»

12 January 2013

JPJ Oh JPJ!!!


Hari ini ramai kawan-kawan JR di Kedah pergi ke KL tengok bola untuk Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. Harap-harap mereka balik dengan selamat, tak ada yang kena pukul dan terajang. Harap-harap tak ada yang buat kacau, tak ada yang memukul dan kena pukul seperti yang berlaku di Ayer Tawar, Manjung kelmarin.

Korang tengok dan dengar berita kan mengenai apa yang berlaku di Manjung kelmarin? Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari kelmarin, kenderaan jenis Toyota Harrier milik JPJ yang membawa tiga anggota dari arah Lumut ke Ipoh dikatakan menaiki pembahagi jalan untuk memintas sebuah  lori dari arah bertentangan.

Bagaimanapun tindakan mengejut dan tak mengikut undang-undang kereta JPJ itu menyebabkan sembilan kenderaan terdiri dari lori, kereta, bas dan motosikal  yang berada di laluan bersebelahan tidak sempat membrek lalu berlanggar sesama sendiri. Akibatnya empat parah sementara 11 yang lain cedera. 

Mangsa-mangsa kemalangan yang  geram kerana  kereta JPJ itu menjadi punca mereka berlanggar sesama sendiri  mengamuk, menendang dan memukul kereta itu menggunakan topi keledar. Nasib baiklah pegawai-pegawai JPJ itu sempat lari, tapi inilah nasib kereta JPJ:

JPJ bakar


Kereta JPJ dibakar oleh mangsa-mangsa kemalangan yang tak tahan sabar!!!

JR tak setuju dengan kerja gila membakar kereta kerajaan macam ni. Tapi dalam keadaan marah apabila kereta mereka rosak kerana perbuatan JPJ yang tak ikut undang-undang (menaiki pembahagi jalan), semuanya boleh jadi.

Berita lanjut mengenai tragedi di Manjung ini ada di sini dan di sini...

Bagi JR kalau kita nak tegakkan undang-undang, kita juga kenalah hormati undang-undang. Kalau JR sebagai orang awam menaiki pembahagi jalan untuk ke seberang jalan, pasti kalau JPJ dan polis nampak mereka akan tahan JR. Tapi kalau JPJ dan polis buat macam tu, tak ikut undang-undang, boleh pula. Tak acilah macam tu, kita boleh langgar undang-undang tapi orang lain tak boleh..

Dah banyak kali dalam hidup JR nampak pegawai penguatkuasa undang-undang tak ikut undang-undang. Atas highway yang jelas-jelas tulis 110 km sejam, tapi selalu nampak kereta polis memecut entah berapa ratus km sejam. Pernah juga dalam satu roadblock di Alor Setar JR nampak dengan mata kepala sendiri (eh..kepala boleh nampak ke?) anggota polis membaling satu objek (seperti kayu) ke arah seorang penunggang motorsikal menyebabkan budak tu jatuh terguling-guling atas jalan. Entah anak sapa yang malang tu tak taulah...

JR sokong benar apa saja tindakan JPJ dan polis laksanakan undang-undang jalanraya. Tapi kalau nak minta orang ramai hormati undang-undang, pihak yang ada kuasa juga kena hormati undang-undang. Kalau dah sampai orang marah hingga kereta JPJ kena bakar kerana JPJ tak ikut undang-undang jalanraya, kerajaan juga yang rugi. Kereta JPJ itu bukan turun dari langit, ia dibeli dengan duit rakyat, termasuk duit JR yang bayar income tax beribu-ribu ringgit setahun....

3 comments:

  1. dalam akhbar,lain citernya hehe...dikatakan keta JPJ terlebih dulu dirempuh dari blkg

    ReplyDelete
  2. marilah ambil iktibar, baru2 saya kena saman RM100, akibat cuai salah letak parking, ni di bandar keningau ja..aduh!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....