»

23 September 2012

Aku Cap Ayam & Parti Cap Ayam


JR selalu beritau isteri dan anak-anak, JR jenis manusia yang memang tak kisah menggunakan  "sesuatu yang cap ayam". Biarlah orang pakai jam rolex, pandu kereta Mercedes, guna henset iPhone, HTC, Samsung Galaxy Note, Blackberry dan lain-lain, bila bersenam pula pakai kasut Nike, Adidas, Lotto...JR cuma pakai yang biasa-biasa saja; CAP AYAM!!!

Malu...apa nak malu bila pakai barangan cap ayam? Yang malu ialah kita miliki rumah besar hasil duit rasuah, ada kereta besar hasil wang ihsan taukeh Wong kerana dia dapat projek, atau punya bini lawa atas bantuan bomoh Siam...itu yang patut rasa malu.

Kalau yang halal dan suci apa nak dimalukan? Cap ayam pun cap ayamlah.

Bercakap tentang cap ayam ni, tiga hari lepas satu parti baru ditubuhkan oleh budak-budak USM. Nama parti ini sungguh pelik: Parti Cap Ayam! Parti itu adalah parti orang muda...parti yang ditubuhkan oleh student USM untuk pilihanraya kampus yang akan berlangsung pada Selasa ini. 

Inilah dia foto penaja Parti Cap Ayam

See full size image
Parti Cap Ayam: parti berbilang kaum..

Di kampus sekarang ada dua kumpulan mahasiswa yang bertanding dalam pilihanraya kampus: kumpulan Pro-Aspirasi yang pro-BN dan kumpulan Pro-Mahasiswa yang pro-PR. Parti Cap Ayam yang baru ditubuhkan di USM ini pula mengikut kenyataan pemimpin-pemimpoinnya bersikap neutral, mereka tak sokong Pro-Aspirasi dan mereka juga tak sokong Pro-Mahasiswa. Bagi mereka apa yang penting bukan parti atau kumpulan, tapi kualiti, sebab itulah Parti Cap Ayam  menggunakan slogan "Kualiti Bukan Sekadar Nama".

Tengoklah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Parti Cap Ayam ini. 



Apa yang menarik perhatian JR mengenai Parti Cap Ayam ini ialah namanya yang unik dan slogan perjuangannya. Slogan perjuangan Parti Cap Ayam ialah "Kualiti Bukan Sekadar Nama". Slogan itu mengingatkan JR kepada satu rancangan realiti TV3 yang sudah masuk tahun kedua "Vokal Bukan Sekadar Rupa". 

Tapi Parti Cap Ayam ni cuma bertanding dalam pilihanraya kampus. Dalam pilihanraya umum ke-13 nanti Parti Cap Ayam tak boleh bertanding kerana ia perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Kalau Parti Cap Ayam bertanding dalam pilihanraya umum nanti tentu senario politik kita bertambah meriah. Sekurang-kurangnya mereka yang dah muak dengan paluan gendang kosong BN dan PR boleh memilih satu parti nuetral di tengah-tengah  dua kumpulan parti itu....

4 comments:

  1. Kalau di Malaysia ada Parti Cap Ayam (parti politik), aku nak lantik hang jadi presiden

    ReplyDelete
  2. Hahahah. Buat parti macam itu, susah ceritanya nanti... Hahah.

    ReplyDelete
  3. hahahah..susah nak komen XD

    ReplyDelete
  4. Kena buka parti cap ayam jugak la utk negara. Baru la neutral. Saya pun tak kisah guna barangan cap ayam, asalkan dia original. Maksud saya macam ni, kalo barang tu barang tiruan tapi letak nama barangan branded macam rolex ke, adidas ke.. saya malu nak pakai. Tapi kalo brg tu mmg barang murah jenama Ayam, saya lagi rela pakai. Sbb dia cuma murah tapi dia bukan tiruan.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....