Sebentar tadi selapas habis solat maghrib, JR tertonton siaran berita di TV9. Slot berita utama dimulakan dari Melaka mengenai operasi Imegresen di satu bangunan yang didiami oleh sekumpulan warga asing. Berdasarkan vidual yang dipaparkan warga asing yang diserbu itu menyerupai warga Bangladesh.
Selepas sahaja serbuan dilakukan Imegresen, warga asing yang ketakutan cuba bersembunyi untuk menyelamatkan diri. Mungkin mereka tiada passport. Biasalah..reaksi pertama orang yang ketakutan ialah cuba melarikan diri!!
Malang bagi seorang warga asing berusia 35 tahun yang cuba menyelamatkan diri dengan cara terjun bangunan. Akibatnya dia cedera parah selepas terjatuh dari bangunan itu. Dalam visual di TV kelihatan pemuda tersebut tertiarap dengan darah melimpahi lantai tempat dia jatuh. Juga kelihatan seorang _penjawat awam (Jabatan Pertahanan Awam?) sedang mengajar warga asing itu mengucap dua kalimah syahadat. Tapi JR tak dengar pula warga asing itu membalas ucapan kalimah syahadat..mungkin dia sudah tak sedar diri ketika itu.
Gambar hiasan..
Maklumat terakhir yang JR perolehi menyatakan warga asing yang cedera parah itu telah meninggal dunia petang tadi...
Apa yang menjadikan JR sedikit emosi ialah melihat visual saudara seagama kita itu dalam keadaan parah dan nazak sedang diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh seorang penjawat awam. Teringat betapa mereka datang beribu kilometer ke negara ini untuk mencari secebis rezeki sambil diiringi doa oleh keluraga di negara mereka. Tapi akhirnya mereka meninggal dalam keadaan begitu tragis di negara orang. Jikalah ibunya tau takdirnya begitu, pasti dia tak akan mengizinkan anaknya datang ke negara orang hanya untuk menempah sebuah keranda....
Sedihnya...Al-fatihah..
ReplyDeleteAjal maut itu rahsia Allah.. Di mana Dan bagaimana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Al-fatihah!
ReplyDeleteOrg luar dtg menyabung nyawa di Malaysia, org kita menanganggur kerana malas kerja....
ReplyDeletesedih tul ni Jr. Mana2 pun ada warga asing ni, yg malangnya macam ni lah jadi, lebih baik menyerah saja, taklah terancam nyawa, kan bagus balik ke negara asal, ataupun datang sini ikut ja undang2 bukan main seludup saja. asbab ja, ajal dah sampai. sedih tul ni...
ReplyDeleteKesian,Memang sedih...
ReplyDeleteHuhuhuhuhuhuhu~ kalau dah takut nak lari semua benda jadi berani.
ReplyDeleteSedih baca. Huhuhuhu :(
memang menyedihkan. tp bila tgk orang kita, sanggup tunggang motor melawan arus demi menyelamatkan diri dr dtahan lps buat aksi superman. 10x sedih..
ReplyDeleteTakut betul dia. Tindakan dia tu mmg refleks. Itu tak dikira bunuh diri kan?
ReplyDelete