Sebelum kawin badannya macam tiang letrik
Lepas kawin badannya mengembang dan membengkak
Ia sebenarnya perkara biasa
Kebanyakan kawan-kawan JR juga begitu..Bukan saja badan isteri semakin mengembang, suami pun apa kurangnya, dulu muka bujur sirih kini muka dah jadi empat segi macam roti
Ia sebenarnya fenomena biasa lepas kawin. Dengan makan minum yang teratur, hidup berumah tangga yang aman damai, kewangan yang lebih kukuh, metabolisme yang semakin menyusut dan kurang masa untuk beriadah sangat-sangat menyumbang badan mengembang dan membengkak luar biasa.
JR pernah dengar ada orang kata jika nak tengok wajah isteri di masa depan, lihatlah bagaimana bentuk tubuh badan ibunya kini. Walaupun girl fren sebelum kawin body macam lidi, tapi kalau dah tubuh ibunya berisi macam Rosmah Mansor, maka bila lepas kawin tubuh isteri akan menyerupai ibunya, berisi....
Kalau bakal suami pula macam mana? Sama juga...lihat bagaimana tubuh bakal mentua lelaki: jika ayahnya berbadan slim, boi fren anda kemungkinan besar akan slim seumur hidup macam ayahnya walau dia kuat makan sampai sekali makan tiga pinggan.
Konklusinya: kalau dah berasal dari gen gemuk, gemuklah jadinya....
Tapi teori itu tak lah semestinya betul 100%. Ada yang betul, ada juga yang JR tengok tak betul langsung. Ada yang mak sampai ke tua badan cuma 40 kilo, tapi anak perempuannya umur 30 dah membengkak sampai dekat 100 kilo. Begitu juga suami....Sekali lagi faktor pemakanan dan malas senaman memainkan peranan badan jadi kembang dan bengkak.
Idea menulis entri ni tercetus lepas sesi sembang-sembang dengan rakan beberapa hari lepas. Bagi yang badan sedang berkembang mekar, harap jangan tersentuh kerana esok masih ada untuk membaiki penampilan anda....
biasa kan mcm tu.. tp isteri tu lah yang melahirkan zuriat utk suami...
ReplyDeletegemuk2 takper janji bahagia dan hidup berteman..kalo kuruh selim takdak anak dok sorang pun buat aper kan..sunyi gak..
ReplyDeletetak pe...gemuk atau kurus bukan ukuran cinta...kerana cinta yg setia pasti tak akan berubah walau saiz badan dah berubah....theeeeeee...
ReplyDeleteterimalah seadanya pasangan kita sepertimana dia menerima kita aeadanya....
namun sebagai tanda cinta,..pasangan harus berusaha menjaga penampilan...tak gitu JR....
Lepas kawin sama2 kena pergi gym.. Takpun tiap minggu pagi2 kena pergi jogging sama2.. :D
ReplyDeleteorg rumah saya maintain dr sebelum kawin sampai lani,below 50kg...yang tak tahannya perut saya ni plak dah makin laju kedepannya..hak hak...
ReplyDeletehati banyak senang maaaaa....
ReplyDeleteitu pasal lah cepat naik badan
hehehe hati byk senang kata cik eita :)
ReplyDelete