»

20 September 2012

Korang Rasa Bangga Tak??


Apa perasaan korang sebagai orang Melayu bila tengok ada orang Melayu yang tinggal di rumah besar sehebat mahligai Ratu Balqis? Di halaman rumah pula nampak beratur berpuluh kereta mewah jenis porche, lamborghini, burgatti veyron,  maserati, ferrari, BMW, mercedes...apa perasaan korang?

Pasti dalam hati sangat bangga kan?? Ada juga orang Melayu yang kaya di dunia ini...Pasti jika Hang Tuah dihidupkan kembali (jika Hang Tuah pernah hidup!!!) dia akan bangga juga, "Itulah hamba dah kata dulu..tak kan Melayu hilang di dunia...sekarang tuan hamba tengoklah sendiri, Melayu bukan saja tak hilang di dunia, tapi kekayaan orang Melayu akan berkekalan beribu tahun lagi..." mungkin itu kata Hang Tuah.

Walaupun ramai orang Melayu cuma menjadi penoreh getah, nelayan, petani dan penternak, kais pagi nak makan pagi pun tak cukup, kais petang nak makan petang pun tak cukup dan malam pula tak dapat kais apa-apa lagi kerana gelap tak boleh turun ke sawah, tapi bila nampak ada orang Melayu kaya pasti hati penoreh getah, petani dan nelayan tumpang gembira. Biarlah aku miskin, biarlah ramai Melayu yang masih miskin di kampung-kampung dan di pinggir bandar, asal ada juga yang kaya sorang dua, aku juga tumpang bangga, kata mereka...

Apa yang penting kita tak perlu cemburu bila tengok ada Melayu yang kaya. Jangan juga tanya bagaimana dia beroleh kekayaannya sedang kita dah berusaha bersungguh-sungguh sampai setengah mati masih tak kaya-kaya juga. Jangan berpikir negatif bagaimana mereka dapatkan kekayaan mereka, jika melalui jalan yang tidak halal biarlah nanti Allah akan mengadili mereka di mahkamah satu lagi. Jangan prejudis, jangan berburuk sangka sesama Melayu, jangan bergaduh sesama Melayu, jangan berbunuhan sesama Melayu, nanti kesian Hang Tuah bila dia tengok Melayu sudah hilang di dunia....

Kalau nak kaya macam mereka berusahalah jadi seperti mereka. Jika nak kaya macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, ceburilah bidang perniagaan. Jika nak kaya macam Tan Sri Taib Mahmud, jadilah ahli politik. 

Agak-agak korang siapa orang Melayu yang paling kaya di dunia?? Sebelum korang jawab siapa Melayu yang paling kaya di dunia, tau kah korang siapa orang yang paling kaya di Malaysia? Orang yang paling kaya di Malaysia ialah Tan Sri Robert Kuok dengan kekayaan bernilai US$12.5 bilion.

Dan orang Melayu yang paling kaya di Malaysia pula? Di bawah ni ada satu maklumat mengenai orang Melayu yang paling kaya di Malaysia. Harta kekayaan orang Melayu itu ialah US$15 bilion (RM46 bilion) lebih dari harta Robert Kuok. Jika dicampur dengan harta kekayaan saudara maranya ialah US21 bilion (RM64 bilion):


azlan

Korang pasti kenal orang Melayu yang paling kaya di Malaysia itu kan? Dia adalah Tan Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang telah menjadi Ketua Menteri selama 31 tahun, melebihi tempoh pemerintahan Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun..

Taib Mahmud dan isteri..

5 comments:

  1. Erm... saya tak la bangga sangat. Kalo mcm Tan Sri Al Bukhari tu, saya ada jugak la tumpang bangga. Tapi kalo politician yang kaya sampai macam tu, walaupun dia ada bisnes, saya rasa itu perkara yang agak mencurigakan. Sekali dengan seluruh kerabat dia pun kaya raya.

    ReplyDelete
  2. makk aaiihhhh kayenye...x plk masuk list org2 kaya m'sia

    ReplyDelete
  3. Nampak sangat keraguan di situ.......

    ReplyDelete
  4. harta menggunung pun kira ujian juga tu JR. kalau dilaksanakan hak org lain yg ada dlm hartanya itu pasti lah saya sgt bangga. tp kalau harta yg menimbun itu makin buat melayu tu hanyut, sesungguhnya duit tu pun tak dapat menolongnya di 'mahkamah sana'

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....