JR selalu dengar beberapa tips untuk mengelakkan wanita diperkosa. Salah satunya di sini...
Tapi apa halnya pula dengan lelaki? Ada tips ke bagi mengelakkan lelaki dirogol atau dicabul?
Ia bukan benda main-main...seperti wanita, lelaki juga tidak selamat, kerana mereka juga mungkin dicabul, seperti kes yang berlaku semalam:
Pesakit lelaki dakwa dicabul pembantu perubatan
Seorang petugas lelaki di sebuah syarikat swasta mendakwa dicabul oleh seorang pembantu perubatan ketika mendapatkan
rawatan di sebuah klinik swasta di Dungun, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang, mangsa yang berusia 24 tahun itu pergi ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami sakit di bahagian dada sebelum seorang pembantu perubatan lelaki tampil memeriksa dan memberi rawatan.
Difahamkan pembantu perubatan yang menyamar sebagai doktor klinik itu memeriksa dada pesakit hingga ke bawah sebelum menyuruh si mangsa membuka seluar dan kemudian mencabulnya.
Mangsa yang terkejut dengan tindakan itu terus menampar muka pembantu perubatan yang berusia 20-an itu sebelum menyarungkan kembali seluarnya dan melarikan diri untuk membuat laporan polis.
Namun begitu, bimbang rahsianya terbongkar, suspek sempat memberi sebuah telefon jenama Blackberry kepada mangsa supaya tidak membongkar rahsia itu.
Mangsa kemudiannya mengambil telefon tersebut dan membuat laporan polis kira-kira pukul 9.15 malam di Balai Polis Dungun.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.
- Bernama

Sekali lagi JR nak tanya ada tips ke bagi mengelakkan lelaki dicabul?? Kalau ada, beritau....
Tapi dekat sini ada kelainan sedikit. Selepas dicabul, dapat telefon percuma. Lepas ni jangan hairan kalau ramai lelaki minta dicabul. Hahahah.
ReplyDeletenilah ragam manusia, macam2. iman yg teguh harus diperteguhkan..JR dapt jg info baru ni..
ReplyDeleteLelaki tu dicabul oleh lelaki kan? Huhu... Dah tu cemana nak bagi tips? Berapa banyak la org yg lelaki tu dah cabul, dan berapa banyak telefon blackberry dia dah standby utk bagi kat mangsa dia.
ReplyDeleteTips nya mudah saja: berhati2 dgn lelaki yg ada blackberry dia mungkin berpotensi jadi pencabul!!!
ReplyDeletemanusia sekrg macam2 perangai...yg penting hati2..
ReplyDeletedia test line tu kot2 ada yg berminat. ahahahaks. utk yg dah berkahwin kena tunjuk statement sket la mcm jln bwk anak isteri ke. ni biasa kerja lelaki juga ni.
ReplyDelete