»

28 January 2013

7 Dan 10 Pun Tak Tau Beza


Cerita ini terjadi pada pagi Sabtu lepas. 

JR pergi ke sebuah kedai makan mamak di Alor Setar kerana anak-anak pesan roti canai. Biasalah roti canai sekarang saiznya cute-cute belaka. Kalau anak lelaki sekeping roti canai memang tak cukup, anak perempuan yang tengah membesar tu pun kalau angin baik sekeping tak cukup, nak dua keping juga. 

"Abang..mau roti..." sapa pembuat roti canai, seorang anak muda berketurunan India yang kulitnya agak cerah.

"Hmmmm..bungkus tujuh roti" jawab JR.

"Tuj-juh.." ulang pemuda India itu minta pengesahan.

"Ya ya...tujuh.." kata JR sambil mengangguk.

Bila roti siap JR pergi ke kaunter. Cashier menanyakan sesuatu kepada pembuat roti canai dalam bahasa Tamil yang JR tak paham. Pembuat roti menjawab, juga dalam bahasa Tamil. Mungkin cashier tanya berapa keping roti canai yang dibungkus.

"OK..berapa harga?" tanya JR sambil mengeluarkan dompet.

"RM10.00" jawab Sang Cashier.

JR terkejut kerana harga roti canai di Alor Setar biasanya RM1 sekeping, walaupun masih ada yang jual 70 hingga  80 sen sekeping. Kalau 7 biji berharga RM10, bermakna sekeping berharga kira-kira RM1.40. Mahalnya!!

"Harga roti canai sudah naik ka?" tanya JR kepada cashier.

"Sama saja...satu RM1.00 jugak" kata mamak,

"Kalau satu seringgit, 7 keping mesti RM7,  pasai apa charge saya RM10 pulak?" kata JR tak puas hati.

" Encik order 10 bukan...?" jawab mamak cashier dengan muka terkejut.

"Tak...saya order 7 saja" jawab JR tegas.

Cashier bercakap sesuatu dalam Bahasa Tamil dengan pembuat roti canai. JR tak faham apa yang mereka cakap, kecuali perkataan "sapuloh" dan "tujjuh".

"Sori encik, dia (tukang pembuat roti)  confused...dia ingat 10 bukan 7", kata cashier sambil meminta pembuat roti mengeluarkan 3 keping roti dari bungkusan.

"Itu (tukang pembuat roti), India mari ka?" tanya JR.

"Ya, dia baru mai sini 3 minggu, dia sedang belajar cakap Melayu" jawab cashier.

Oooo...patutlah tak dapat bezakan antara tujuh dan sepuluh, pendatang asing baru dari India rupanya pembuat roti canai itu...

Inilah masalahnya di negara kita, ramai sangat pendatang asing. Bila teringat pendatang yang baru datang ke Malaysia yang entah apa agamanya dan bagaimana tahap kesihatannya uli roti canai, rasa kembang pulak tekak....

Tapi apa nak buat, itulah realitinya...pendatang asing bercambah di semua penjuru Malaysia. Ada yang memegang passport, ada yang datang tanpa apa-apa dokumen. Yang paling menyedihkan ada yang baru beberapa bulan  datang ke Malaysia tapi demi memastikan parti tertentu menang dalam pilihanraya, pendatang-pendatang asing ini terus diberi kad pengenalan Malaysia seperti yang berlaku di Sabah (lihat beritanya di sini..)

10 comments:

  1. itu la kan.. ramai pendatang kat sini

    ReplyDelete
  2. hehe..saya sah2 tak makan kalau tgk tangan berbulu tu punya spesis yg buat roti canai...

    ReplyDelete
  3. ita jarang nak makan roti kalau india plok..
    biar lah tengah terliur pun..
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Kalau takda depa pun susah juga kita. Anak muda sekarang ramainya dah ada paling tidak diploma. Takkan nak kerja restoran...

    ReplyDelete
  5. hahaha..patutlah, mujurlah JR berani bersuara...akupun kalau kena macam tu mesti tak puas hati...

    ReplyDelete
  6. alamak bang, isu panas ni...

    ReplyDelete
  7. Kena ajar bahse melayu dulu sebelum boleh start keja ni.

    ReplyDelete
  8. India boleh tahan lg.
    Indon lagi ramai sekarang ni. Apa nk jadi?

    ReplyDelete
  9. lain kali pergi kedai melayu..selamat dan bersih..:-)

    ReplyDelete
  10. hahaha...india mari laa..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....