Pagi tadi ketika bergegas hantar anak perempuan JR ke sekolah tiba-tiba dia bertanya, "Awat abah tak suka pakai jam tangan??"
Ketika tu baru teringat memang JR dah empat tahun tak pakai jam tangan. Pernah satu masa ada tujuh jam tangan, macam-macam jenis termasuk rolex tiruan!!! Masa tu selalu tukar jam tangan, biasanya pakai jam tangan ikut warna baju....
Tapi sekarang dah empat tahun JR tak pakai jam tangan. Mengapa JR tak pakai jam tangan? Sebab JR tak rasa perlu ada jam tangan!!
Kalau berada di luar rumah dan nak tau pukul berapa, seluk poket tengok henset, kan di situ pun dah boleh tau masanya? Bukan ambil masa lama sangat tengok jam di henset, dua saat saja...Memang jika pakai jam tangan dalam tempoh satu saat dah boleh tau pukul berapa, tengok henset pula ambil masa dua saat...alehhh, cuma beza satu saat saja. Tak banyak beza pun. Dunia tak kiamat pun jika rugi satu saat...
Kalau dalam kereta pula dah ada jam dalam kereta, tak perlu pun tengok jam tangan. Kalau di rumah pula, jam dinding ada di mana-mana, di hall ada jam dinding, di bilik tidur ada jam dinding, di dapur pun ada jam dinding. Cuma di bilik air saja tak ada jam dinding sebab tu kot kadang-kadang mandi terlebih masa!
Sebenarnya tak pakai jam tangan dunia tak kiamat pun, jadi mengapa perlu pakai jam tangan? Malah kadang-kadang rasa nak tergelak pula bila tengok orang pakai jam tangan mahal-mahal. Lagi pun kebanyakan jam tangan zaman sekarang bukan ada aplikasi lain, cuma ada jarum tunjuk jam saja. Tak seperti jam tangan zaman dulu ada alarm, kalkulator dan sebagainya.
Jadi mengapa perlu pakai jam tangan?
Mungkin kerana jam tangan dah jadi sebagai sebahagian dari aksesori, terutamanya lelaki. Ya lah...lelaki (Islam) tak boleh pakai gelang, jadi pakailah saja jam tangan menggantikan gelang.
Atau pakai jam tangan, terutama yang mahal-mahal untuk tayang status sosial?
Mungkin kerana jam tangan dah jadi sebagai sebahagian dari aksesori, terutamanya lelaki. Ya lah...lelaki (Islam) tak boleh pakai gelang, jadi pakailah saja jam tangan menggantikan gelang.
Atau pakai jam tangan, terutama yang mahal-mahal untuk tayang status sosial?
"Awat abah tak suka pakai jam tangan?' bertanya lagi anak JR ketika sampai di luar pagar sekolah.
Nanti buka blog abah. Di situ ada jawapannya!!
hehehehe..logik juga :)
ReplyDeletetapi saya kalau tak pakai jam tangan mesti rasa ringan je tangan..pas tu asyik tesasul je tangok tangan..hehehe.
saya terigt komik penyiasatan yg saya baca. bg seorang penyiasat, penting juga memakai jam tangan sbb ada risiko seorg penjahat akan pegang pisau time gaduh dan terkelar pergelangan tangan. kirenye jam tangan ni sbg shield la.. hehehehe..
ReplyDeletep/s: pengaruh komik kuat sgt.. -_-"
Amoih, kereknya abah dia jawab suh baca dalm blog.
ReplyDeleteSaya plak suka pakai jam tngan. Sebab mcm yg JR kata la. Sebagai aksesori tapi boleh tgk masa. Saya ni tak suka pakai barang kemas, gelang, cincin apa semua tak minat. So, jam je la yg saya pkai. Bg saya kalo nak pakai yang mahal tu boleh terima lagi, tapi kalo jenis yang kumpul jam tangan semua mahal2, ada banyak gile jam tangan dia, yang saya tak faham. Kalo setakat ada 1 je yg mahal tu takpe lagi.
*saya pun penah pakai rolex tiruan. Hahaha. Tapi ada kawan bagi.
Hahah. JR, entri yang ini adalah entri anda yang pertama saya tak berapa setuju. Hahah. Saya pakai jam tangan, kerana satu untuk lihat masa dengan pantas sebab saya pakai jam hampir 24jam. Kedua, sebab ada tachymeter untuk tengok kelajuan atau kuantiti (selalu diguna untuk kerja). Ketiga, jam yang saya gunakan agak mahal, bukan kerana apa, tapi untuk kualiti. Auto movement, sapphire glass (bukan hardened glass), semata-mata untuk tahan lama. Dah 4 tahun pakai yang sama. Satu lagi, selalu saya guna jam untuk tahu arah secara kasar. Heheh. Kira ada sebab kenapa saya pakai jam.
ReplyDeleteRasanya perlu kot....cr suka pakai jam kalau keluar...
ReplyDeleteKena pakai jam tgn bang....baru ada gaya hehee :)
ReplyDelete