Hotel yang paling murah seumur hidup JR yang pernah JR tidur ialah sebuah hotel di Chow Kit, Kuala Lumpur. Tertidur di hotel itu pun secara tak sengaja. Ketika itu JR dalam perjalanan dari Alor Setar ke JB atas satu urusan keluarga. Kerana telah malam, JR mengambil keputusan untuk tidur di KL dan pagi-pagi esok akan meneruskan perjalanan ke JB. Mula-mula ingat nak dapatkan hotel di Jalan Raja Laut, tapi lepas makan di Chow Kit, nampak pula hotel bajet tu. Sewanya sangat murah...cuma RM50 semalam. Jom try!!!
Bila saja masuk hotel, alahai cutenya bilik..bilik cuma sebesar bilik stor, ada dua katil bujang dan bilik air betul-betul di sebelah katil. Jalan nak selisih pun susah!! Anak JR yang ikut sama dah berontak nak pindah ke hotel lain, katanya tak selesa. Tapi ketika itu dah tengah malam, lagi pun duit dah bayar..bertahan sajalah hingga ke pagi..
Jika hotel RM50 semalam rasa tak selesa, bagaimana jika ada hotel yang menawarkan harga 5 sen semalam?? Ini bukan cerita lawak, ini serius tau...ada hotel bertaraf antarabangsa menawarkan harga paling murah cuma 5 sen semalam...ulang: 5 sen semalam!!
Hotel itu bernama hotel Tune Hotel, tu diaaaa...dia tune betul sampai harga rapat ke lantai cuma 5 sen semalam, mana ada hotel semurah tu di seluruh planet bumi ni?? Hotel Tune bukan sebarang hotel, selain dari KL ia ada cawangan di Bali, London, Bangkok, Jakarta dan Manila. Lepas ni hotel tambang murah ni nak kembangkan operasinya di Edinburgh Scotland, Ahmedabad India dan Melbourne Australia pula...memang hebat!!
Yang di KL ada di sini:
Untuk selanjutnya baca berita hari ini yang dipetik dari Bernama:
Nah tu dia...cuma 5 sen semalam!!! Kalau korang tidur di sana sebulan baru RM1.50...giler betul kan??
Tapi kalau korang baca betul-betul berita di atas 5 sen semalam itu cuma berkuatkuasa dari Jun hingga September tahun depan (2013)...bukan sekarang sayang ooooiiii...
Itu dalam bisnes namanya strategi pemasaran, strategi nak tarik perhatian pelanggan..Ia seperti iklan jualan runtuh di supermarket yang menyatakan baju berjenama terkenal dijual pada harga RM10 sehelai. Bila pergi rupanya memang ada baju RM10 sehelai tapi nak pakai pun tak gamak kerana selain dari fesyen yang orang dah tak pakai, pilihan dan warna sangat terhad. Kalau nak yang fesyen baru dan banyak pilihan carilah baju lain dari jenama sama yang harganya bukan RM10 tapi RM100...
Seperti juga tambang Air Asia dari KL ke Kota Kinabalu, bila promosi harganya serendah RM6 untuk satu hala, tapi bukan semua yang boleh dapat harga istimewa itu, jika ditempah pada hari biasa harganya RM300 lebih untuk satu hala...
Strategi pemasaran!!!
memang strategi semata. nanti dibundar ke sen terdekat dah jadi seposen 1 malam. t&c applied. heheh
ReplyDeleteWhats up! I just want to give an enormous thumbs up for the great
ReplyDeleteinfo you may have here on this post. I will likely be coming again to
your blog for more soon.
Here is my web page - britax b-agile travel system kiwi
Howdy! I just want to give an enormous thumbs up for the nice data you will
ReplyDeletehave right here on this post. I will likely be coming back to your blog for extra soon.
my web-site; tacoma home improvement show 2009 coupons