»

20 September 2012

Petua Menghalang Katak Masuk Rumah


Peristiwa seperti ini sebenarnya dah berulang banyak kali. Bila dah sekali si-jelik ni masuk rumah, lepas itu dia pasti akan muncul balik di depan pintu, walau kita dah buang dia jauh-jauh dari rumah. 

Katak oh katak.....

Bila dah masuk rumah...adehhhhh...itu dah jadi special duty pula untuk JR untuk menangkap katak itu..Isteri dan anak-anak sangat geli dengan katak, bila nampak saja katak menjerit macam jumpa pocong dalam rumah. Nasib baik JR ni macho (sekali sekala angkat bakul best juga...), tak takut katak. JR akan pergi ke dapur dapatkan plastik kemudian tangkap katak itu untuk di buang keluar rumah..

Masalahnya tentang katak ini ialah buang setakat 10 meter dari rumah dia pasti akan tetap kembali menjenguk di depan pintu rumah kemudiannya. Agaknya katak ni makhluk yang ada GPS kot. Atau mungkin juga katak puru tu dah jatuh cinta dengan seseorang dalam rumah ni, sebab tu lah buang jauh mana pun dia tetap akan kembali.



Berdasarkan pengalaman lalu, bila dah tak ada jalan lain lagi terpaksalah JR bawa katak tu naik kereta makan angin ke suatu lokasi lain yang jauh dari rumah dan buang dia di sana. Kadang-kadang kesian juga dibuang jauh-jauh begitu, jika katak tu ada anak, bagaimana dengan anaknya? Jika dia dah bersuami, bagaimana dengan suaminya? Jika dia dah bertunang, bagaimana dengan tunangnya? Terpaksalah nanti anak katak hilang ibu bapa, suami menjadi duda dan isteri menjadi janda...Tapi apa nak buat, terpaksalah buang dalam jarak lebih dari 3 kilometer dari rumah bagi mengelakkan katak itu kembali. 

Berdasarkan pengalaman lalu, jika dibuang lebih dari 3 kilometer dari rumah, memang katak tu tak kan kembali lagi. Mungkin sistem GPS nya cuma berfungsi untuk jarak dekat...

Korang ada pengalaman katak yang sama masuk rumah tak? Jika ada pengalaman, bagaimana penyelesaiannya, bagaimana nak menghalang katak masuk rumah???

30 comments:

  1. katak selalu masuk rumah..arra mmg geli dengan katak..kalau tak husband y buang mesti anak arra yang kena buang..hehe

    ReplyDelete
  2. hahahaa citer psl katak masuk rmh ni saya ada buat N3 kat sini...

    http://karukordjagaus.blogspot.com/2012/02/ko-dudok-diam2-situ.html

    kalau buang dekat2 mmg dia dtg balik....last2 saya biorkan je lah....hehheee

    ReplyDelete
  3. ada...kat dapur cr nie selalu ada katak tumpang berteduh...besar pulak katak tue...cr biarkan jer...bila time pagi dah tak ada tau...bila malam datang balik kikiki

    ReplyDelete
  4. betul3. anak saya sampai bagi nama kat katak kat rumah mak abah - BOBO! hahaha. tak larat dah nk buang, mmg dia akan balik semula. dah tu hari2 akan lintas dpn tv masuk bilik air dr bilik adik. LOL

    ReplyDelete
  5. nk kene cium, pastu bertukar jadik putera/puteri hihi

    ReplyDelete
  6. Katak yg selalu masuk tu ...tangkap dan bungkus dlm surat khbar...in shaa Allah dia xkan kembali lg

    ReplyDelete
  7. siap branak pinak dh...huhu geli sangat2..tp btul la stakat buang dpn tgga sok msuk balik..jln mana guna xtau r

    ReplyDelete
  8. Eeeeeeee....masa tgh sembhyang tadi tetiba tgk sejadah bergerak2 .lepas siap sembahyang selak kain sejadah ada katak kecik..geli gelaman den ingat masa sujud tu..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum semua...ini ada tips yg paaaliing berkesan utk mghalau katak..tp agak kejam sdikit tp mmg sah2 lepas tu takkn kembali mnganggu korang ..stiap kali nmpk katak..sembur sedkit air je bdn katak tersebut..n then ambik garam n tabur ke atas bdn katak tersebut..percayalh..mmg katak td pergi n takkn kembali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh , memang berkesan. Sy dah amek garam pastuh baling Kat katak tuh. Memang dia lompat keluar. Kalau tidak duduk ja Kat situ.

      Delete
    2. Terima kaseh , memang berkesan. Sy dah amek garam pastuh baling Kat katak tuh. Memang dia lompat keluar. Kalau tidak duduk ja Kat situ.

      Delete
    3. asalam, kita tabur garam kasar di laluan atau tempat dia duduk..garam kasar tu akan buatkan dia lari..pengalaman saya..memang katak minyak selalu ada je di depan pinth sliding. tertongok ja..mcm dia tggu kita nk bukak pintu..heran saya..kata yg sama kaa..atau katak yg lain duduk situ..sebab dah buang jauh dah..mcm mane boleh ada balik..last geram punya pasal..saya sembur dengan detol bila dia dtg balik..dan sembur tempat dia selalu duduk..terus tak mai dah

      Delete
    4. Nanti Saya Akan Cuba ......Terima kasih atas info yang diberikan

      Delete
    5. Anda perlu meludah kepada katak tu dan katak tu takkan lari.jadi bagus di rumah anda

      Delete
    6. Oreo sedap dimakan begitu saja

      Delete
  10. Boleh prcaya ke ni anonymous?

    ReplyDelete
  11. uwaaaa..sy pon tgh dihantui oleh seekor katak puru yg giler ske msuk dlm umah ni..dh ttup semua lobang2 bawah pintu msuk rumah pon, dia still bley masuk..ikut celah mne tah...smlm, dia ,msuk, siap tido ats katil lg..huaa..geliiii

    ReplyDelete
  12. Dapur rumah saya dimasuki katak pisang. Masalahnya semua takut nak tangkap dia. Lagipun katak ni kan boleh lompat tinggi dan air kencing nye bisa kata orang2 tua.

    So mcm mn nak buàt?? Dia masih di atas rak pinggan mangkuk kat sinki tu. Tak berani nak masuk dapur dah ni !!! Please!!

    ReplyDelete
  13. Dapur rumah saya dimasuki katak pisang. Masalahnya semua takut nak tangkap dia. Lagipun katak ni kan boleh lompat tinggi dan air kencing nye bisa kata orang2 tua.

    So mcm mn nak buàt?? Dia masih di atas rak pinggan mangkuk kat sinki tu. Tak berani nak masuk dapur dah ni !!! Please!!

    ReplyDelete
  14. huh rumah saya selalu katak pisang masuk.ada yg kecik ada yg beso,nk g dekat takut sebab bahaya.nak tak nak terpaksa spray sampai dia mati.huhuhuhu

    ReplyDelete
  15. after sahur nak melepas.sekali katak berenang dalam baldi jamban.hahahaha..jirus keluar rumah.dia msuk balik.terus cari kotak,bawak pegi keje.kalau nak balik pun dia kena naik bas huuhuhu

    ReplyDelete
  16. bole jdi ke ni..byk kli dh dok buang..hrini ad balik..fedup aq..adoiii

    ReplyDelete
  17. rumah saya ni macam ada katak tapi cari tak jumpa hanya duk nampak najis dia saja berlambak busuk pulak tu dah tak tau nak buat macam mana

    ReplyDelete
  18. klu nak spray tu, pakai spray apa kak ?? boleh kongsi tak cara nya...

    ReplyDelete
  19. pengalaman katak suka sgt masuk dalam rumah.buang jarak 20 meter balik semula..haritu sy tekad nk buang jauh skit otw g keja.bawak la si katak tu naik kereta letak dalam plastik..sampai opis nak park kereta baru ingat katak duk kat plastik tu.apa lagi.kat parking tu jgk sy buang.hahha..nasib la kau katak..perjalanan 20km perjalanan..hahahha

    ReplyDelete
  20. Sy cuba dah pakai garam kasar..banyak sy tabur kat dia..akhirnya mati katak..berdosanya saya..? Kalau tak matikan sy trauma asyik dok main babacak setiap maghrib dan subuh..sy baru teringin nak berkebun..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....