Dua hari lepas anak saudara perempuan JR dari Shah Alam datang ke rumah kerana kebetulan dia ada urusan di Perlis. Sejak JR berpindah dari KL ke Alor Setar ni, inilah kali pertama anak saudara perempuan JR bernama Has itu datang ke rumah JR. Dia datang bersama suami dan tiga orang anak tirinya. Anak kandungnya (4 orang) tidak ikut.
Suami kepada Has berkahwin dua, Has adalah isteri pertama. Hubungan Has dengan madunya sangat baik seperti kakak dengan adik. Anak-anak mereka juga sangat rapat, tidak seperti adik beradik tiri dalam cerita Melayu atau Indonesia. Malah setiap hujung minggu ketiga-tiga anak tiri Has akan tidur di rumah Has yang mereka panggil "Mami" (ibu kandung mereka panggil "mama"). Bila JR tanya anak-anak tiri Has siapa yang lebih mereka sayang sama ada Has atau ibu kandung mereka, mereka cepat menjawab: "mami!!", merujuk kepada Has. Mana tak sayang, sejak kecil Has yang menjaga anak tirinya bagai anak sendiri, ditatang bagai minyak yang penuh..
Walaupun Has adalah anak saudara JR, tapi jarak umur kami tidak jauh, malah kami berkahwin cuma jarak selang setahun. Hubungan JR dengan Has sangat rapat semasa kami kecil dan oleh itu semasa suaminya mula-mula nak kawin dulu JR rasa sangat tak selesa. Tapi sekarang bila lihat betapa rapatnya dia dengan anak-anak tirinya dan dengan madunya, JR rasa sangat silap bila dulu pernah menentang perkahwinan kali kedua suaminya.
Sebenarnya Has adalah anak kepada kakak JR. Kakak JR pula bukan kakak seibu sebapa kerana dia adalah anak kepada isteri pertama ayah JR, manakala JR pula adalah anak kepada isteri kedua. Jadi bagi orang luar mereka kata kakak JR itu adalah kakak tiri. Malangnya dari kecil hingga sekarang JR tak pernah terpikir sekalipun dia adalah kakak tiri JR. Ini kerana hubungan kami adik beradik sejak kecil sampai sekarang tersangat rapat walaupun lahir dari ibu yang berbeza. Masa kecil kakak JR itulah tempat JR mengadu masalah, dialah yang menghantar JR ke sekolah, dialah yang rajin menyuap JR makan. Oleh itu tidak hairan jika anak-anaknya termasuk Has sangat rapat dengan JR kerana JR tak pernah sekalipun terpikir ibu mereka adalah kakak tiri JR..
Kakak JR itu pula pernah berkahwin tiga kali, mungkin telah begitu Allah menentukan takdirnya. Semua anak-anak kepada kakak JR walaupun berlainan bapa tapi mereka sangat rapat. Seperti hubungan JR dengan kakak JR, barangkali mereka juga terlupa bahawa mereka adalahj saudara tiri!!
Abang JR juga seperti kakak JR pernah berkahwin tiga kali. Dan seperti kakak JR, semua anak-anaknya walau berlainan ibu sangat rapat, mungkin mereka juga seperti JR selalu lupa bahawa kami pernah ada saudara tiri!
Bila hari ini JR terlihat cerita di TV mengenai ibu tiri yang jahat atau bapa tiri yang jahat, JR selalu tanya isteri: benarkah ada ibu tiri atau bapa tiri yang jahat di dunia ini? Atau cerita di TV tentang ibu tiri, ayah tiri atau saudara tiri yang jahat itu sengaja diperbesar-besarkan? Ini kerana pengalaman JR sendiri menyatakan tidak ada ibu tiri dan bapa tiri yang jahat..
Jika ada ibu tiri atau bapa tiri yang jahat, mereka jahat bukanlah kerana mereka ibu tiri atau bapa tiri, tapi mereka jahat kerana mereka memang jahat. Kalau mereka tak jadi ibu tiri atau bapa tiri pun mereka jahat juga. Sebab itulah ada bapa yang sanggup rogol anak gadis kandungnya sendiri, sebab dia memang bapa ayam yang jahat. Bapa ayam yang jahat ini jika dapat anak tiri, dia pasti akan perkosa anak tirinya. Dia perkosa anak tirinya bukan kerana budak perempuan itu anak tirinya, tapi kerana dia sendiri memang jahat...
Kakcik suka dengan ayat "mereka jahat kerana mereka memang jahat"...
ReplyDeleteJR, memang hebat susur galur JR. Nak buat family tree, kena jejak ramai orang. Tapi, bila JR kata ibubapa tiri tak jahat, tak dinafikan. Saya sendiri ada pengalaman tersendiri. Yang jahat adalah individu, yang kebetulan ada pangkat tiri-tiri. So, kejahatan adalah berdasarkan individu.
ReplyDeletemoga kita tidak seperti mereka yang jahat2 itu....
ReplyDeletekita telah terlalu lama dimomok dengan filem melayu yang menggambarkan ibu tiri sebagai jahat.
ReplyDeletejiran IM ada ibu tiri atau bapa tiri tapi baik baik belaka.
Ada lagi kot ibu tiri jahat....dah memang tak ada hati...
ReplyDeletesetuju dg kakcik : suka ayat itu... :)
ReplyDeleteMengikut kefahaman saya, kakak JR tu mmg bukan kakak tiri, tapi adik beradik sebapa. Itu kira kuat lagi sbb mmg tak batal wuduk kan?
ReplyDeleteBetul juga kata JR tu, biasanya mak tiri yg jahat tu ahli sihir. Hehehe. [terpengaruh dgn kisah dongeng cinderella ni].
Subhanallah... Pengalaman kehidupan yang tak boleh dibeli... Allah create cerita utk setiap individu berbeza2.. :')
ReplyDeleteEmm. Betul juga kata LydSunshine. Ikut apa yang saya faham, kalau sebapa kira mcm kakak kandung kan- kira nya mahram la. :)
ohoho. ini kisah lebih kurang mcm keluarga mertua, semua ada imbuhan -pertama, -kedua, -ketiga, -tiri. sgt kompleks dan sampai sekarang dah 7 thn kawen mcm tak pass lg nak menghafal list tu. huhu..saya setuju - baik buruk perangai tu bergantung pd individu.
ReplyDelete