Korang jangan gelak kat JR jika JR katakan JR sebenarnya sangat ketinggalan zaman dan primitif dalam pemilikan TV. Bayangkan dalam zaman ini bila orang sudah pakai smart TV, TV LED dan paling teruk pun TV LCD, tapi JR masih setia dengan flat TV Samsung 29" punggung besar yang beratnya kira-kira 40 kg itu. TV Samsung 29" punggung besar tu dah berusia lebih kurang 10 tahun tapi belum pernah rosak dan masih berdiri dengan gagah di ruang tamu rumah JR. Selain dari TV Samsung yang beratnya sama dengan budak darjah 6, JR juga ada 3 TV flat antik lain yang diletakkan di bilik tidur utama(Toshiba 16"), di bilik tidur anak bujang sulung kami (Inec 16") dan di dapur (Vega 20"). Semuanya flat TV yang sudah antik!
Anak-anak JR dah lama merengek nak TV LED, tapi kata mereka jika dapat beli smart TV 3D lagi bagus! Tapi JR cuba melengah-lengahkan pembelian yang JR rasa tak lah terdesak sangat. Prinsip hidup JR mudah saja: kalau masih elok mengapa nak tukar?
Hingga tiba-tiba dua hari lepas TV Vega di dapur tiba-tiba koma dan tak mau sedar-sedar sampai sekarang.
"Kita tukarlah saja TV di hall ni abang, kita beli TV LED letak sini. TV Samsung kat hall ni pula kita pindahkan ke dapur" kata isteri diikuti sorakan anak-anak yang ternyata sangat gembira (Memang budak-budak seronok jika ada TV berpinggang ramping yang multi-functional macam tu...)
JR terkebil-kebil nak cari alasan bagi mengelakkan pembelian TV baru, sebelum isteri tiba-tiba memotong, "Tak apalah, bukan nak ambik duit abang pun..guna duit saya...". Guna duit isteri...wah, what good news!!! Hmmm..nak gunakan duit bonos satu setengah bulan gajinya tu agaknya...
Lalu pakat-pakat dengan isteri dan anak-anak, maka bersetujulah kami untuk beli TV LED 40"-42".
Lalu JR pun pergilah ke beberapa kedai TV, banding-banding spect TV dan harganya. Kemudian JR balik rumah, cari pula maklumat tentang TV dalam internet, takut menyesal selepas membelinya...
Hinggalah tiba-tiba JR terbaca satu info dalam web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membuat JR tersentak:
Info Pengguna |
Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED sebenar yang ia juga adalah LCD, kerana TV LED hanyalah dari Sony dan ia hanya di Negara pengeluar, iaitu Jepun. Ia cuma TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.
Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.
Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. ”Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.
”Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini. Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.
Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.
Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya. ”Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura.
”Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,” katanya.
Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.
Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.
|
Di Malaysia sebenarnya tak pernah ada TV LED, yang ada cuma TV LCD atau TV kacukan LCD dan LED? Pembeli Malaysia tertipu kerana penjual memasarkan TV LCD atau TV kacukan sebagai TV LED untuk strategi pemasaran?
Dan korang mungkin salah seorang yang kena tipu tu kerana membeli TV LED yang tak ori? Kesian...Tipah tertipu!!
Jika jurutera TV Toshiba pun kata dia belum pernah tengok TV LED di Malaysia, bagaimana kita boleh kata di rumah kita ada TV LED?
Sejujurnya JR tak begitu arif sangat dengan aspek-aspek teknikal TV ni (jika korang nak gelak, korang boleh gelak!). Cuma lepas semak dalam internet dan bercakap dengan beberapa orang yang lebih 'pakar' barulah JR tau memang TV full LED tak ada di Malaysia. Yang dijual sebagai TV LED di Malaysia tu sebenarnya ialah TV LED backlight dan bukan TV full LED. Kalau TV full LED harganya bukan lagi di bawah RM4,000, tapi kata mereka lebih dari RM20,000!!
Sekarang JR masih pening, niat hati nak beli TV ramping 40"-42", tapi tak pasti nak beli jenama apa. Ada kata LG yang terbaik, ada kata Toshiba, Sharp, Sony dan Philips terbaik....Apa jenama pun, yang penting ia boleh berfungsi bukan setakat TV tapi boleh menerima cinema, foto, musik, game dan lain-lain...
Sekarang JR masih pening, niat hati nak beli TV ramping 40"-42", tapi tak pasti nak beli jenama apa. Ada kata LG yang terbaik, ada kata Toshiba, Sharp, Sony dan Philips terbaik....Apa jenama pun, yang penting ia boleh berfungsi bukan setakat TV tapi boleh menerima cinema, foto, musik, game dan lain-lain...
entahlahh . janjii tv tu nipiss ala2 LED kot ? haha . bolat kdg2 takut nk tutup suis blkang tv ni . tkut jatuhh . nipisss gituu . haha
ReplyDeleteklau pkai tv ni letak astro baru clear JR . klau pakai antena biasa kurang sikitt la . sungguh .
hehe
kat rumah saya tv pesyen lama ja...saya pulak takde tv pun takpe...bkn kaki tv hehe...
ReplyDeletealamak tempias ke muka etuza tau JR. ni nak kata, TV kat rumah etuza TV lama bah!.nak tukar baru, TV lam masih on baik punyalah. Nak Led..paparan besar..kan sama juga nampak pun apa2 rancangan. Ni lah etuza sama lah TV lama ..hehheee siapa nak ketawa silakan..tak apa bah!
ReplyDeletehari tu ipar etuza belikan mentua LED skrin besar..wooo...cantik berkilat. Kesian tak sampai 3 bulan dah rosak..ipar hantar baiki dia keluarkan kos RM 500 lebih. Etuza takut nak ganti lah LED tu kata orang kalau rosak mahal kos nak baiki..tak tahu lah tapi ni pengalaman ipar saya...
ReplyDeleteSebenarnya saya dh tahu lama dah. Kat Malaysia ni memang tak ada jual tv LED. Saya tahu pun masa tonton rancangan dokumentari di astro beberapa tahun lalu. Tv LED ni hanya dijual di negara pengeluar sebabnya mereka tidak mahu kecanggihan yg ada di negara mereka tersebar ke serata dunia.
ReplyDeletekita tahu masa nak beli tv nipis tu jugak la - 3 tahun lepas... org kedai Seng Heng yg cakap... kata dia tv LED takde org mampu beli... kecik pun jual belas ribu... jadi mmg ambil tv skrg ni LCD tapi macam Jr kata la kacuk LED... ;)so far puas hati guna jenama Samsung... ok je Alhamdulillah...
ReplyDeleteIM masih tetap dengan tv Sharp jenis picture tube.
ReplyDeletestereonya dah jadi mono.
selagi boleh guna, IM tetap dengan tv retro ini...
Tv kat rumah CR tv LED...tapi tak tahu kacuk ke idok hihihi
ReplyDeletemasih guna tv kedabak beso selagi masih elok
ReplyDeletenice info JR baru Na taw dahhhh info2 tentang TV hahhah
ReplyDeleteAs salam.. klu nk repair tv lcd sharp aquos 32".. problem tv boleh on dlm 5 saat..lpas tu auto shut off.. berapa kos ye? Area bndar kinrara.. 0134939313
ReplyDeleteAs salam.. klu nk repair tv lcd sharp aquos 32".. problem tv boleh on dlm 5 saat..lpas tu auto shut off.. berapa kos ye? Area bndar kinrara.. 0134939313
ReplyDelete