»

05 December 2012

Kiamat 21.12.12: Mengapa Mat Salih Percaya??


Heran juga JR tentang orang putih yang mengaku dah maju tu... pasal apa  sesetengahnya masih percaya dengan ramalan masyarakat kuno?

Misalnya ramai Ompputih/Mat Salih (negro juga) di Amerika yang percaya kiamat akan tetap berlaku pada 21.12.12 ni. Maknanya cuma tinggal 2 minggu lebih saja untuk kita menghirup oksigen di dunia ini sebelum sangkakala ditiup dan langit bergulung?

Merapu sungguh Mat Salih ni, ramalan masyarakat kuno Maya di Mexico tu pun mereka nak percaya?

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA)  pihaknya menerima sejumlah besar emel dan surat daripada mereka yang bimbang kiamat akan berlaku pada tarikh itu.

"Sebahagian daripada mereka tidak lalu makan, tidak dapat tidur dan ada yang sanggup membunuh diri," kata David Morrison, Astrobiologi NASA.

Tu diaaa...percaya giler sampai tahap macam tu sekali??

Tapi mengapa Mat salih ni takut sangat dengan kiamat sampai tak lalu makan dan tak boleh tidur? Masih tak puas hidup, masih tak puas dengan kenikmatan, kekayaan dan kemewahan duniawi kot?

Kepada  yang sampai tak lalu makan dan tak boleh tidur tu, pesanan Morrison ialah:  

"Mengikut cerita disebarkan penulis Azerbaijan, Zecharia Stichin dalam 1976, sebuah planet asing bernama Nibiru yang ditemui puak Sumeria akan melanggar dan memusnahkan Bumi pada tarikh itu. Tapi jika Nibiru atau Planet X wujud, ia pasti sudah dikenal pasti sedekad lalu dan pada masa ini mungkin sedang menuju ke Bumi serta dapat dilihat dengan jelas. Ramalan itu karut kerana ia mencetuskan ketakutan serta tekanan kepada remaja seluruh dunia."
Malah saki baki masyarakat kaum Maya yang masih menduduki selatan Mexico juga tak percaya dengan ramalan yang kononnya dibuat oleh kaum mereka itu. 

"Kita perlu jelas tentang perkara ini. Tidak ada ramalan untuk 2012," kata Erik Velasquez, seorang pakar etchings di National Autonomous University of Mexico (UNAM). "Ia adalah satu anggapan pemasaran yang salah. Pemikiran mesianik Barat telah memutarbelitkan pandangan dunia tentang tamadun purba seperti Maya." 

Sebagai orang Islam, kita cuma boleh percaya tanda-tanda kiamat sebagaimana yang  tercatat dalam kitab para ulama yang menghimpun hadis-hadis mengenai tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar kiamat. Tanda-tanda kecil kebanyakannya sudah ada, cuma tanda besar seperti turunnya Dajjal, imam Mahdi dan Nabi Isa yang belum ada....

Apa pun kita perlu bersedia. Mungkin kiamat lambat lagi, tapi kiamat diri (kematian) bila-bila masa boleh berlaku.:

Semalam adalah sejarah
Hari ini adalah realiti
Esok adalah milik Tuhan..

11 comments:

  1. 12.12.2012 hari jadi ku ^_^

    ReplyDelete
  2. Tambah pelik, orang yang mengaku Islam juga tak kurang yang percaya dengan ramalan benda macam ini.

    ReplyDelete
  3. tiada siapa tahu bila kiamat... kita sbg hambaNya perlu la bersedia

    ReplyDelete
  4. kat ofis IM pun dah heboh depa. siap dah beli stok makanan untuk sebulan.

    IM kata: patutnya you orang duduk tokong sembahyang. beli makan buat apa. dunia sudah collapes!

    ReplyDelete
  5. dah terlalu moden....kiamat pun boleh diramal...

    ReplyDelete
  6. Org yang takde akidah mmg mcm tu la JR. Sebab tu la seburuk-buruk org Islam, asalkan mereka masih ada akidah mereka tetap yakin kepada Allah, tak kira la derang tu jenis yang tak sembahyang ke, tak solat ke.

    ReplyDelete
  7. rasa takotkan kiamat tu da betul,tp percayakan tarikh tu buat jd merepek.

    ReplyDelete
  8. memang kiamat sudah dekat tapi itu rahsia Allah

    ReplyDelete
  9. Kita tidak tahu kiamat tue bila...Semua Itu rahsia Allah..

    ReplyDelete
  10. Yes! Finally someone writes about karr.

    my webpage make rap beats

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....