»

06 December 2012

Budak Pelesit


Pagi tadi ketika JR menghentikan kereta di lampu isyarat Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar, terdengar seperti bunyi brek berdesing di belakang kereta JR diikuti bunyi hentakan. JR perhati ke belakang melalui cermin belakang dan ternampak seorang pemuda dengan uniform sekolah bangun dari motorsikalnya yang terbalik. Jarak motorsikal itu kira-kira 4 atau 5 kereta di belakang JR. Pemuda itu dan motornya rasanya tak jadi apa-apa, sebab JR nampak dia kemudian tergesa-gesa bangun dan naik semula atas motornya.

JR meneruskan perjalanan dan terpaksa berhenti di satu lagi lampu isyarat di depan. Tiba-tiba ternampak pemuda beruniform sekolah itu (Melayu) memecut laju melepasi lampu isyarat merah. Hampir-hampir saja sebuah kereta di simpang sebelah kiri terlanggar budak sekolah tu. Pemandu kereta (lelaki India) menjerit 'wooooiii..' sambil membunyikan honnya dengan kuat. Kalau berlanggar JR percaya bukan salah pemandu kereta tersebut pun, kerana ketika itu lampu isyarat sebelahnya berwarna hijau. Yang budak tu macam nak cari maut saja buat apa...lampu isyarat warna merah pun dia tak peduli!!

Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat ketiga sekali lagi nampak budak sekolah tersebut menunjukkan kejagoannya apabila melanggar lampu isyarat yang ketika itu sudah bertukar dari kuning ke merah. Nasib baik kali ini tiada kenderaan lain dari simpang yang bergerak ke arahnya.

Ketika JR melihat jam kereta, menunjukkan telah pukul 7.55 pagi. Patutlah!!! Patutlah, kata hati JR, patutlah budak tu bawa motor macam pelesit, rupanya masa peperiksaan bermula sudah hampir tak lama lagi. Bukankah sekarang musim peperiksan SPM dan STP? Peperiksaan sebelah pagi biasanya bermula pada pukul 8.00 pagi. Biasanya juga setengah jam sebelum peperiksaan pelajar dah diminta bersedia di bilik peperiksaan. Tapi 5 minit sebelum peperiksaan bermula budak tadi masih berada di atas jalanraya, bukan dalam Dewan Peperiksaan.

Mungkin dia terbangun lewat, mungkin dia ada kecemasan di rumah, mungkin motornya ada masalah semasa di rumah?

Di situlah pentingnya peranan ibu bapa ketika anak mereka menghadapi peperiksaan. JR juga ada anak bujang yang ambil peperiksaan SPM. Dia juga pergi ke sekolah menaiki motor. JR akan pastikan keselamatan dan kesihatan anak JR di dalam keadaan terbaik sebelum dia ke Dewan Peperiksaan. Setiap pagi JR sendiri yang menggerakkan dia bangun, menyediakan sarapan pagi untuknya (sarapan berkhasiat dan tidak pedas..takut sakit perut!) dan menunggu hingga dia keluar ke sekolah menaiki motornya...dan lepas segalanya dirasakan selamat baru JR keluar meninggalkan rumah...

9 comments:

  1. nasib dia masih lagi baik masa atas jalan...

    ReplyDelete
  2. kesian pun ada geram pun ada . smoga dia buat yg terbaik . heheh

    ReplyDelete
  3. ish...mg dia sempat ambik periksa..dan ibubapanya lebih prihatin akan anak2 mereka..

    ReplyDelete
  4. kadang ibubapa tak prihatin psl anak2 mereka..agaknya dia kuar umah awal singgah mana2 dulu kot bekfes kat luar pastuh kalut2 nak gie exam....

    ReplyDelete
  5. nasib dia mmg baik arini, setiap kali tu selamat. harap2 ni kali terakhir dia buat gitu. bahaya kat org lain yg tak bersalah.

    bagusnya JR yg kejut anak. ^_^

    ReplyDelete
  6. Ni mesti kes study lewat-lewat malam sampai pagi lewat nak bangun. Nasib tiada apa-apa semasa kemalangan di lampu isyarat yang pertama.

    ReplyDelete
  7. setuju ngan diana..hihihi..

    sekurang2nya, dia ade rasa keperluan utk segera ke sekolah.. ada yg dh pukul 8 pun masih minum kat gerai depan sekolah.. masuk dewan exam sekejap.. keluar balik..hisap rokok di tepi pagar sekolah..

    ReplyDelete
  8. nilah akibatnya apabila remaja x ada kesedaran. Betul kata Jr..saya juga risau anak2 skarang macam manja berbanding kita. Banyak faktor mekeka seolah tak peka dgn nasihat.

    ReplyDelete
  9. mungkin malam tadi tidur lewat study..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....