Mula-mula heboh ramalan bahwa dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012. Tapi hari ni dah 22 haribulan...dunia belum kiamat pun...
Tapi sekarang (sebenarnya sejak beberapa bulan lepas lagi) ramai juga yang masih percaya bahawa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai esok. Ini berikutan ramalan Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) bumi akan bergelap (total blackout) selama 3 hari mulai 23 hingga 25 Disember ini. Maknanya mulai esok dunia akan bergelap selama 3 hari!!
Mengikut berita yang telah tersebar di media sosial sejak awal tahun ini, para saintis NASA menjangkakan akan berlaku perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh (total blackout) pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012. Walaubagaimanapun kegelapan bumi itu bukan petanda akan berakhirnya usia dunia, tapi ia cuma “penyajajaran alam semesta“ (alignment of the Universe), di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar (termasuk kemungkinan matahari akan terbit di sebelah barat dan tenggelam di sebelah timur), dan kita akan melihat dunia kegelapan yang baru (Dark of The Earth), dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari..
Apa pun jom kita tengok pula apa kata NASA yang JR petik dari website NASA sendiri:
Q: Is NASA predicting a "total blackout" of Earth on Dec. 23 to Dec. 25?
Q: Could planets align in a way that impacts Earth?
A: Absolutely not. Neither NASA nor any other scientific organization is predicting such a blackout. The false reports on this issue claim that some sort of "alignment of the Universe" will cause a blackout. There is no such alignment (see next question). Some versions of this rumor cite an emergency preparedness message from NASA Administrator Charles Bolden. This is simply a message encouraging people to be prepared for emergencies, recorded as part of a wider government preparedness campaign. It never mentions a blackout.
Q: Could planets align in a way that impacts Earth?
A: There are no planetary alignments in the next few decades and even if these alignments were to occur, their effects on the Earth would be negligible. One major alignment occurred in 1962, for example, and two others happened during 1982 and 2000. Each December the Earth and sun align with the approximate center of the Milky Way Galaxy but that is an annual event of no consequence.
Jadi memang ternyata ramalan bumi akan bergelap (total blackout) mulai esok cuma kabar angin.
Ramai sangat saudagar kabar angin sekarang ni. Ia termasuk kabar angin bahwa ada rusuhan kaum di Sungai Petani dan daerah Kuala Muda, Kedah 3 hari lepas, sedangkan JR yang ketika itu sedang bercuti di Pantai Merdeka (yang juga terletak di daerah Kuala Muda) tak merasai apa-apa pun dari 'rusuhan kaum' itu....
Pada 2008, dekat-dekat pilihanraya ke-12, ada peniaga Cina yang beritahu JR dia mendengar kabar angin satu rusuhan kaum akan berlaku jika Pas dapat memerintah Kedah. Tapi bila Pas menang dalam pilihanraya 2008 di Kedah, tak ada pun rusuhan kaum di Kedah, hingga kini Kedah Darul Aman tetaplah aman...
Dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini ada seorang Ketua Wanita Umno bergelar Datuk Seri yang juga pernah jadi Menteri Wanita mengeluarkan kabar angin jika PR menang dalam pilihanraya ke-13 tahun depan, rusuhan kaum akan berlaku di Malaysia.
Untuk menjadi seorang saudagar kabar angin mudah saja. Pak Mat Tempe di hujung Kg Hulu yang hari-hari ke sana sini naik basikal cabuk pun boleh jadi saudagar kabar angin, Mat Ragut yang berpelisiran dengan motor kapcai mencari mangsa ke-44 pun boleh jadi saudagar kabar angin dan seorang VVVIP merangkap jutawan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang di depan rumahnya bersidai beberapa kereta BMW, Mercedes dan Porche model terbaru pun boleh jadi saudagar kabar angin....
Yang penting sebagai seorang yang percaya dirinya cerdik, kita jangan percaya dengan kabar angin. Jangan mendahului kuasa Tuhan....

Dengar...fikir dgn akal & ilmu..
ReplyDeleteJgn cpt terima..jgn cpt tolak.
macam-macam :)
ReplyDeletetapi elok juga beringat jika terdengar khabar angin. beringat untuk diri sendiri...
ReplyDeletebukan semua khabar angin itu cuma angin...
juga bukan semua khabar bukan angin itu bukan angin saja...
kuasa Allah tanpa sedar banjir, ribut taupan berlaku, manusia hanya boleh meramal...alhamdulillah kena ucapkan syukur setakat ini kita diberi nafas ...
ReplyDeleteAda baca jugak....blogger yg tulis...
ReplyDeletedengar kabar angin kena selidik dulu,..bukan terus percaya
ReplyDelete