»

22 September 2012

Penyakit2 Yang Boleh Disembuhkan Dengan Seks



Entri ni sebagai info khas untuk mereka yang dah kawin saja. Jika sesiapa yang belum kawin dan ada penyakit-penyakit di bawah ni jangan cuba ubati dengan mengadakan hubungan seks, bahaya!! Pergilah jumpa doktor. Kalau tak mau jumpa doktor, kawinlah cepat-cepat dan kemudian dengan mengadakan hubungan seks dan dengan izin Allah, insyaallah penyakit-penyakit di bawah ini akan sembuh....

See full size image

SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN (DENGAN IZIN ALLAH) MENERUSI HUBUNGAN SEKS:
1. Kemurungan
Seks boleh menjadi ubat semulajadi untuk orang yang sedang stres atau tekanan. Ketika berhubungan seks, tubuh melepaskan endorfin ke dalam aliran darah dan menimbulkan perasaan tenang dan bahagia.
2. Selsema
Manfaat seks yang lain adalah dapat mengatasi hidung tersumbat kerana flu atau selsema. Seks boleh menjadi anthistamin semulajadi yang mampu melancarkan hidung tersumbat malah gejala-gejala demam lain.
3. Diet
Seperti yang telah diketahui, bercinta memerlukan banyak tenaga sehingga dapat membakar kalori yang terkumpul dan membuat anda gemuk. Mengikut kalkulator kalori, pada kegiatan foreplay, rata-rata tubuh akan membakar 2 kalori setiap minit, sedangkan selepas penetrasi, rata-rata tubuh akan membakar 6 kalori setiap minit.
Namun jumlah kalori yang dibakar tersebut bergantung berat badan kedua-dua pasangan, berapa lama hubungan seks dan bagaimana gerakan yang dilakukannya serta kelajuan aktiviti seksualnya.
4. Menegang Otot Tubuh
Ketika seseorang berhubungan seks, hampir seluruh otot dalam tubuhnya bekerja. Aktiviti seksual dapat menegangkan otot-otot tubuh anda yang setara dengan sukan berenang hingga 20 pusingan.
5. Kecantikan
Ketika bercinta, wanita menghasilkan hormon estrogen dalam jumlah yang besar. Hormon inilah yang membuat kulit menjadi halus dan rambut berkilau.
6. Bau Badan
Semakin sering anda melakukan hubungan seks, semakin banyak manfaat yang anda dapat. Tubuh yang aktif secara seksual mengeluarkan hormon feromon dalam jumlah yang besar. Hormon inilah yang membuat tubuh mempunyai bau badan yang khas dan menyenangkan.
7. Penenang
Seks dapat mengusir kegelisahan dan kecemasan dan merupakan ubat semulajadi yang sepuluh kali lebih efektif sebagai ubat penenang di banding ubat valium.
8. Sakit Kepala
Seks dapat meringankan sakit kepala dengan melepaskan ketegangan yang menyekat pembuluh darah di otak. Migrain atau sakit kepala akan jauh lebih baik selepas anda melakukan hubungan seks.
9. Kulit
Aktiviti seks juga bermanfaat bagi kesihatan kulit anda dan mengurangkan risiko menderita dermatitis, ruam dan flek hitam pada kulit. Seks menghasilkan peluh dalam jumlah besar yang boleh membersihkan pori-pori dan membuat kulit bersinar. (Sumber info: bestoneoffour)

2 comments:

  1. Nice infi JR...baru CR tahu...

    ReplyDelete
  2. JR sensasinya..tulah blog list yg sensasi...baik nice ilmu ni..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....