Farid Kamil, Diana Danielle
Farid Kamil, Diana Danielle - Foto Bernama













DIANA Danielle menafikan khabar angin yang tersebar sejak semalam kononnya dia ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

Isteri kepada pengarah terkenal, Farid Kamil itu menafikan khabar menerusi laman mikro Twitternya, pagi ini.

“Saya tak pernah ditahan di imigresen Sydney. Untuk apa?” tulisnya kira-kira jam 9 pagi tadi.

Pelakon yang kini sedang hamil dua bulan itu masih berada di Sydney atas urusan pengajiannya.

Sebelum ini, dia dan Farid ke Sydney untuk berbulan madu.

“Boleh tolong jangan sebarkan fitnah? Tak ada masalah masuk dan keluar negara pun,” tulisnya.

Diana didakwa ditahan di lapangan terbang berikutan usia kandungan yang terlebih had.

Katanya, “cukup dengan cerita yang merepek dan negatif. Saya mahu ‘jogging’ di sepanjang pantai dalam cuaca yang cantik ini. Bye!.”

Khabar ini timbul apabila Farid dikatakan pulang seorang diri selepas selesai berbulan madu di Australia.