Pagi tadi JR ada cerita dalam blog ni ramai kawan-kawan JR di Kedah turun ke KL pagi ni (12.1.13) untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka (HKR-#KL112).
Syukurlah perhimpunan yang dihadiri lebih 100,000 orang ini dah selesai dan berjalan aman. Kawan JR hantar mesej perhimpunan hari ini sangat aman dan santai. Lelaki, perempuan, tua, muda, Melayu-Cina-India-Siam-Orang Asli-Bumiputra Sabah/Sarawak semua ada dalam perhimpuanan tu. Artis, sasterawan, ustaz, malah OKU berkerusi roda pun ramai yang hadir. Semua mereka berkumpul dengan satu matlamat: jom ubah.
Bagi JR, yang penting ialah tak berlaku apa-apa kejadian tak diingini dalam HKR-#KL112 tadi. Tiada polis yang menembak tear gas, tiada pergaduhan, malah di akhir perhimpunan polis yang jaga perhimpunan bersalaman dengan orang ramai yang hadir. Pemimpin-pemimpin pembangkang yang memberi ucapan semuanya mengucapkan terima kasih kepada polis yang bekerjasama membantu menjaga ketenteraman lautan manusia yang berjumlah beratus ribu orang itu.
Kawan JR sekarang dalam perjalanan balik ke Alor Setar, tapi ada juga yang balik naik bas malam ini dan pagi esok baru sampai. Sekali lagi alhamdulillah kerana semua kawan JR, semua peserta perhimpunan, semua anggota polis/keselamatan selamat...Itu menunjukkan kita semakin matang dalam politik. Alhamdulillah.
JR tak mau komen panjang tentang HKR-#KL112, nanti orang ingat JR ada kepentingan dalam mana-mana parti politik.
Biarlah gambar-gambar di bawah saja yang bercerita:
(Foto: Kredit kepada Manjung Mari & PP)
ramainyaaa . pehh pehhh . ni kalau jemaah tak cem ni pun . kehkehkeh .
ReplyDeleteye la ramainya......semangat berkobar-kobar tu tp ada sikit keraguan
ReplyDeleteapa kata lepas pakat ramai2 kumpul di Kelantan sure sy nak join he he
memang sesak...
ReplyDeletesyukurlah tak ada kemalangan berlaku. Nak tuntut apa tu JR.Perjuangan dan hak bersuara ...moga ada hikmah..jika ada kebaikan pasti Allah kabulkan doa...
ReplyDeletemujur la kali ni peserta berhimpun dan bertindak dgn matang.. tiada kekacauan berlaku
ReplyDeletebaik cheq dok umah...:)
ReplyDeleteramainya...
ReplyDelete