Korang yang berumur 21 hinggga 30 tahun dah rembat ke duit rebat RM200 yang kerajaan bagi untuk beli smartfon 3G?
Ketika balik ke Penang dua minggu lepas untuk hadiri kenduri aruah famili di kampung, jumpa ramai "ahli akademik kampung" yang berbincang pelbagai isu, dari isu kampung sampai ke isu semasa. Antara topik panas ialah tentang pemberian rebat RM200 untuk mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun bagi pembelian smartfon 3G. Lalu pelbagai cerita mengenai rebat ni yang JR dengar:
- Seorang kawan kepada anak sedara JR bagitau walaupun dia dah diluluskan rebat RM200, sebenarnya dia tak perlukan satu lagi smartfon kerana dia memang sudah ada smartfon. Jadi dia bercadang nak gunakan rebat RM200 itu untuk beli smartfon kemudian menjualkannya kepada seorang apek penjual sayur di pekan kecil mereka dengan harga RM100 lebih murah dari harga pasaran smartfon jenama itu. Ia macam win-win situation, apek itu dapat smartfon lebih murah RM100 dari harga pasaran biasa, kawan itu pula dapat untung RM100 - untung atas angin. Tiada siapa yang rugi, kecuali kerajaan!!
- Anak sedara JR, seperti kawannya juga dah ada smartfon. Dia kata tak tau nak buat apa dengan rebat smartfon baru yang diluluskan kepadanya. Masa mulanya dia bercadang nak beli smartfon untuk dihadiahkan kepada isteri yang baru dikahwininya, tapi masalahnya isterinya juga layak dapat rebat smartfon juga. Mungkin lepas beli smartfon baru nanti ia boleh dilelong di pasar malam ikut konsep win-win situation?
Dua minggu lepas juga JR baca satu entri oleh seorang blogger yang juga dah diluluskan pemberian rebat smartfon RM200 ni. Dia juga mengeluh tak tau nak buat apa dengan rebat RM200 tu, sebab katanya dia dah ada smartfon Blackberry. Di akhir entrinya blogger tu beritau dia mungkin akan menggunakan duit rebat tu untuk membeli smartfon baru bagi dihadiahkan kepada ayahnya. Anak yang baik!!
Yang paling mengejutkan JR ialah bila ke Sentosa Mall, Alor Setar beberapa hari lepas. Ada seorang budak lelaki dengan suara separuh berbisik (tapi JR yang berdiri selang satu meter darinya jelas mendengarnya) berkata kepada penjual telefon sambil menghulurkan surat kelulusan rebat: "I tak mau henset, boleh dak you ambik surat ni dan bagi duit cash kat I??"
JR tak tau bagaimana seterusnya urusniaga budak Melayu dengan pemuda Cina penjual henfon tu sebab JR ke situ bukan nak dengar perbualan mereka. Apa yang pasti budak Melayu tu dah ada henset sendiri, dia tak perlukan smartfon yang diluluskan kepadanya, dia cuma memerlukan duit, bukan smartfon. Mungkin win-win situation berlaku lagi....
Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk bayar rebat smartfon kepada belia 21 hingga 30 tahun. JR tak pasti dari RM300 juta itu, berapa juta digunakan oleh mereka yang benar-benar memerlukan smartfon dan berapa juta pula dibazirkan bila smartfon itu jatuh kepada mereka yang tak memerlukannya??
Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk bayar rebat smartfon kepada belia 21 hingga 30 tahun. JR tak pasti dari RM300 juta itu, berapa juta digunakan oleh mereka yang benar-benar memerlukan smartfon dan berapa juta pula dibazirkan bila smartfon itu jatuh kepada mereka yang tak memerlukannya??
"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat ingkar akan Tuhannya" (Al-Isra' ayat 27)
Makin dekat PRU, makin banyak gigi berlubang sebab terlalu banyak sangat gula-gula. Eh, teringat pulak kat student uitm melaka yang girang sangat masa pengumuman rebat ni kat bajet 2013 hari tu.
ReplyDeleteMemang tak pernah setuju dengan rebat tu.. huhu..
ReplyDeleterasa macam membazir jugak . saya pun dah ada smart fon rasa rebat tak diperlukan dah .Tapi betul ke ada orang cakap rebat tu kena bayar lepas tu ?
ReplyDeletebelum mampu pakai smartphone..
ReplyDeleteNtah sape la yang bagi cadangan bagi rebat ni kepada PM. Main setuju je. Dah la keuntungan itu tidak dpt dirasai oleh semua rakyat. Kalau bina hospital pun lagi baik dgn 300juta tu. Kalau tak cukup, tambah lagi guna bajet yang digunakan utk BRIM tu. Kan lebih lama manfaatnya. Dan lebih ramai yang dpt manfaat tu.
ReplyDeleteSaya x dpt rebet taliipon tu......syarat umur dh telepas heheee
ReplyDeletesalam jay ar.
ReplyDeleteKalau dah diberi pasti ada timbal gantinya.dlm dunia ni tak de yg free kecuali senyuman
rugi dah lajak umur..kalau tak rembat juga..walau dah ada..
ReplyDeletejay ar...
ReplyDeleteTerima kasih add tu..ta dh terima .