»

04 September 2012

Jom Terjah Gerai Mak Cik Sombong


JR baru dengar pasal gerai ni dari seorang kenalan malam tadi. Katanya Gerai Mak Cik Sombong tu pernah masuk TV dan akhbar. Cuma JR yang ditakdirkan belum pernah dengar cerita pasal gerai tu sebelum ni...ketinggalan zaman betul JR!!!

Bila cari-cari dalam internet memang banyak juga cerita mengenai gerai yang namanya cukup pelik ini. Gerai Mak Cik Sombong, sombong sampai macam mana mak cik tu sampai gerainya pun menggunakan namanya?? Biasanya orang tak mau mengaku dirinya sombong, tapi mak cik sorang ni begitu telus mengiklankan kesombongannya. Memang unik!!

Yang herannya JR sendiri berasal dari Seberang Perai, masa kecil dulu Butterwoth dah jadi macam kawasan sendiri, tapi tak pernah pula dengar nama gerai Mak Cik Sombong ni. Mungkin masa JR remaja dulu gerai ni belum wujud kot. Sekarang bila JR dah menetap di Alor Setar baru gerai ni wujud. Mungkin begitulah kot...

sumber foto: Encik Google

Apa yang JR dengar dari kenalan JR gerai ni boleh tahan pelanggannya, kebanyakannya terdiri dari abang dan kakak TUDM kerana letaknya pun tak jauh dari pengkalan TUDM Butterworth. 



                               sumber foto: Encik Google

Mengikut ceritanya gerai tersebut dinamakan Gerai Mak Cik Sombong kerana ibu kepada pemilik gerai ini sukar nak senyum. Walaupun sukar senyum, tapi ibunya (sekarang dah meninggal) bukan sombong, dia cukup baik hati, tapi cuma sukar nak senyum (Serupa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga kot yang nampak memang payah untuk senyum..) Anak kepada mak cik ini sengaja menamakan gerainya yang terletak di Teluk Air Tawar itu dengan nama unik itu bagi menarik perhatian orang. Memang business minded kan?

Jika balik ke kampung halaman di Penang nanti JR nak cuba singgah dan makan kat Gerai Mak Cik Sombong tu. Bukan sangat nak makan untuk merasa kesedapan masakannya, tapi lebih kepada nak tengok keramahan pekerja-pekerja gerai Mak Cik Sombong yang tak sombong itu....

2 comments:

  1. Nama arwah makcik sombong masih disebut2 walaupun dah meninggal. Betul la kata JR, mmg anak dia pandai promosi. Kalo kat Kuantan, ada satu kedai keropok lekor ni.... tokei dia dgn anak beranak serta pekerja dia semua sombong. Tapi yang peliknya ramai org dtg.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....