Entah mengapa hari ni JR rasa sangat-sangat tak ada idea nak menulis. Mungkin kerana banyak kerja sangat hari ni sampai mental rasa lesu untuk menulis sesuatu. Oleh itu hari ni JR bercadang nak lancarkan Wordless Thursday.....
Tapi tiba-tiba JR bertukar fikiran bila terbaca satu artikel tentang hukum lelaki dan perempuan bukan mahram berbual di alam siber atau kita kata berchatting.
JR rasa artikel itu elok untuk kita kongsi bersama, mana yang betul jadikan teladan, mana yang salah jadikan sempadan. Tanpa tokoh tambah, JR hidangkan artikel ini untuk hidangan makan malam korang:
"Penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata, wanita dan lelaki bukan mahram yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.
Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.
Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok."
(Sumber: sinar harian 1.11.2012)
dtg sebelum magrib..
ReplyDeletebetul tuuu...tq kongsi...
tq for sharing this
ReplyDeletehahahaa...renung2kan..... ^__^
ReplyDeletesatu lagi boleh mndtgkn zina .
ReplyDeletehmmmmmmmmmmmmmmmmmm
susah juga bila gitu, ya. macammana kalau jumpa kawan lama dalam FB? tak boleh nak tanya khabar.
ReplyDeleteIni bermakna, hukum ini juga sama jika berSMS kan JR? Pendapat saya, hukumnya haram jika berchatting ini tiada hala tuju atau sebab tertentu. Maksudnya sekadar suka2 nak chatting dan setiap hari pulak tu. Tapi kalau utk bertanya khabar dan tahu setakat mana batasnya, mungkin boleh. Yang penting masing2 perlu tahu batas pergaulan masing2.
ReplyDeletememula berbual...pastu jumpa...then suka...:)
ReplyDeleteKalau macam tu tak boleh sms, berutus surat la.. Kalau macam tu tak payah cakap langsung dah dengan perempuan.. Haaa.. berblog ni dah bercampur dengan lalaki dan perempuan... Macam mana pulak tu ye. CUma mintak pendapat je.
ReplyDeletedeno rasa kan, chat tu jgn sampai lalai.. jgn sampai lupa solat ke apa tanggungjwb.. perlu tahu batasa masing2...
ReplyDeleteI love your blog.. very nice colors & theme. Did you design this website
ReplyDeleteyourself or did you hire someone to do it for you?
Plz answer back as I'm looking to design my own blog and would like to find out where u got this from. thank you
Here is my website :: click the next site
I don't even know how I ended up here, but I thought this post was great. I don't know who you are but definitely you are going to a famous blogger
ReplyDeleteif you aren't already ;) Cheers!
Also visit my web page - http://Egoldbars.Com
Howdy just wanted to give you a brief heads up and let you know a
ReplyDeletefew of the pictures aren't loading properly. I'm not sure why but I think its a linking issue.
I've tried it in two different internet browsers and both show the same results.
Here is my webpage: Http://nutritionistvsdietician.Org/careers-in-nutrition/