»

21 September 2012

Mengapa Dah Besar Gajah Ayah Masih Tidur Dengan Ibu?


Pasangan suami isteri yang ada anak kecil pasti pernah merasai pengalaman ini. Si-kenit itu dipujuk macam mana pun masih nak tidur di bawah ketiak ibu bapanya. Dia tak mau tidur di bilik yang telah disediakan untuknya. Kalau kita angkat dia ke bilik yang disediakan untuknya ketika dia sedang nyenyak tidur, bila terjaga budak kecil tu akan menjerit dan mengetuk-ngetuk pintu bilik untuk tidur bersama ibu dan ayah. 

Itu yang payah tu. Tak boleh tengok ibu dan ayah nak bersenang-senang sikit...dia akan datang mengacau. Potong stim betul!!! Kalaulah macam ni sampai bila-bila pun budak ni tak akan dapat adik, nak dapat adik macam mana line selalu tak clear??

Macam mana nak dapat adik...line tak clear??

Hari ini JR ketawa terbahak-bahak membaca satu artikel mengenai perkara ini dalam Sinar Harian. Diringkaskan cerita, beginilah kisahnya:






Seorang kawan menceritakan akan hal anak bongsunya yang sudah berusia lapan tahun tetapi masih mahu tidur bersama ibu ayah. Apabila diminta tidur di bilik berasingan, dia menyoal ibu ayahnya, mengapa dia tidak boleh lagi tidur bersama mereka?

Maka dijawab oleh si ibu: "Tak bolehla... adik kan dah besar. Orang besar tak boleh tidur dengan ibu lagi. Tengok abang dengan kakak masing-masing ada bilik sendiri. Adik pun kena tidur bilik adik sendiri jugak."

Si ibu, juga ayahnya menjangka mereka sudah beri jawapan yang paling tepat, paling logik dan tidak boleh ditolak lagi oleh si bongsu.

Namun dengan tidak disangka, si anak yang rupa-rupanya masih tidak berpuas hati sebaliknya berkata:

 "Kalau orang besar tak boleh tidur dengan ibu....ayah tu sudah besar gajah pun mengapa masih nak tidur dengan ibu lagi?  Mengapa ayah boleh, adik tak boleh?"




Kalau anak kecil korang tanya macam tu apa jawapannya erkkk????

5 comments:

  1. hahahhaa masalah besar ni....apa nak jawab tu. Kacau betul lah....ehehheee

    ReplyDelete
  2. IM biasa dengar cerita yang sama dalam sinar pagi oleh pendengar...

    hmmm....

    ReplyDelete
  3. hah..memang tgh fikir jawapan...

    ReplyDelete
  4. kikiki kelakarlah...Anak CR yg sulong masih lagi tidur bersama huhuhu..

    ReplyDelete
  5. alamak..siapa boleh bagi jawapan yg direct. terkena kan...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....