Malam ini pasti ramai kaki bola akan berada di depan TV. Malam ini perlawanan penting yang menentukan hidup mati pasukan bolasepak Malaysia untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang mereka menangi di Jakarta dahulu. Malaysia perlu menang melawan Thailand malam ini, di depan penyokong fanatik Thailand.
Tapi Thailand sudah menang dalam pertarungan saikologi terhadap pasukan Malaysia. Mereka sudah mendera mental pemain Malaysia apabila menyediakan padang yang sangat teruk untuk pasukan Malaysia berlatih. Latihan selama 2 hari itu sangat penting untuk jurulatih Rajagobal menyusun strategi menentang Thailand.
Tapi tengoklah Thailand menyediakan padang berlubang-lubang dan becak macam bendang untuk pasukan Malaysia berlatih. Pengurus pasukan bolasepak Malaysia Datuk Seri Subahan Kamal menyatakan sesi latihan tak dapat berjalan lancar kerana mereka rasa sangat terganggu dengan padang buruk yang disediakan untuk berlatih.
Padang macam bendang!! Ini bukan bolasepak pantai atau bolasepak bendang tau??
Memang teruk sampai tempat pemain nak salin pakaian di padang bola pun tak disediakan, jaring gol pula koyak rabak dan orang awam boleh tengok latihan secara terbuka. Bila orang ramai mengejek pasukan Malaysia tak boleh buat apa-apa, kerana tak ada polis yang mengawal.
Layanan yang diberikan kepada pasukan Malaysia berbeza dengan layanan lima bintang yang disediakan Malaysia kepada Thailand ketika berkunjung ke ibu negara untuk perlawanan separuh akhir pertama Ahad lalu termasuk menyediakan padang latihan tertutup dan anggota keselamatan mengawal pemain Thailand.
Tapi kalau Malaysia kalah malam ini sekurang-kurangnya pengurus pasukan dan jurulatih sudah ada jawapan mengapa kita kalah, "Malaysia kalah kerana Harimau Malaya menerima layanan buruk yang mengganggu konsentrasi pemain dan strategi yang diatur oleh jurulatih". Mungkin itu alasan pengurusan bolasepak kita!
Tapi bagi JR jangan jadikan layanan buruk sebagai alasan untuk tidak bermain bersungguh-sungguh. Di Indonesia pada AFF Suzuki 2010 pasukan Malaysia juga dilayan dengan buruk. Malah pasukan Malaysia terpaksa menaiki kereta perisai ke stadium kerana ada penyokong Indonesia yang merancang untuk mengganyang pemain Malaysia. Pasukan Malaysia sebaliknya menjadikan layanan buruk itu sebagai pembakar semangat untuk membalas dendam dan 'mengajar' penyokong-penyokong Indonesia. Dan akhirnya Malaysia menang dengan agregat 4-2. Padan muka depa..hukum karma!!!
Dalam pusingan pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil pada 26 November lepas, pasukan yang dilayan buruk sekali lagi membalas dendam terhadap mereka yang menghinanya. Pada tarikh itu penyokong tegar Malaysia yang menggelar diri mereka Ultras Malaya menyanyikan lagu "Singapore Itu Anjing" sambil mengejek pemain-pemain Singapura. Dan akibatnya pasukan yang dihina itu (Singapura) berjaya 'mengajar' penyokong-penyokong Malaysia yang kurang ajar itu dengan mengalahkan pasukan Malaysia 3-0. Padan muka Ultras Malaya..hukum karma!!
Dan malam ini, diharap pasukan Malaysia menerima penghinaan yang dihadiahkan kepada mereka di bumi Gajah Putih itu untuk bangkit mengalahkan Thailand. Mereka perlu membalas dendam terhadap penghinaan itu, biar penyokong Thailand terdiam, biar jurulatih Thai yang suka cakap besar itu menangis dalam bilik air...
Go go go go Malaysia!!!
pandangan IM yang bukan kaki bola, malaysia lemah di bahagian tepi dan serangan hingga pertahanan terpaksa kerja keras.
ReplyDeletesafee hanya diturunkan bila malaysia sudah kena gol!
owah..patutlah, inilah jawapan kekalahan HMalaya...
ReplyDeleteSayang sekali...
kesian pemain kita...
ReplyDeletedah memang tak ada rezeki untuk menang..
ReplyDeletesemua player malaysia bodoh dan makan taikk belaka....lagi baik balik kampong tanam kacang ada juga faedah nya..........
ReplyDelete