi..."

Gila! kata hati JR. Memang bagus melahirkan generasi bijak dengan kecil-kecil lagi minda mereka dah didedahkan dengan pelbagai ilmu yang sukar-sukar. Tapi apa guna melahirkan generasi bijak jika tubuh mereka tak sihat? Dari usia belasan tahun dah dibiasakan dengan sistem tidur tak cukup, mampukah mereka bertahan tanpa dapat darah tinggi dan serangan jantung sebelum berusia 40 tahun???

Sebenarnya JR tak salahkan sesiapa. Tak nak sesekali salahkan cikgu yang bagi kerja banyak. Cuma JR rasa bertuah kerana bersekolah di zaman dulu yang tak ada sistem PBS, tak ada pemarkahan berdasarkan band 1 hingga band 6 yang membebankan murid dan guru itu, tak ada....

Cuma JR tertanya-tanya masih relevankah subjek pendidikan kesihatan di sekolah yang menyatakan kita perlu tidur 8 jam sehari, sedangkan realitinya ramai pelajar yang cuma tidur 1 hingga 4 jam saja sehari?

11 comments:

  1. At one side...rajinnya anak JR blajar smp x tido. Another side rasa macam kasihannya.......saya berani jamin anak murid saya kat Labuan ni xde sorang pun yang punya attitude mcm tu. Diorang x tido sbb main fesbuk ye kot ada. Hehe.

    Tapi mcm x patut pulak kalau cikgu bg homework hari ni dan semuanya mesti hantar esok. Selalunya cikgu akan bagi masa sampai next class baru hantar. Kita yg cikgu pun paham budak-budak bkn blajar 1 subjek je..berbelas subjek. Takkan semua nak kena siapkan serentak. Tak patut.

    ReplyDelete
  2. Ini semua kegilaan dunia pendidikan yang mengejar keputusan peperiksaan cemerlang... Gila!

    ReplyDelete
  3. errrr ni study hard . not smart . smpai satu tahap boleh jadi gila mcm ni . serius .

    ReplyDelete
  4. teroknya...kesian sungguh..

    ReplyDelete
  5. Bukankah tidur yang sedikit itu lebih baik?

    Ulama besar seperti Imam Al Ghazali dulu khabarnya tidak tidur kecuali dalam keadaan memikirkan masaalah ummah!

    ReplyDelete
  6. Teruk sgt tu. Esok pg masuk kelas mcmana nk beri tumpuan..ngantuk. Mcm nk kena discuss dgn cikgu je tu.

    ReplyDelete
  7. Kalau ikutkan memang kena komplen. Sebab kesian kat budak2. Tapi kalau JR komplen pun bahye. nanti cikgu2 akan anggap anak JR mengada2 sebab mengadu kat ayah. Padahal sbgai ayah, JR sndiri yang tak sampai hati tgk anak sampai tak tido buat homework. Saya mmg tak setuju la kalo cikgu bagi homework terlalu banyak. Kesian kat budak2.

    ReplyDelete
  8. Betul2. Nak salahkan cikgu pun, bukan salah cikgu.
    Entah apa relevennya pbs ni tah. Nasib sy dah lepas. Hm.

    ReplyDelete
  9. nampaknya balik sekolah kena terus buat homework.. sbb kalau mcm ni mesti selalu tak cukup tido, nanti kesan kat kesihatan pulak..

    ReplyDelete
  10. Mau x mau kena juga le bdk2 ni buat.....
    Persaingan juga semakin hebat.....
    Sapa lmbt......mmg akan jauh ketinggalan....

    ReplyDelete
  11. bru ta faham realiti pembelajaran sek men sekrg.erm..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....