»

13 January 2013

Budak Pompuan Macam Ni Pun Ada?


Petang tadi - seperti petang-petang lain - rutin biasa JR ialah ambik anak-anak di sekolah. Dan hari ni anak perempuan JR bercerita tentang satu kisah menarik mengenai rakan kelasnya.

"Budak pompuan macam tu pun ada.." komen anak perempuan JR di akhir cerita, "Ingat budak lelaki aje macam tu, budak pompuan pun macam tu jugak?"

Hmmm...baru anak pompuan JR tau, budak pompuan di zaman ini sama ganas dengan budak lelaki, malah lebih ganas dari lelaki pun ada...

JR pun terkejut juga dengar ceritanya. Ini kerana sekolah tempat anak JR belajar tu bukan calang-calang sekolah di Alor Setar ni. Nak masuk ke sekolah tu pun bukan senang, selain dari kena dapat 5A dalam UPSR, perlu sangat aktif dalam persatuan dan sukan. Kalau setakat dapat straight 5A dalam UPSR tapi tak aktif dalam ko-korikulum dan sukan jangan harap dapat masuk sekolah menengah tu. 

Tak sangka pula sekolah menengah yang selalu berbangga ia diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, selalu jadi johan band peringkat dunia tapi ada pelajarnya yang seganas itu. 

Cerita ini bermula Khamis lepas bila kawan sekelas anak JR bernama A (bukan nama sebenar) kehilangan buku nota latihannya. Puas budak perempuan tu mencari pada hal dia yakin pagi itu dia memang membawanya ke sekolah. 

Cikgu memarahi A kerana tak dapat menyerahkan buku latihannya. Mungkin cikgu ingat A tak buat kerja rumah lalu buat-buat lupa bawa bukunya.  Tapi A meyakinkan cikgu dia memang membawa bukunya ke sekolah. Sambil memarahi A, cikgu meminta dia mencarinya di rumah, mungkin dia tertinggal di rumah dan hari Ahad (hari ini) mesti juga membawanya ke sekolah.

Hari ini A pergi ke bilik guru dan memberitahu dia dah puas cari bukunya di rumah, tapi masih tak jumpa. "Kalau begitu" kata cikgu "kamu cuba cari di sini, mungkin ada di sini" sambil menunjukkan buku-buku latihan yang sedang diperiksanya.

A pun memeriksa satu persatu buku latihan murid-murid kelasnya yang telah dihantar kepada cikgu dan akhirnya dia terlihat sebuah buku latihan yang ada tanda-tanda mirip bukunya. Tapi kulit buku latihan itu mencatatkan ia sebagai kepunyaan seorang pelajar lain bernama B (bukan nama sebenar).

"Ini buku latihan saya cikgu, ini memang tulisan saya, tapi B telah gantikan nama saya dengan namanya" beritahu A.

Kata anak JR budak perempuan bernama B itu adalah murid yang paling cantik dalam kelasnya. Ibu bapanya pula bukan calang-calang orang, anak orang besar...

Oooo...jadi ini kes malas buat kerja rumahlah. Cara paling mudah mengatasi masalah tak buat kerja rumah ialah curi buku latihan orang dan gantikan nama dengan nama sendiri. Cerdiknya dia!!!

Cikgu kelihatan sangat marah. Cikgu panggil ayah B datang ke sekolah. Tak tau apa yang dilecturekan oleh cikgu kepada orang ternama dan anak perempuannya itu. Yang pasti B masuk kelas dengan wajah masam mencuka..

Tapi yang peliknya kata anak JR ialah B  tak pun pergi meminta maaf kepada A atas perbuatan curang tak bertanggung jawabnya itu.

Lepas saja peristiwa tadi, baru murid-murid lain beritau memang B pernah buat kerja seperti itu sebelum ini. Tahun lepas buku latihan C (bukan nama sebenar) juga hilang dan ada murid lain yang nampak ia adalah perbuatan B, tapi hari ini baru rahsia itu terbongkar.

Sebenarnya ini bukan kali pertama cerita kenakalan budak-budak perempuan di sekolah menengah berprestasi tinggi itu. Pada akhir tahun lepas heboh satu sekolah mengenai  cerita sekumpulan murid kelas itu juga yang meniru dalam peperiksaan, hingga perkara ini terpaksa dibawa ke pihak Pengetua. Antara yang meniru itu termasuk B...

Masa JR bersekolah menengah dulu tak pernah pun dengar cerita macam ni. Agaknya kerana JR bersekolah menengah di sekolah murid-murid tak pintar dan akal kami yang tak pintar ini tak tercapai nak buat kerja-kerja "pintar" seperti itu. Satu lagi mungkin juga kami budak-budak lelaki baik-baik belaka? (maaf kerana angkat bakul!)

16 comments:

  1. emmm... deno pun tak pernah dgr cerita mcm ni... budak2 skrg terlebih "pintar"

    ReplyDelete
  2. bolat tahu sekolah mana ! hahaha . lagi satu kes dekat twitter . maki cikgu .

    mber2 bolat form 6 skolah as** tu , hrap nma skolah je cntik tapi dalaman ? hampeh . seriyess dari aspek kbersihan fail la JR .

    tapi thniah anak JR dpt msuk skolah tu . hebat namanya smpai ke antrabngsa . kehkeh

    ReplyDelete
  3. Kes inilah yang perlu dijauhi. Kita perlu berubah demi masa depan anak cucu kita.

    dunia semakin tenat. Agama seperti sudah diangkat ke langit!

    ReplyDelete
  4. budak-budak sekarang ni lain macam cerdiknya JR. ini pun boleh dikira cerdik juga - dalam cara yang salah. masa zaman saya sekolah dulu pun dah ada kawan-kawan yang advance bawak 'barang dalam straw'. kelas atas juga, tapi bukan berprestasi tinggi le. itu cerita 15 tahun dulu, sekarang laagi laa

    ReplyDelete
  5. zaman ni..tak kira lelaki atau perempuan..kalau dah nakal..jahat..
    dulu2 lelaki je merokok...skrg pelajar perempuan pun sama naik dgn lelaki..

    ReplyDelete
  6. itu bukan pandai itu namanya pemalas.... erk tapi pelik jan2 dia masuk sekolah tu pun dgn cara menipu kot eh... :P

    ReplyDelete
  7. Laa... rupa cantik tapi pandai auta. JR pun rajin melayan anak JR bergossip ye. Bagus ayah mcm ni. biasa kan anak pompuan cerita kat mak je.

    ReplyDelete
  8. pernah berlku ni pada saya, cuma murid di tahap 1, pandai dah tukar nama ..entahlah macam2 hal. sekolah menengah..pintar2 kenapa pula ya buat macam tu.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. pernah berlku ni pada saya, cuma murid di tahap 1, pandai dah tukar nama ..entahlah macam2 hal. sekolah menengah..pintar2 kenapa pula ya buat macam tu.

    ReplyDelete
  11. macam2 helah budak2 taknak buat keje sekoloh...

    ReplyDelete
  12. otak suka belit..entah2 mak pak dia pun dia belit tu..hahah

    ReplyDelete
  13. otak suka belit..entah2 mak pak dia pun dia belit tu..hahah

    ReplyDelete
  14. sekolah lama saya..
    hurmm, zaman kami dulu takde kes tukar nama neh.. sebab budak2 yg masuk form 1 mmg sume terpilih dan cemerlang.. agaknya sebab ada terlepas sorg dua under kabel kot.. tp jgn risau, cikgu2 sek ini setahu saya jenis yg x bg muka kat budak.. salah tetap salah.. benar tetap benar.. :)
    cuma pastikan result exam cemerlang masa tuh baru org leh tahu 'kelayakan sebenar individu'..
    dan x semua anak2 'somebody' spoil sgt.. mostly at this school, bebudak pompuan akan mengalami proses create to be 'beauty, brilliant and intelligent with brain not status'.. x kira anak sape pon..

    all the best buat anak JR..

    ReplyDelete
  15. sekrg nie macam2...budak2 pun semakin teror...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....