»

24 September 2012

Isu Dialog Filem Punya Hal Vanidah Imran Bercerai


Korang pasti sudah tau mengenai isu ni kan? Ye...isu mengenai perceraian Vanidah Imran dan suaminya Rashidi Ishak gara-gara dialog mereka dalam filem Untuk Tiga Hari.




JR sendiri sejujurnya bukan suka sangat menyentuh soal artis kita dalam blog ni. JR juga bukan peminat tegar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Tapi bila dah sampai soal cerai berai kerana filem, ia bagi JR kes besar jugalah. Sekurang-kurang ia perlu dijadikan iktibar oleh penerbit, pengarah, pelakon dan produksi perfileman kita supaya berhati-hati dan cermat sikit soal-soal hukum agama ketika pembikinan filem. 

Ia bermula bila Tan Sri Harussani ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata  lafaz cerai yang diucapkan oleh Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin kepada Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari itu menyebabkan perkahwinan mereka yang dah berlangsung selama 12 tahun itu menjadi tidak sah di sisi agama. Bukan main-main...tidak sah di sisi agama cuma gara-gara dialog dalam filem!!


Dialog itu pun sebenarnya ringkas aje:  

"Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai.”

Tapi tengoklah kesannya...perkahwinan sebenar antara keduanya mengikut Mufti itu menjadi tidak sah!!

Yang menjadi isunya ialah yang bercakap tidak sah ini ialah seorang tok mufti! Kalau yang berkata tak sah ialah penerbit atau pengarah filem yang tidak mahir tentang agama lainlah, boleh masuk dalam bakul sampah. Tapi seorang mufti? Kalau mufti cakap politik bolehlah kita tolak tepi, tapi bila dia cakap soal hukum hakam masih tak percaya?

Mufti Perak itu selanjutnya dalam Utusan Malaysia telah menasihatkan Vanidah dan suaminya pergi ke Jabatan Agama Islam bagi membincangkan perkahwinan mereka.

Vanidah yang dihubungi  siang tadi berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya? Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya.
Vanidah seterusnya menegaskan dalam  dia tidak akan ke pejabat agama sepertimana yang dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa:

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku"
Artis kita ni pun satu juga, mereka ingat mereka saja yang betul. Kalau dalam filem Melayu bolehlah semua hero atau heroin betul belaka. Tapi ini soal hukum agama. Kalau dah yakin sangat lafaz cerai tak berlaku, mengapa tak mau jelaskannya di pejabat agama?? Mungkin barangkali ada salah faham yang boleh dijernihkan di pejabat agama. Tapi jika masih tak mau ke pejabat agama sukarlah yang keruh itu dijernihkan...Tak gitu???

10 comments:

  1. Sebab artis ini, singkat ilmu agamanya. Lafaz cerai, kalau dilafazkan dalam keadaan mabuk sekalipun, tetap jatuh hukum. Bukan benda main-main. Artis, mereka selalu sangka mereka betul. Jangan ambil peduli sangatlah.

    ReplyDelete
  2. Astagfirullahalazim...itulah saya pun ada tengok juga sikit2 iklan filem ni sblum ditayangkan,tekejut juga bila ada dialog camtu,sedangkan mereka suami isteri.

    ReplyDelete
  3. Mcm2 hal kan...
    Tp sebaiknya pergilah pejabat agama..
    Bincang lebih baik...mst ada penyelesaian...

    ReplyDelete
  4. sepatutnya dihormati pandangan ahli agama. lebih baik rujuk pada jabatan agama dari membuat keputusan sendiri.

    ReplyDelete
  5. hmm.. kalau nak guna dialog mcm tu pun... amik je la artis bukan laki bini kan... huhu... JR apa khabar? lama tak dgr khabar :)

    ReplyDelete
  6. Nak komen pun tak reti, sbb tak tgk filem ni. Org kata kalo dah tgk filem ni, dialog cerai tu dari Shidi kepada ayu raudhah. Tak tau la mana betul.

    ReplyDelete
  7. kalau tak silap dialog kawin 3 hari tu merujuk kpd kawin dgn pasangan yg dah diaturkan dlm filem tu. Bkn merujuk kpd mereka suami isteri. Jadinya mmg takde hal.

    apapun, merujuk kpd yg pakar utk leraikan isu ni adalah jln terbaik.

    ReplyDelete
  8. Issue ni antara dialog yang direkacipta untuk lakunan Dan kehidupan realiti yang tidak Ada hubung kait...wallahualam.

    ReplyDelete
  9. Tak tahulah....mungkin kena tanya ustaz yg lebih arif...kata vanidah gan hubbynya...dia dah kaji skrip tue....

    ReplyDelete
  10. Bab2 begini mmg perlu merujuk kepada mereka yg lebih ariff. Bukan boleh buat main2 bab ni.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....