»

13 December 2012

Sapa Ingat Hari Ini Berapa Haribulan??


Jika ditanya hari ni berapa haribulan, pasti ramai yang akan jawab: 13.12.12.
Kelmarin pula berapa haribulan? Lancar saja semua orang menjawab: 12.2.12.
Bagus..bagus..kata cikgu, anak murid cikgu pandai-pandai belaka!!

Kerana begitu hebatnya tarikh 12.12.12 itu hingga ramai pasangan yang kawin pada 12.12.12. Mengikut laporan Jabatan Pendaftaran Negara, seramai 834 pasangan bukan Islam berkahwin pada 12.12.12. Bilangan pasangan Islam yang kawin pada 12.12.12 (termasuk Farid Kamil) juga pasti ramai, cuma rekodnya tak tau lagi.

Memang hebat kawin pada 12.12.12, tapi lebih hebat ialah tarikh perceraian, jika boleh bertahan 30 tahun lagi OK lah, tapi jika seperti artis hari ini kawin tahun depan becerai tak gunalah sangat dibanggakan 12.12.12 tu.

Tapi dalam kita sibuk-sibuk mengagungkan tarikh 12.12.12 itu berapa orang yang ingat tarikh 12.12.12 itu mengikut kalendar Islam? Malah jika ditanya 10 orang Islam sekarang tahun berapa Hijriah, JR yakin tak sampai 3 orang yang inga sekarang tahun berapa Hijriah. 

Bagi yang ambil berat mereka tentu tahu kini kita berada di tahun 1434 Hijriah dan hari ini ialah 29 Muharram 1434 Hijriah.

Kalau dalam kalendar Kristian (tahun Masihi) yang kita bangga-banggakan itu ada tarikh-tarikh cantik: 8.8.88, 9.9.99, 10.10.10, 11.11.11 dan 12.12.12, dalam kalendar Islam juga kita ada tarikh-tarikh cantik. Misalnya sekarang kita dalam tahun 1434 Hijriah. Antara tarikh-tarikh yang cantik tahun ini ialah:

- 1.4.1434 (1 Rabiulakhir 1434)
- 3.4.34 (3 Rabiulakhir 1434)

Tapi sapa peduli tarikh-tarikh mengikut kalendar Islam tu? Kita lebih suka dan tertarik kepada tarikh 12.12.12, 11.11.11, 10.10.10....

6 comments:

  1. jangankan tarikh, lagi haru kalau turutan bulan dalam kalendar hijrah pun berterabur...

    ReplyDelete
  2. ialah...tq jr mengingati..

    ReplyDelete
  3. Fuh, nasib baik JR tak tanya saya. Sebab saya mmg tak perasan pun tarikh2 ni. Kecuali tgk kalendar.

    ReplyDelete
  4. saya mengaku kalah..dan rasa bersalah!

    ReplyDelete
  5. 12.12.12 tu statistik untuk penceraian takda ke? Mana tau ramai yang berlumba-lumba nak bercerai tarikh tu pulakkan. Hehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....