»

15 January 2013

Lelaki Anak Emak Dan Wanita Anak Ayah


Korang pernah hadapi masalah dalam hubungan bila pasangan korang terlalu mengagung-agungkan ibu bapanya? Kawan JR (lelaki) pernah menghadapinya bila isterinya terlalu mengagung-agungkan ayahnya. Bila nampak suami termengah-mengah mengangkat tong gas, bila lihat suami tak pandai bertukang dan berkebun, bila suami kurang romantis, dia akan membandingkan dengan ayahnya yang dianggapnya lelaki gagah, serba boleh, romantis dan maha sempurna dalam segala segi. Ini membuatkan si-suami selalu kecik hati:
"Habis pasai apa you kawin dengan I, awat you tak kawin dengan ayah you tu saja??"
Lalu perang saudara pun berlaku kerana isu yang nampak sangat kecil tapi bagi suami ia bukan perkara kecil bila kejantanannya sering dibandingkan dengan bapa mentuanya. 
Sebenarnya bila anak perempuan selalu kagum dengan ayahnya, ia adalah perkara biasa.  Seperti kata seorang ahli psikologi terkenal dari Austria, Sigmund Freud (sesiapa masa belajar dulu pernah ambil paper psikologi tentu masih ingat dengan teori Freud ini), secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan ayah. Sebab itu, mengikut Freud, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka. Anak perempuan pula sebaliknya mengikut Freud sejak kecil selalu menjadikan ayah mereka sebagai 'hero' malah mereka selalu cemburu bila ayah bermesraan dengan ibu kerana dianggap cuba merampas kasih mereka kepada ayah.

Mengikut teori Freud keadaan ini berlalu kerana rangsangan seks yang berbeza dan tarikan magnetik di mana adalah perkara biasa elemen negatif akan tertarik kepada positif menyebabkan anak perempuan lebih rapat dengan ayah berbanding anak lelaki. 
JR tak tau sama ada teori Freud ini boleh dipakai 100%, tapi apa yang pasti anak perempuan tunggal JR juga seperti teori Freud lebih rapat dengan JR  berbanding ibunya. Jika ada masalah peribadi dia lebih suka membincangkannya dengan JR bukan ibunya, malah 'masalah dalaman  perempuan' yang sepatutnya ibunya lebih tahu  juga diadukan kepada JR. Bila berjalan pula walaupun usia dah remaja masih suka memegang lengan ayah, sedangkan anak-anak bujang JR yang lelaki tidak berbuat demikian, kecuali masa mereka kecik-kecik dulu. 
Mungkin betul kata Freud, anak perempuan lebih dimanjakan ayah berbanding anak lelaki, kerana sifat si-ayah sendiri yang menganggap dirinya sebagai pelindung kepada anak-anak. Bila anak-anak bergaduh, ayah lebih suka memenangkan anak perempuan kerana ingin melindungi mereka yang dianggap lebih lemah dari anak-anak lelaki. Perkara itu juga berlaku kepada JR, walaupun cuba sedaya upaya bersikap adil seadil-adilnya tapi tanpa disedari (mengikut kata isteri) JR lebih cenderung menyayangi anak perempuan melebihi kasih sayang kepada anak lelaki. Mungkin juga kerana dia anak perempuan tunggal dalam keluarga kami?
Perkara yang sama berlaku dalam keluarga isteri JR. Mengikut abang ipar JR, semasa kecil isteri JR dan adik perempuannya merupakan 'permata hati ayah' berbanding mereka anak-anak lelaki yang kurang dapat perhatian ayah. Mereka (anak-anak perempuan) tak pernah dimarahi dan dipukul, sedang anak lelaki silap sikit ada hukumannya menanti.
Dan begitu juga dengan anak lelaki, seperti kata Freud anak lelaki lebih rapat dengan ibu mereka berbanding dengan ayah mereka. Ini kerana anak lelaki yang biasanya lasak tidak suka dengan layanan ayah yang agak kasar, sebaliknya merindui layanan lembut dan mesra yang ada pada seorang ibu. JR sendiri semasa kecil lebih rapat dengan mak dan kurang rapat dengan ayah yang perwatakannya agak keras itu.
Apa pun wanita atau pun lelaki tak wajar jadi seperti isteri rakan JR yang suka membandingkan ibu bapa dengan pasangan mereka. Terimalah pasangan kita seadanya, kerana semua manusia ada kelemahan dan kelebihannya. Tak perlulah masa kecik jadi 'anak ayah' atau 'anak mak' dan bila besar dah beranak pinak masih ingin dibelai dan dimanja oleh pasangan seperti 'anak mak' dan 'anak ayah'...

6 comments:

  1. saya rapat dgn arwah emak hehe...takkan nak kongsi masalah perempuan dgn ayah..malu aihhh...

    kalau saya dibandingkan dgn mak mertua pun..saya tarik muncung...tiap org ada kelemahan masing2...

    ReplyDelete
  2. hehehe... rezeki saya, hubby tak rapat dgn Mak atau pun Ayah... dia banyak buat hal dia sendiri...
    saya pula mmg anak abah... tapi sebab dah ada hero lain - abah tinggal kat mak je la... hehehe...

    ReplyDelete
  3. anak saya rapat dgn papa dia..sbb wajah mereka pun seirasa....

    ReplyDelete
  4. salam jay ar
    TA rapat dgn mak semua mak ajar tanpa segan silu.. Tak pernah malu mak ajar pada ta hal2 wanita.alhamdulillah rupanya berguna dikala ta berkeluarga..dari hal ya kecil hnggalah bab berpantang masa besalin..coZ TA anak sulung..
    Abah pula ta rapat sebab ..abah ramai kawan dan ta belajar darinya..
    Atok dan nenek memang la ta manja sgt .dulu la..

    ReplyDelete
  5. anak2 semua rapat gan abah...

    ReplyDelete
  6. apa2 pon ibubapa perlu bersikap adil dlm membahagi kasih sayang kpd anak2..takut2 ada anak tersisih..kesian dia..yg nie akn menjadi masalah

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....