»

05 January 2013

Hampir Ke Neraka Jahanam Selama 60 Tahun....


Hari ni bila terjaga tidur tengok jam dah dekat pukul 7.00 pagi. Penangan tidur lewat malam tadi, layan movie Batman di TV bersama anak-anak! Alamak solat Subuh belum lagi, jerit hati JR! Cepat-cepat selak kain langsir, tengok hari masih gelap..alhamdulillah masih ada waktu untuk solat Subuh kerana sekarang pukul 7.30 pagi baru matahari terbit. 

Lalu cepat-cepat ambil air sembahyang (mengapa rasa janggal jika sebut air solat??), nasib baik tak perlu mandi hadas, jika tidak mungkin terlewatlah  Subuh JR pagi ni. 

Jangan main-main dengan waktu solat, terutama solat Subuh: 
SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar iniMereka menjawabKami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang farduseksanya umpama:-

Subuh:

Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini (bumi Allah) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak gerinya adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

4 comments:

  1. saya mesti terjaga jam 5 pagi,walau tak on alarm...sbb dah mmg waktu tu time bangun..walau hari cuti...
    alhamdulillah jam 5.30 pagi,mandi dan solat sunat subuh sblm azan berkumandang...

    ReplyDelete
  2. entri tuan yang terbaik; simple dan menyegarkan jiwa ini yang masih lalai...

    ReplyDelete
  3. ita memang dah set jam kul 6...

    kalau tak set jam..takde sapa nak kejut..huhu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....