JR syorkan sesiapa yang dah kawin, elok baca berita ini sebagai iktibar. Yang belum berkahwin juga elok membacanya bagi mengelakkan malam pertama korang tak menjadi malam neraka.
Kisah benar ini berlaku di Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Beberapa akhbar Indonesia memetik berita ngeri ini untuk pembacanya.
Itulah ceritanya, seorang pengantin perempuan bernama Ati yang tidur dalam keletihan selepas bersama suaminya di malam pertama terlupa mengenakan semula seluar dalam yang tertanggal ketika bersama. Akibatnya seekor 'tikus curut (di Kedah dipanggil 'cincurut') yang tak diketahui jantinanya (mungkin tikus jantan?) telah memasuki alat sulit wanita itu. Bagaimana tikus itu boleh masuk ke dalam alat sulit tanpa disedari si-pengantin perempuan, sukar dijawab...mungkin kerana letih sangat kot, manakala tikus bermuncung tajam itu mudah masuk kerana laluannya yang licin...
Tikus itu yang kemudiannya menyedari ia "tersilap lubang" cuba keluar, tapi sukar berpatah balik dan mula meronta-ronta di dalam kemaluan si-isteri. Akibat kesakitan, pengantin wanita menjerit kuat dan jeritannya itu telah mengejutkan si-suami yang sedang tidur lena keletihan. Si-isteri menunjukkan kemaluannya kepada suami dan alangkah terkejutnya suami apabila melihat ekor seekor tikus cincurut terjulur keluar dari kemaluan isterinya, manakala badannya berada di dalam kemaluan.
Suami yang panik cuba mengeluarkan tikus itu dengan menarik sekuat hati ekor tikus itu. Malangnya ekor tikus tersebut terputus dan tikus berkenaan terperangkap di dalam kemaluan isterinya.
Teriakan kuat pasangan itu yang cuba mengeluarkan tikus tersebut mengejutkan jiran sekitar. Mereka yang pada mulanya menyangka pengantin baru itu bergaduh terkejut bila diberitahu si-suami bahwa kemaluan isterinya telah dimasuki tikus.
Memandangkan usaha mengeluarkan tikus itu tak berjaya, akhirnya pengantin perempuan terpaksa dibawa ke hospital milik Tentera Nasional Indonesia bagi mengeluarkannya. Selepas usaha 'memujuk' tikus itu keluar gagal, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkannya.
Difahamkan ini bukan kes pertama di Indonesia tikus memasuki kemaluan wanita kerana sebelum ini kes yang sama pernah berlaku ke atas seorang wanita di Jakarta.
Difahamkan ini bukan kes pertama di Indonesia tikus memasuki kemaluan wanita kerana sebelum ini kes yang sama pernah berlaku ke atas seorang wanita di Jakarta.
Kepada pengantin baru dan 'pengantin lama' sila ambil kisah ini sebagai iktibar. Pertama, jaga kawasan persekitaran rumah agar tiada binatang ganas dan kotor membiak. Kedua, selepas bersama, dalam keadaan letih bagaimanapun jangan lupa membersihkan alat vital anda. Jangan sekali-kali lepas bersama terus tidur kerana binatang yang sensitif terhadap bau yang tak menyenangkannya mungkin akan mendekatinya...dan jadilah anda sebagai seorang lagi Ati! Ketiga, suami isteri jangan lupa memakai seluar dalam sebelum tidur kerana bukan saja tikus, ular pun boleh masuk belukar jika kita alpa....
benar2 mengerikan..apapun ada sebab mengapa terjadi. balik kepada sikap sendiri...astagfirullah..
ReplyDeleteTakutnya.... mesti sakit . Huhu.
ReplyDeleteeiii seram pulak baca...
ReplyDeleteihhhhh
ReplyDelete