»

18 September 2012

Sri Wani Kena Santau Pula..


JR memang sangat simpati dengan nasib perempuan cantik ni. Bukan simpati timbul kerana dia cantik, kalau dia tak cantik pun tetap simpati. Sesiapa yang nampak teraniaya memang kita cepat simpati, semua orang begitu kan?  Sudahlah dia korbankan diri keluar dari agamanya memeluk Islam, tapi kemudian suami meragui jantina isteri yang telah digaulinya selama  setahun itu. Macam cerita kartun..dah setahun bersama isteri baru nak diragui jantinanya!!

Perempuan yang JR maksudkan itu ialah Sri Wani Choo Abdullah, 37 tahun yang akhir tahun lalu menggemparkan Malaysia  apabila suaminya bekas dekan sebuah universiti terkanal di negara ini memfailkan perceraian kerana mendakwa isterinya seorang lelaki. Bagaimanapun permohonan suaminya itu telah ditolak oleh  Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Mahkamah juga telah mengarahkan suaminya membayar kos kepada Sri Wani berjumlah RM12,000. 

Sri Wani: Tiada dendam lagi
Sri Wani

Berita terbaru yang JR baca dalam Sinar Harian hari ini ialah malang yang menimpa Sri Wani, usahawan butik kecantikan itu masih belum berakhir. Dia menyatakan kawannya telah menasihatkannya menemui ustaz di pusat perubatan Islam kerana pernah melihat dua ekor jembalang di depan kedai kecantikan Sri Wani. Selepas mendapat rawatan di pusat rawatan Islam Sri Wani merasakan kehidupannya lebih tenteram. 

Tapi ketenangan itu tidak kekal lama. Tidak lama lepas itu dia merasakan kelainan lagi seolah-olah berada di alam ghaib..

"Kak Sri selalu nampak binatang pelik. Kak Sri rasa macam ada benda ikut belakang dan pernah juga nampak hantu kenit. Di depan pintu rumah pula kadang-kadang ada tanah yang Kak Sri tak tahu dari mana datangnya. Kak Sri selalu ketakutan hingga terpaksa pindah rumah" katanya. 

Suatu hari seorang wanita bernama Ustazah Solehah datang ke kedai dan memberinya air 'Anugerah Shifa' untuk diminum. Hari pertama Sri Wani menghabiskan dua botol yang turut digunakan untuk mandi. 

"Tiba-tiba Kak Sri rasa pening dan nak pitam. Hidung Kak Sri berdarah hampir dua jam. Masa sedang panik itu Kak Sri hubungi Ustazah Solehah mengadu hal itu. Ustazah kata itu reflek normal bagi orang terkena santau. Dia suruh Kak Sri berdoa dan teruskan minum air Anugerah Shifa' untuk beberapa hari lagi. Alhamdulillah sekarang badan Kak Sri sudah tidak bisa lagi" katanya.

Sedih dengan dugaan yang terpaksa dilaluinya oleh wanita ini. Tapi seperti kata Sri Wani dia bersyukur kerana dalam kepayahan menghadapi hidup, ramai rakan yang menyokongnya:

Syukur Kak Sri ada kawan yang amat memahami. Mereka nasihat Kak Sri untuk berdoa. Menangis dan menangislah di hadapan ALLAH kerana dia Maha MendengarBiarpun hati dan hidup diulit tragedi, Kak Sri mahu jadi seorang yang pemaaf dan reda hati. Orang yang mulia adalah orang yang berjaya melawan marah dan bersedia menghulurkan kemaafan biarpun dia berpeluang membalasnya.  Kak Sri  maafkan semua orang yang pernah menyakiti Kak Sri,”  katanya..

Mulia seungguh hati wanita ini, kita yang dilahirkan sebagai Islam pun belum tentu setabahnya. Semoga saudara baru kita ini akan tabah menghadapi ujian Allah dan dikuatkan iman ketika melalui segala pahit getir kehidupan...

4 comments:

  1. Cubalah santau orang-orang kerajaan yang zalim bukan main tu. Ada juga faedahnya. Ini orang yang elok nak disantau. Bangang betul.

    ReplyDelete
  2. kesiannya , hati kalau dah busuk , perangai busuk , perkataan pown jadik busuk jgk , renung2 kan la , jangan tergolong dalam golongan yang busuk2 nih , hehehe ~

    ReplyDelete
  3. Begitu berat dugaannya....hanya Allah yg tahu....

    ReplyDelete
  4. Dengan izin Allah swt jua..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....