»

13 January 2013

13: Tahyul Trikaidekaphobia


Dok tak dok (loghat Utara bermakna sekejap saja) dah 13 hari tahun 2013 berlalu. Hari ini Ahad,13.1.13.

Nampak tu, ada dua angka 13 pada hari ini: 13.1.13.. 



Ramai orang kata 13 adalah angka sial. Bagi orang Barat, ketakutan kepada  angka 13 ini disebut trikaidekaphobia.

Mengapa ramai yang takut dengan angka 13?

11.4.1970: Amerika melancarkan kapal angkasa Apollo 13 ke angkasa tepat pada pukul 13:13. Tapi kapal angkasa yang dilancarkan itu tiba-tiba meletup dan hancur sejurus berlepas ke angkasa. Tarikh pelancaran kapal angkasa pada 11.4.70 jika dijumlahkan menjadi 13 (1+1+4+7+0= 13), wow...peliknya!!

- Di London dan beberapa bandaraya di Eropah lain, beberapa hotel menggantikan tingkat 13 hotel mereka dengan angka lain, misalnya angka 12A atau terus melompat ke angka 14. Jadi jika ada yang mencari kawannya yang menginap di tingkat 13, staf hotel pasti tercengang kerana tingkat 13 tak wujud di hotel mereka. Begitu juga bilik nombor 13  juga tak wujud kerana ia diganti dengan bilik nombor 12A atau digantikan dengan bilik nombor 14.

- Sebuah restoran di London pula tidak menggalakkan kumpulan seramai 13 orang makan di restoran mereka. Tapi jika tak dapat dielakkan,  pihak restoran akan meletakkan 2 maskot kucing hitam di atas kerusi makan bagi menunjukkan yang datang makan bukannya 13, tapi 15 (termasuk 2 maskot kucing).

- 13. 5. 1969: Tragedi berdarah 13 Mei telah berlaku di Malaysia yang menyebabkan 196 orang mati, 439 cedera dan 39 hilang. 

Bagi JR tidak sikit pun percaya 13 membawa angka sial. Bodohlah jika percaya 13 ada hubungan dengan nasib tak baik. Tiada satu pun dalam ayat Quran dan hadis yang menyebut 13 ada hubungan dengan nasib sial. Jika nombor 13 pada hotel di tingkat 13 diganti dengan angka lain, tapi ia sebenarnya masih juga terletak di tingkat 13. Begitu juga dengan bilik nombor 13

Kadang-kadang heran juga dengan mat salih ni, dalam cerdik-cerdik mereka tapi banyak juga akal bodohnya. Sampai taukeh restoran sanggup meletakkan maskot kucing untuk makan dengan manusia bagi mengelakkan jumlah yang makan jadi 13, ia sangat melucukan!!

Tapi bukan saja orang putih, orang Malaysia juga ramai yang percaya dengan nombor 13 bererti sial. Sebab tu abang ipar JR yang kerja dengan JPJ kata, kalau nak nombor yang cantik untuk kereta atau motor bookinglah nombor 13, kerana tak ramai orang yang minat dengan nombor itu...

Apa yang pasti tahun ini tahun 2013 dan tahun ini akan diadakan pilihanraya umum ke-13. Jika ada yang kalah dalam pilihanraya ke-13 pada 2013, ia bukan kerana angka 13, tapi ia kerana takdir Tuhan telah menentukan begitu...

4 comments:

  1. dalal dok kata Barat pandai..bijak..ada jugak kebodohan melampau depa ya..

    ReplyDelete
  2. sebab num tu ganjil la kot . mcm2 lah depa ni _ _'

    ReplyDelete
  3. byknyer 13... poning den baca

    ReplyDelete
  4. huhuhu birthday saya 13 mac...sial ke saya hihihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....